ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, January 15, 2016

dia buat dahhhhh


Assalamualaikum :)

semalam petang kena migrain. agak teruk rasa macam nak muntah so spare siap2 plastik dalam henbeg in caselaa kan. takde kawan nak naik tren balik coz my fren N yang selalu balik hala yang sama dah selamat bersalin Isnin lepas. same date ngan birthday Tok Ti plak tuh. ok, bagi laluan citer benda lain jap.

jumaat mgu lepas plan ngan N nak tengok dilwale kat klcc. we applied for halfday leave skali khamis pagi tuh dia sakit2 perut. dun wanna take risk coz dia pun tgu hari so she cancelled. tinggallaa aku sorang2 layan hindustan but i didnt regret it. citer dilwale best sangat. majorly becoz shahrukh khan pairing with kajol. lama diorang tak berlakon sama. so kiranya macam menggamit kenangan citer2 top diorang dulu. taknak review citer nih coz i might be biase. hahaha. ok, so isnin tuh N datang jugak keje nak setel apa yg patut sebelum apply early leave before maternity skali pagi tuh her waterbag burst. it just make sense that she immediately go to HKL rather than wait for her husband so i went there with her. tunggula kat admission hospital bersalin sambil2 borak2 ngan pesakit2 lain kat situ. dia rilek jer. takde rasa sakit pun cuma waterbag leaking jelaa. waited there until her husband came at 12pm. that evening kul 5.30pm camtu N dah pun selamat bersalin. Alhamdulillah, senang sangat. in fact, memang rezeki dia ke3-3 anak dia semua senang. sakit pun tak lama.

ok, back to me, dalam lrt dah halfway baru dapat duduk so okla. just have to bear the pain. cikgu and d kids dah tunggu kat lrt. usually, masuk je dalam keta, i would immediately feed ariq kalau dia tak tido. pastu semalam dia taknak. ok, takpe. kenyang kot. pastu sampai rumah dah maghrib terus cuba tido dalam bilik. kul 9pm camtu cikgu pas ariq coz dia nangis nak susu. tapi dia tolak2, elak2 kepala dia bila aku sua B. adoi, kepala tengah denyut nih, masa nih pulak nak buat perangai. nipple confusionkah? dah 4bln stgh kot ariq. husband cuba panaskan EBM dlm 2oz, laju dia hisap sambil pandang je muka aku dengan takde rasa bersalah. sampai hati ariq reject mommy. sapa nak tolong mommy kosongkan B nih.

FYI, kakak dia kena nipple confusion jugak. masa aku baru2 start keje, dia 2bln lebih. dia memang taknak direct. baru letak kat bibir dah menjerit. ariq nih pun semalam samalaa. siap cebik2 nangis macam sedih sangat orang tak bagi dia susu. time ariana dulu lepas dah try banyak kali taknak gak, kitorg mengalah. maksud try tuh kitorang acah2 botol pastu bila nganga sumbat B. marahla member. yelaa, dah pukul 3-4 pagi, bg jugakla botol. cikgu kena layan dia dalam 10 min sementara aku pam nak dapatkan 3oz. masa tuh ebm semua asal balik keje terus masuk freezer so mmg kena pam. lagipun takyah panaskan, senang. ariana guna botol brand 1st year. berlayer2 nak basuh. leceh okeyh. pernah gak kuar ngan girlfrens bwk ariana pastu sajer tak bawak botol. seksa tau. sejam dlm nursing room. 4 ibu bertukar ganti share bilik tp dia nangis jer taknak direct jugak. akhirnya lepas sejam baru nak. itupun lepas dia mamai2 dah ngantuk. setelah berusaha berhari2, lepas 2 minggu barulaa back to normal. pastu skali lagi kena masa dah nak setahun. kena tgu dia mamai, sejuk2 aircond baru nak. masa tuh rumah sewa takde aircond lagi. boleh kata tiap malam kena bwk naik keta nak bg susu.

breastfeed mikhail Alhamdulillah tak banyak masalah. tapi botol dia taknak selain tommiee tippee. layan jelaa. belikan ariq tommiee tippee pun dia pegi cabut dari mulut kawan tuh kata dia punyer. lastly belikan ariq botol nuk. kata easy transition between breast and bottle feeding, now apa jadi nih? hopefully episod nipple confusion ariq nih kejap jelaa. tak larat nak panaskan ebm tgh2 mlm. kalau direct boleh bagi sambil baring jer. lepas kul 9pm tuh aku terus tido, dalam kul 12 ariq merengek, nak susu. botol dia aku sumbat bagi dia hisap sikit, pastu cabut terus sumbat B. agaknya tengah mamai, elok pulak sedut. kul 3 buat lagi tapi kali nih bukak lampu sebab mata aku ngantuk tak nampak mana mulut dia. so dia pun macam alertla. memula marah. pastu aku tukar2 position, akhirnya sedut gak. itu jelaa 2 kali dapat direct smlm. pagi nih still taknak. balik kang harap2 dah ok, kalau tak masaklaa weekend nih nak panaskan susu jer. ngada2 tau. mommy bg kamu minum ngan straw je nak?


2 comments:

Nurhidayu said...

alin..aku rindu baca coretan ko..hehe..
lama tak jengah

arLene said...

ko pun lama senyap. sebbaik kat FB active lagi. anw tq singgah.