ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, March 9, 2015

Adam Mikhail...permata yang digilap


[updated : with pictures]

 
Assalamualaikum :)

Bismillahirrahmanirrahim...

tak tau nak start cerita dari mana...aku nak cerita tentang Adam Mikhail...anak bujang aku yang seorang nih...agak panjanglaa so kalau rasa tak sanggup, you may click the x button...i need to post this as my reference in the future...

saat mikhail lahir, aku dah culture shock...terkejut dengan tuntutan seorang anak lelaki...nak menyusu jer...hari kedua aku menyusukan dia straight 4 jam!! dan bila demand yang terlebih, besoknya breast bengkak giler...penuh susu...Alhamdulillah dengan permintaan yang tinggi dan pengalaman dari menyusukan ariana, aku dapat kumpul stock dengan cepat...Ariana umur 5 bulan dah x exclusive breastfeed tapi Mikhail start minum campur hanya seminggu sebelum dia setahun dan masih nak menyusu lepas gian sampai sekarang...

memula dah set dalam mind tak nak compare dengan ariana...so, kalau ada perangai dia yang lain sket aku selalu bagi alasan, dia anak lelaki...memanglaa cepat sikit jalan, memanglaa lasak, memangla pemunggah, memangla demanding, memanglaa lambat cakap...tapi naluri seorang mommy nih mungkin hanya mommy jer yang faham...lagi2 bila this year dia akan mencecah 3 tahun...ikutkan ariana umur macam nih dah enroll masuk once a week playgroup...but dengan Mikhail i know he's not ready...i know something is missing somewhere...ramai jugak kengkawan yang suruh check doktor pakar tapi aku lengah2 kan...macam taknak terima kenyataan if something IS wrong with him...aku cuba google pasal autism, dyslexia, adhd, but nothing suit him...tapi aku still xpuas hati sebab mikhail nih sometimes tak fokus bila communicate tapi takdelaa to the extend nak hempas2 kepala, isolate himself from others ke apa...and he's quite ok with stranger and in crowd...cuma kalau kita bagi simple instructions kadang dia buat dunno jer...tak dengar ker? tak paham ker? dia suka ikut kepala dia, kalau dia nak buat, dia buat...kalau taknak, nothing can force him...and persuade him pun tak jalan...pujuklaa lembut macamana pun, dia akan jerit sampai dapat apa dia nak...in the end, orang lain kena beralah...in this case its us or ariana laa...and that trigger ariana jadi attention seeker pulak...apa kita suruh adik, laju dia yang buat...pastu mintak puji...ariana pandai kan mommy, adik tak pandai...ariana tau semua nama animal nih, adik tak tau...and im afraid if that makes mikhail down altho kakak dia takde niat pun...budak kan...

so, after talking to my frens, and through research, i found 1 playgroup that doesn't differentiate their student...Genius Baby On Board...lagi pulak bila founder dia is someone i knew from my schooltime, kak watie...she's my senior in highschool...actually dah lama ikut perkembangan dia dan anak2...we're connected thru fb...dia selalu share testimoni how they help typical student or with special condition fit in with others...and Alhamdulillah sana ada trial class...takdelaa burn registration fee :P so i make an appointment to have a trial class for Mikhail...i didnt enroll mikhail to ariana's playgroup bcoz i've seen children with tantrum in d class and the teachers did nothing...they just entertain other kids and let the parents handle the child...kalau budak yang senang dengar arahan and yang ready to join class macam ariana, masuk memana playgroup pun boleh...kalau mikhail masuk situ, strugglela kita sendiri without knowledge macamana nak tackle anak kita yang mengamuk taknak ikut kengkawan berjoget, membaca, buat aktiviti...sayanglaa bayar fee...anak kita pun xdapat benefit from the class...

ok, so 1st class mikhail had to join adik2 12mo-18mo...mikhail jadi abanglong kawasanlaa nih...kak watie kata since its trial and kita nak tengok mikhail macamana in class, join level memana pun boleh...so, sampai je sana, mikhail macam biasa buat rounds...sampai ke toilet dia pusing...dia bukan kisah tempat 1st time pegi ke apa...tak tau takut orang pun...bila nak start aktviti, kak watie duduk sebelah aku...ajak mikhail and if he refuse kena paksarela pegang dia...menjerit2laa mikhail...berpusing2 dia dalam pelukan aku...banyak kali aku hampir tumbang sebab dia pun agak kuat...kak watie take over pegang dia sebab tengok aku lembik jer agaknyer...huwaa...makin kuat dia melalak and throw tantrum...muka aku dah kejung senyum jer menahan telinga dengar mikhail menangis and menahan muka tebal dengan parents lain...cikgu and ariana tengok dari tepi jer...memang kuatlaa kak watie...sebelah tangan dia peluk mikhail dari belakang (must make sure mikhail mengadap teacher), sebelah tangan pegangkan tangan/kaki mikhail buat aktiviti samada kena touch, take, crawl (kelas baby kan...) siap ada sekali tuh kak watie tepis tangan aku sebab aku nak tolong amikkan toys...sedangkan mikhail kena amik sendiri, mendengar arahan...luckily i know kak watie's character dr sekolah...dia memang garang so takdela sentap ke apa...cuma terkejut sikit jer...

