ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, March 5, 2015

30 Days Blog Challenge Day 17 : 5 perkara yang aku rindukan


Assalamualaikum :)

5 perkara tiada turutan spesifik :

1. Pakai Baju Kelawar - serius best sangat pakai baju kelawar...sejuk jer...lagi2 baju yang dah lama...kain dia licin...tapi sejak mikhail lahir, dah tak pakai sebab susah nak menyusu tgh malam...jenuh nak singkap...lepas nih sambung adik dia pulak...huuu...

2. Dating dengan husband tengok wayang - eventho my family semua kat KL, tak sampai hati pulak nak mintak diorang jaga anak2 sementara kita berseronok berdua...husband pun jenis yang tak suka menyusahkan orang maka kalau nak keluar mohlaa angkut semua or tunggu cikgu cuti sekolah, aku pulak amik cuti on weekdays keluar siang sementara bebudak hantar macam biasa kat rumah babysitter...

3. Keluar lepak sampai malam dengan kengkawan - bila dah jadi mak-mak nih memang kan...even husband dah bagi greenlite pun, mesti nak balik cepat sebab kesian plak dia jaga padahal kalau dia keluar main badminton sampai tgh malam pun kita rilek jer jaga anak...husband tak komplen pun but aku yang komplen tak dapat jumpa kengkawan...he said sapa suruh tak keluar, your frens yang taknak keluar nak buat camna? i guess my frens pun think alike kot...nak keluar memang kena amik cuti on working days, balik paling lewat pun before 8pm...hehehe

4. I miss my arwah onyang, arwah tokwan, arwah tokyong - these are the people i grew up with...miss them so much...each of them have different character...onyang tegas, tokwan kelakar and tokyong suka borak...but all of them suka bagi nasihat...membesar dengan dioranglaa yang jadikan aku diri aku sekarang...ye, saya nih tegas, kelakar dan kuat membebel...hahaha perasan!!

oh and i miss their cookings...lauk2 yang orang2 tua jer makan like masak lemak pisang dengan kulit2 skali, masak lemak cendawan kukur dengan hirisan pucuk ubi and jantung pisang, bubur som som instead of taufufa, dulu duduk ngan onyang walaupun tak mewah dengan kebendaan and sosial life makan luar ke hapa tapi everyday mesti makan home cooked food...and sangat variety cara masakannya...sayur pun diorang masak sedap ok...thats why we like our veggies...unlike sekarang bebalik lauk sambal, masak lemak cili api, asam pedas, kari pastu pusing balik...bosan!!

5. I miss having neighbour - make me miss my old neighbour, kak anne and family...diorang nih baik sangat...dulu selalu bertukar2 makanan, abg zali husband kak anne banyak tolong pasal hal rumah...kengkadang singgah jugak kat rumah diorang borak2...rumah sekarang boleh kata macam takde neighbour...sebab memasing masuk rumah terus tutup pintu...masing2 ada private balcony so takde sebab nak bukak pintu kan...kalau kebetulan terserempak masa nak masuk/keluar setakat hi/bye jelaa...

No comments: