ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, November 30, 2012

what happen to fatin


kan aku ada bagitau harituh yang sebelum balik melaka masa raya haji, aku singgah PPUM melawat fatin. terkejut kitorang malam tuh dia bagitau dia warded. raya kat sepitalla jawabnya. dalam fon dia cuma bagitau dia suspected SLE. so, dr tahan untuk confirmkan. dia dah sebulan lebih demam on off. not too high fever, thats why dia pun just makan panadol and then bila dah kebah buat macam biasa. pastu kaki dia up to ankle macam ada dot2 merah. bila pegang takde menggerutu macam rashes ke apa. fatin kata tak gatal pun, sakit pun tidak. aku plak masa tu kepala dah fikir lain. kot dia tersepak apa2 yang ghaib ke. cud be kan? aku suruhla dia pegi berubat ngan ustaz ke apa. ntah dia pegi ke tak aku pun taktau coz after that dia balik rmh sewa dia. alih2 dia kata dia nampak dot2 merah tuh makin naik sampai ke peha. seharian dia tunggu result, dah pukul 10pm++ baru dr bagitau dia kena warded.

aku dah risau coz from what i found out, SLE takde cure. she's the healthiest among us all memang tak sangka dia kena penyakit nih. yang zana asek cakap nak nangis, nak nangis. zana being a paranoid, googled and yang dia nampak semuanya negative points. aku cakap kita dengar dulu apa dr cakap, insyaAllah kita usaha. fatin biasala being her, cool jer budak tuh. tak risau apa pun. in fact, masa aku n zana gi melawat dia, sempoi jer ber "aku kau" dengan staf nurse kat sana. macam kawan2 ko plak eh. hehe...mak pulak belum faham penyakit apa tuh. dia duk membebel2 salahkan itu ini. aku terpaksa cakap ni penyakit serius boleh jadi organ failure and death. memang aku nak takut2kan sikit mak aku kalau tak, dia wat dek jer. aku siap cakap penyakit nih takleh stress. adala kisahnya. kalau tak, fatin takla duduk menyewa rumah lain. ampunkan alin ye mak. besoknya pagi2 mak aku menyelinap masuk PPUM. dia kata dia buat2 ikut belakang nurse. hehehe...dia nak dengar sendiri penjelasan dr. dr cakap SLE fatin di peringkat awal. Alhamdulillah. tapi buah pinggang dia ada effect sket. still Alhamdulillah coz from google, SLE cud attack lungs, heart, other organs or worst brain. so, she was put on antibiotics and dr said that she have to be on steroids for 3-5 years. no direct sunlight from 10am-3pm, no acidic food, no fast food and drink lots of water.

i try asking around about this disease and Alhamdulillah, all the feedbacks are positive. most of my frens know somebody with SLE means that nowadays it is common and the dr knows how to treat it. memang no cure but it can be controlled. syukur. so, as now fatin already on steroids, badan dia naik. she gain 7kg in a week! dahla tak boleh buat heavy exercise. we forced her to move back with mak. senang nak monitor dia. katanya perut dia rasa tegang. yelah, steroid kan memang untuk bina otot. so, now she will go for follow up checkups every now and then and we'll see how she progress. the steroids intake will be reduce from time to time depend on her condition. selain tuh aku pun ada belikan dia air 30 juzuk al quran. we heard about a few supplements but for right now, biarla dia on dr's advise dulu. if possible to mix, we will try whatever it takes to help her. 


details about SLE from wikipedia here

Thursday, November 29, 2012

8 September 2012 : 3 majlis dalam 1

MAJLIS AQIQAH ADAM MIKHAIL BIN AZLAN

Marhaban oleh Kumpulan Nur Hidayah, Wangsa Maju
8.30am

masa ni babah mikhail takde coz ada sekolah ganti. pagi2 aku bersiap dan mandikan mikhail. tak sempat siapkan ariana. ariana berbaju tido jer ;P terima kasih pada kumpulan nur hidayah for the availability altho its last minute booking. thats y diorang request early morning coz they have other kenduri to attend. Alhamdulillah, rezeki mikhail...mata aku berkaca mendengar bait2 marhaban. sedih sungguh dengar pengorbanan ibu nih. antara yang aku ingat :

sembilan bulan kau dikandungkan,
air dan nasi tidak tertelan

another one :
sebelum jatuh, bidan menyambut
tinggalla ibu, lelah dan semput




MAJLIS MERISIK DAN BERTUNANG ZANA
11.30am

Hantaran handmade by me, zana n fatin. kaler pink purple putih. bagi aku okla, simple n sweet (puji hasil sendiri, tddmka!) tapi ada orang tuh tak puas hati n siap cakap benci, buruk, n siap cakap kat bakal mil zana yang dia dah suruh upah jer tapi zana degil. haizz, belum ada apa2 lagi dah nampak kelam kabut. sabar ye dik, ada hikmah semua nih terjadi. ingat motto kita!!!



the cool sistah...cool lah sangattt!!

petang tuh lepas tetamu belah lelaki dah balik, datang pulak tetamu2 untuk open house raya...semua skali harung buat dalam 1 hari. penat tapi legaa...

Monday, November 26, 2012

cuti panjang

ola mi amor...was on leave since last thursday. keluar beramai2 dengan bff. semua pakat aik cuti coz after tunda e few weekend, we realize that weekend is just cannot be done coz we mostly have plans with our family. seronotnya dapat jumpa. tengok wayang, makan, chit chat, minum, chit chat lagi, shopping. and we thought that we shud do this more often. currently in penang, a short vacay with my small family while  visiting my paklong yang baru balik haji. not much we do here. cari makan pun idak. just lazing around and on the bed. keluar makan dekat2 sini je. nak naik bukit bendera pun macam tak sesuai dengan cuaca hujan renyai2 with 2 kids lagi. next time jelaa. lagipun bercuti kali ni memang nak berehat betul2 besides menghabiskan cuti. n i manage to upload pictures from my previous entry. nantikan ye...gambar2 lama tapi nak letak jugak as a memories...tungguuuu...

Saturday, November 10, 2012

dialog antara dua insan

dating jalan2 kat pasar malam changlun. dialog antara dua insan :

Alan : ramai yang dah tau pasal kita
Alin : pasal apa?
Alan : pasal kitala...
Alin : kita ada apa?
Alan : kenapa cakap macam kita belum kapel?
Alin : haa? kita dah kapel ke? bila?
Alan : semalam tuh...
Alin : *cuba ingat balik semalam* (ada ke?) semalam alan cuma tanya apa perasaan alin kat alan. pastu alin suruh alan cakap dulu. alan cakap alan anggap alin lebih dari kawan biasa. so alin pun cakap samala kita. bila masa declare?
Alan : tu declarela tuh. takkan nak melamar macam nak kawin kot.
Alin : ooo...macam tu declare eh? so kira dah kapella nih eh? (tak romantik nyee...hmmm)
Alan : haah. yela...kenapa?
Alin : takde apa. okla, kapella...

itu cerita 13 tahun dulu. takkan aku lupa dialognya sebijik2. rupanya time duduk kat batu tepi tasik guthrie kat UUM tuh dia propose cenggitu. memang tak romantik sampai sekarang. takpe, asalkan baik hati dan penyayang :)

Wednesday, October 31, 2012

10 hours in total

salam. dah hujung bulan baru nak update lg. bday pun dah lepas 2 minggu. as expected, takde apa yg menarik pun. anak2 belum paham apa2. cikgu plak boleh lupa terusss. penat hint2 sampai ke malam dia wat dek jer pastu terus tido. sedih. tapi nak merajuk pun tak guna. dah duk serumah, kena bercakap jugak. cuma letak anak kat tengah2 jela bila nak tido. hihihi. besoknya bila dah kantoi, macam2 alasan dia bagi. yg paling best ayat dia, "masuk bulan october pun alan tak sedar. sibuk sangat ngan keje kat sekolah, budak2 nak periksa" hmmmm....siap janji nak bawak pi makan special on weekend. ayat biasa orang merajuk, "tak payahla. dah terlambat". tapi bila weekend pandai pulak ajak cikgu makan kat SR. huhuhu.

raya haji kitorang balik melaka. memula tak plan pun nak balik tapi memandngkan loong weekend plus ayah pun ada buatkan korban untuk ariana, maka lebih afdal jika pulang ke kampung halaman. aku ok jer. asalkan aku takyah masak sudah. hehehe. well, hajat termakbul bila dah terperangkap dalam jem 5 jam! padan muka, niat tak elok memang gitu jadinya. khamis aku dah amik cuti sebab selalunya kitorang akan gerak lepas subuh. takyah mandi hapa. angkat bebudak masuk keta pastu jalannn. tapi unfortunately malam rabu tuh adik aku, fatin call kata dia kena admitted kat ppum. dia nih duk menyewa ngan kengkawan. so sendiri pegi checkup skali kena tahan wad. pasal penyakit dia tuh nanti aku story lain k. insyaAllah. so lepas melawat dia dalam kul 2 tuh barula dapat bertolak balik. masuk sg. besi dah start jem. mata aku kejap pejam, kejap jaga. tau2 tengok jam dah dekat pukul 4 jalan lengang giler. rupanya cikgu tak tahan, dia keluar exit putrajaya. pastu set gps ke arah LEKAS highway. yang gps pulak asekla suruh u-turn masuk PLUS. sudahnya hang. hahaha.

dengan tak sempat lunch, kitorang redha jela meredah jalan sambil kengkadang cikgu call kengkawan dia tanya jalan kampung. okla, jalan tak jem tapi biasala jalan kampung mana boleh speed. ngan traffic light lagi. sampai rumah ibu ngam2 azan maghrib. fuhh. aku rasa aku pun sama penat ngan cikgu yang bawak keta (marah cikgu kalau dia baca statement nih :P) mana taknya. penat hoih melayan anak2 kat belakang. mikhail tido sejam, bangun setengah jam pastu sambung balik tido sejam pastu bangun. camtula sampai melaka. siap pakej muak, berak semua ada. tapi yang senang sebab dia menyusu badan n belum start makan. so selak ajela bila dia merengek tuh. ariana pulak kitorang dah spare twiggies, roti n segala alatan membuat susu. elok pulak mata dia cergas jer tak tido langsung. kejap kedepan, kejap kebelakang. minum air sampai tumpah2 kat baju. smpai rumah nenek tinggal baju ngan pampers jer. kitorang plak sampai2 terus amik giliran mandikan anak2, serbu rendang ibu pastu terus terlepak kat bilik. besoknya habiskan masa kat rumah makngah tengok cucu baru dia. namanya iklil adlia. iklil maksudnya mahkota sempena mahkota parade, eh. hehehe. tergeliat lidah nak menyebut nama anak ko wani! putih melepak2. sibuk belek baby lupa plak nak amik gambar. ni 1st cucu pompuan makngah selepas 3 grandsons anak2 along n angah. penuh ruang tamu ngan barang2 warna fink. katil dia comel sangat siap berkelambu bagai. jeles aku. sebab time ariana dulu aku kedekuit nak beli barang2 pink sedangkan aku memang suka n minat kaler tuh. aku rela beli kaler2 yang unisex senang nak kongsi ngan adik. ehem, macam tau2 je nak dapat boy pulak lepas tuh. :)

so sepanjang melawat baby, aku share ilmu2 yang aku tau pasal breastfeeding, pemakanan, barang2 penting, online shop, etc. seronok aku dapat kongsi pengalaman. cakap berjam2 pun takpe. oh, aku belum citer pasal mikhail's breastfeeding journey kan? buat masa nih he's still fully bf. stok Alhamdulillah masih banyak. takdela membuak sampai tak muat deep freezer tapi cukupla. tak sabar nak tunggu dia mula makan pulak. on saturday pulak aku mengangkut budak2 plus another 2 nephew pegi padini outlet store kat jusco. i need new work clothes, pronto! dah tak tahan tengok baju2 dalam almari yang mostly aku dah lanyak jadikan maternity clothes. bila aku pakai jugak, ada jer orang bagi aku seat dalam lrt. (not a good sign. ppfffttt) sempatla sauk 6-7 lai seluar n blouses, sunglasses n wallet. cikgu pun dapat 2 new shirt. dengan kad birthday discount yang padini bagi, aku dapat jimat rm200 lebih! menyesal tak amik lagi. but kalau nak lepak lelama pun takleh. bringing 4 kids under 9yo is not a good idea. yang mana nangis mintak angkat, cranky sepahkan baju, berlari2 as if kedai bapaknya. hoih. boleh stress ok. sebbaik dapat baju baru. huuuhuhu.

alahai, bosannya entry takde gambar. nantila ye. so, aku hutang 2 citer. 1 pasal fatin. 1 lagi pasal mikhail's development. aku takmo campur sini coz aku nak buat entry special untuk my baby boy. till then.

xoxo

p/s: balik dari melaka ke kl pun 5 jam. hence the title.

Monday, October 15, 2012

another year

31 years old today. Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas di bumi Allah ini.

ada sedikit rasa sedih di hati. moga masa mengubatinya. in the meantime aku bersyukur at this age aku ada semuanya yang aku idamkan. walaupun serba satu. i wonder what awaits me...or maybe nothing? hmmm...

Friday, October 12, 2012

segala rasa yang ada

morning uolls...kul 7am @ office. balik kang dalam kul 8pm. dah seminggu lebih gini. minggu kedua masuk ke tengah bulan memang akan busy giler2. rasa stress, rasa macam pengemis mintak tolong, rasa macam bonzer carik gaduh ngan remisier, rasa zalim tolak application, rasa penat balik keje, rasa ngantuk tak cukup tido, rasa nak demam, rasa nak berhenti, semua ada. tapi bila memikirkan gaji 4 angka yang takde sapa nak bagi, gagahkan jugakla. sekurang2nya dapat gak setel hutang, dapat gak shopping, dapat gak belikan anak2 baju, mainan baru, dapat gak menyumbang pada mak, tokcik dan adik2. dapat gak meringankan sikit beban cikgu. hopefully lepas tarikh tutup submission on next week, aku dah lega sikit. dah cuba mintak bos tambah staf, tapi dia lebih rela perah tenaga ibu2 kat ofis nih dari amik orang baru. disuruhnya stayback. colleagues lain yang menolong juga diminta stayback jika application masih membuak. dia nak suruh aku dibenci orang ker? ini keje aku, takkan orang lain pulak kena stayback.

kalau dulu guna system lama yang skrin hitam tuh 200 application sehari macam kopek kulit kacang jer. and application dari seluruh malaysia handled by 3 person. now dengan system yang kononnya dah upgrade tapi lembab nak mampus asek loading memanjang, 2 orang handle seluruh malaysia adalah sangat tak relevan. not that im denying all the helps from other colleagues, berterima kasih sangat2. tapi memang still tak mencukupi dengan bilangan application yang makin bertambah. memang kena tambah staf. selain yang menolong, ada jugak 2-3 orang yang buat2 sibuk. padahal sibukkan keje orang. jenguk sana jenguk sini. kejap2 masuk bilik bos padahal ntah apa dibincangkan. tak nampak hasil pun?! pastu bila nak suruh bos beli lunch so that kitorang leh buat keje (menunggu system loading) sambil makan, pandai pulak nak selit sama. eee...tak malu!

Wednesday, October 3, 2012

10 fakta tentang aku dan makanan

# 1 - aku tak suka makanan makanan keras, rangup mcm keropok, kacang, kerepek, biskut dan sewaktu dengannya. aku prefer yang lembik2, kenyal2, dan mudah ditelan tanpa perlu kunyah beria2 atau terselit kat celah gigi. aku suka dodol, jeli, roti, kek, kuih, pudding dan benda lembik2la. member ofis kata aku pelik...oh, aku jugak suka biskut yang dah lemau...muahahaha...senang makan, hisap2 telan!

# 2 - memandangkan aku tak suka benda keras, coklat yang paling aku suka ialah Mars...not snickers. mars takde kacang...just caramel n nougat jer...nyummm

# 3 - puan alin seorang yang sweet tooth. kalau pegi buffet, yang penting survey dessert table dulu. thats y lebih suka baking than cooking. tak sedar family ada keturunan diabetic, masih mentekedarah desserts macam makan nasik.

# 4 - peminat pasta no 1. semua pun suka. spageti, macaroni, lasagna. masakla cara apapun...semua pun bedal. totally contra dengan cikgu yang lebih kepada tekak melayu. eh, bukan tak suka makanan melayu. aku makanan memang tak tolak tapi kalau ada pasta tuh bertambah2 makan. sebbaik mak aku pun suka masak makanan2 cantuh. balik rumah MIL makan makanan melayu kaw2 plak.

# 5 - tak minum air kosong yang sejuk. minum air room temperature or suam sikit2 jer...air sejuk hanya minum air sedap (read : manis).

# 6 - favourite drink is kopi o. dah sejuk pun boleh jer minum. kalau dapat masa panas2 tuh cicah roti kosong...perghh, terangkat wa cakap lu.

# 7 -  juadah raya yang paling dinanti2 bukanlah rendang tapi masak lodeh tokcik. oh my...memikirkannya ajer dah kecur air liur.

# 8 - lebih suka sayur dari buah. my favourite, terung masak berlada or sawi goreng or bayam masak bening or peria tumis dengan telur or eh semualah! n aku harap anak2 pun akan ikut jejak aku. cikgu n family tak brapa suka sayur. so bila aku balik melaka, aku jadi chef khas masak sayur sahaja sebab aku n mertua jer yang makan.

# 9 - tak memilih makanan. semua makan. arwah onyang dah ajar dari kecik suruh rasa gak walaupun tak suka. at least bila dah rasa, still tak suka tuh takpe. dan suka mencuba makanan baru (bila ada kesempatanla coz cikgu lebih suka makan makanan yang dia familiar)

# 10 - belum pernah berdiet. cara diet hanya dengan pregnant (masa pregnant naik 7kg jer) and breastfeeding. lepas stop breastfeed, badan confirm naik bagai dipam...pastu pregnant balik...susut balik...

Tuesday, October 2, 2012

tangan panas?

mikhail dah pun masuk 3 bulan tapi selain entry kelahiran dia, aku takde pun update apa2 moreover upload gambar dia. nilaa kalau dah pakai henfon canggih sket mulala banyak songeh nak transfer gambar pun payah. kalau pakai nokia dulu aku cabut jer memory kad, cucuk kat memory card reader, cucuk kat usb port terus leh bukak folder gambar. ni dah dekat seribu gambar dalam henfon nih. kalaula ariana tekan jer clear all, habis...memang gambar mikhail banyak dalam henfon aku jer...

budak itu telah selamat dibotakkan masa cuti hari malaysia. kalau ikutkan dah lambat sangat. patutnya masa dalam pantang harituh tapi dah mak aku nak cucu dia beraya dengan rambut dulu...memula cikgu shave guna shaver schick tuh. pastu lembab sangat pulak. tak bersih pun iye...pastu FIL aku bagi shaver yang power punyer, aku plak try shave...licin kau...tapi masa tuh mikhail dah mula rasa miang kot. nak menghabiskan menggondol kepala dia tuh terasa lama plak. yang MIL aku dah terjerit2 sudahla tuh sudahla tuh...eh, takkan nak buat keje separuh jalan plak kan...dah la the next day nak attend wedding...aku dukung mikhail pastu sambil sebelah tangan shave bahagian belakang plak. zap zap zap...setel...

laa nih rambut dah mula naik tapi depan jer pastu bertompok2 plak tuh. dulu2 arwah onyang aku pernah cakap. dia kata tangan aku nih "panas". means kalau tanam pokok - pokok tak hidup, kalau pukul orang - sakitnya berbisa, kalau potong rambut, rambut lambat nak tumbuh balik. nak kata aku tak caya, well, ada testimoni. dulu aku terpotong rambut arwah masa dia suruh leraikan kusut kat rambut dia. dah sejam aku mengerjakan kusut tuh susah nak lerai. dah pakai sikat n minyak rambut pun aku cuma berjaya turunkan kusut tuh dari atas kepala (kat area sanggul) sampai paras bahu. rambut arwah onyang aku panjang...sampai ke pinggang tapi sikit jelaa...nipis jer...pastu dia hulur gunting. dia kata yang mana degil tuh potongla sikit...haa...dapat je gunting aku zass terus jadi rambut ala bob, eh pendek. menangis orang tua tuh tau...pastu sudahla tak panjang2 dah rambut dia...tapi mungkin jugak sebab arwah dah tua so, memang susahla rambut nak panjang kan?

tapi aku ada 1 lagi testimoni. kawan aku baru balik saloon. pastu dia ngadu kata rambut dia senget...mintak aku trimkan bagi sama. sudahnya after few weeks, rambut yang aku tak trim grow tapi yang aku trim pendek tang tu jer. dia kena pegi trim balik dua2 belah baru elok sama2 grow. la nih rambut mikhail plak...kesian plak kalau betul tangan aku panas, tumbuh tobek2 rambut dia...

mikhail's growth aku tengok lagi cepat berbanding kakak dia dulu. belum 3 bulan dah mula pandai nak "borak". sekarang dah pandai gelak. and Alhamdulillah dia dah tido through the night. bangun menyusu jer. itupun tak bukak mata...kalau bukak mata harusla layan dia borak dulu dalam sejam pastu susukan balik baru dia nak tido. weight dia pun laju jer naik. lahir - 3.92kg, 1st month - 5.2kg, 2nd month - 6.5kg and 3 month bakal diketahui next week insyaAllah. n mikhail nih lebih tahan lasak. perut dia tak mudah kembung even aku ada makan benda yang berangin sikit2. kalau yana dulu aku memang kena jaga betul2 takleh salah makan. mulalaa dia kembung. mikhail nih selamba jer kentut2. besar bunyinya plak tuh. macam orang tua! hehehe...syabbas betta!!!

badan pun dah keras. kalau tiarapkan, kepala memang dah angkat since dia 3 minggu lagi. now kalau rocker dia tuh tegak sket dia dah nak cuba duduk tegak plak..ek eh...macam kuat bebenau...muka dia since botak nih ramai yang cakap ikut muka aku plak...yana dulu pun bila dah botak orang kata muka aku...tak kisahla, anak2 sendiri pun...isyh...tak best plak citer takde gambar nih...nantila aku cuba curi2 masa upload as wordless wednesday ke kan? dah hensem anak bujang saya tuh...