macam2 laa aktiviti yang dibuat dalam masa sejam tuh...ada yang berkumpulan, ada yang 1 to 1 (child and parent)...mikhail cuma cooperate bila 1 to 1...bila berkumpulan dia mula menangis...taknak buat...dia buat lembik badan dia...peluk2 tengkuk aku, menjerit2 cakap anok (taknak), jom arr...ajak balik...aku terfikir salah ke cara aku nih? looks like he didnt enjoy this class...macam kena dera pun ada walaupun xdela kena pukul ke marah pun...cuma kena paksa buat jer...kak watie pun cakap elok2 jer dengan mikhail...itupun kak watie kata bebudak macam nih usually lepas kena taliban akan ok...gulp...apakah itu? lepas habis kelas, kak watie jumpa aku...we discuss about mikhail's condition...sementara tuh mikhail main kat waiting area...elok jer buat hal dia...xkacau orang pun...she said mikhail's issue bukanlaa masalah besar...just ada sedikit behaviour issue...nak ikut cakap dia jer...nak ikut kepala dia jer...in terms of speech, memang ada problem since at his age sepatutnya dia dah boleh combine 2-3 words in a sentence..contohnya : "mommy, nak susu!" "babah balik!" "taknak makan" but mikhail cuma sebut 1 perkataan jer...kalau nak apa2 dia akan tarik tgn kita and point pastu cakap "nak!" or bawak botol and cakap "susu!" or tarik tgn cakap "jomm" kalau taknak dia cakap "anokk"

dia boleh referkan mikhail ke speech therapy (ST) tapi kalau dia xleh cooperate, diorang akan tolak ke occupational therapy (OT) ...can read more about OT here...so daripada ditolak2 ke sana sini kita cuba dulu kat GBOB nih...mana tau, dia tak perlu pun ke Speech therapy...sebab kat rumah mikhail bukan pendiam...dia bercakap cuma bahasa dia sendiri...bukan pelat tapi totally different languange...kamu cakap bahasa germankah dik? hehehe...i hope who ever read this didnt judge me as his mommy...bukanlaa aku nak anak aku exceed everyone in his class...bukanlaa aku nak paksa anak aku jadi excellent in everything although that wud be great if he can...i know and understand each child is different in their own way...i just want the best for him...i dunwan him being left out bila dah masuk sekolah nanti...i want him to have frens, to enjoy school, to fall and be able to pick himself up again, to be independent, to be able to make wise decisions, to be able to socialize in any environment, bergaul dengan orang, boleh bertolak ansur...




see...elok jer dia kalau main sendiri


found a wooden puzzle just like at GBOB...but look who's menyibuk...hehehe


forever bff...kawan bergaduh pun sama jugak nih

 
pagi tadi kak watie forwardkan a message sent by a parent yang nampak mikhail in class semalam...katanya dia teringat masa dia dengan anak dia dulu...dia nampak muka aku tersipu2 malu sebab mikhail buat hal, duk peluk2 mikhail nak bagi tenang...memang pun...aku banyak peluk mikhail sebab kesian sangat tengok dia nangis...bila kak watie pegang dia, i wud hold his hand in a way saying mommy is here, dun be afraid...and that mommy said she wanna hug me and say be strong to go thru this and everything will be ok...he will not be forever like that, soon he will enjoy the class on his own...awwhhh, such an angel stranger...there were times where my eyes went teary yesterday...kalau mommy tuh peluk sure meleleh terus macam masa discussion with kak watie tuh...so after this aku dah takyah fikir pasal parents lain, pasal anak lain...aku cuma perlu fokus in helping my own child...nanti aku share lagi pasal perkembangan mikhail lepas 2nd class ok...in d meantime, usaha, doa dan bertawakal kepada Allah...inshaaAllah, anak mommy elok2 sahaja...you're a gem waiting to shine...i love you mikhail...and ariana too...

No comments: