ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, November 29, 2010

tak gentle langsung!!!

hmmmpphhh...
hmmmpphhh...
hmmmpphhh...


baru balik dari lunch. hujan renyai2. redah jer. pakai tudung takpe, tak pening sangat.


tapi!!!! tadi before pegi lunch, terserempak sorang remisier. well, bila dah keje macam aku nih, kenalaa kenal remisiers and dealers n taklehlaa nak buat2 sombong lak. n maybe, just maybe becoz i never show my bad side, this remisier tanya aku directly...(ini terserempak jer ok, bukan makan sesama pun...sekali lalu dalam few seconds punya conversation jer)


"alin, nak cakap sket boleh?"
"cakapla. ada apa?"
"ALIN KURUSLA SIKIT. TAK CANTIKLA BERISI CAMNI"
i was like wtf ^&*^%&% "ek eh, sukati kitala...sibuk jer...i'm happy like this"


ok, thats a lie but who r u to say that? being 56-57kg bagi aku ok sangatlaa...besides, my husband never complaint. he loves me just as much...aku tau maybe ada yang cakap, alaa, better be safe than sorry...apa salah orang tegur...


memang takde masalah kalau orang tuh my family or someone yg close to me tapi ini dahlaa ko buat bisnes ngan aku every 3-4 months skali jer (which is not THAT close pun) then ko LELAKI plak tuh...then duda lak tuh...what for u ask me to slim down? untuk ko ker? my husband pun tak pernah komplan OKK...macamlaa aku nih tak pernah tengok diri sendiri dalam cermin. i know how i look like, i know what is my limit. i still can get clothes in my size OKK...bukan gedempol pun...


pleaselaa...pompuan mana yg suka dengar orang tanya soalan sensitif gitu? NOBODY YE...dalam islam pun ada adab bertanya. pompuan ngan pompuan pun takleh tanya direct gitu. mulakan dengan "u nampak lain, ada makan apa2 ker?" then kalau dia mengelak2 takyah teruskan...say sorry n diam jer...kalau dia nak citer, dia akan citer. thats it. i know not all guys are the same but please, guys out there, tolonglaa berhemah sikit bila bertanya. be gentleman.

Thursday, November 25, 2010

entry terlapok : aidiladha 2010

orang dah nak balik dari mekah, ko baru terhegeh2 nak post entry raya haji...sukatilaa kan...nak post gak...nanti2 bila dah tua, leh review balik cemana kitorang celebrate our 1st aidiladha together...


malam sebelum raya tuh aku masak sambal ayam n spaghetti bolognese. that morning, after dah panaskan sambal n rebus spaghetti, makan then cabut g rumah mak. makan lagi. mak masak rendang ayam, pizza, macaroni n sup tulang. dah macam raya ala italian pulak. after that adik ikut we all pegi rumah abah pulak. family aunty semua ada sana. apit n amy adik aunty pun ada...dah besar debab budak berdua tuh. dah 22 n 19 years old. last jumpa masa aku form 2 kot...kat sana menu sambal udang galah, rendang campur, lontong, ayam masak merah. makan lagi.
then after few hours kitorang gerak g kajang lak nak jumpa atok. sampai sana semua dah tunggu. rupanya diorang plak nak ke rumah abah...laaa...kalau tau kitorang tunggu kat rumah abah jer kan senang...anyway, after makan2 (yeayy, dapat makan kuah lodeh tokcik yang setap sangat...) kitorang pun balik...hantar adik balik rumah mak then kitorang pun duk berehat kat rumah...
raya kali nih best coz dapat pakai baju sama ngan ariana. aku dah beli kain polka dot tuh awal lagi tapi tak sempat tempah even after i found the readymade baju kurung for ariana. kalau tak, leh pakai masa aidilfitri harituh...takpela, dapat gak pakai raya kali nih. alan lak pakai baju raya harituh jer. gambar tak banyak coz dah petang baru terhegeh2 nak kuarkan kamera. so here are the pics taken :



our little happy family

boria kuala lumpur

my youngest kazen ye puan2...yes, i still hav baby kazen...
"ariana, meet your uncle; muhammad dini dzikry"

my youngest aunty with baby on the way (another kazen!!!)

puan punya rumah @ kajang

my sis zana n my guardian since we small; tokcik...inilaa tokcik saya!!!

hub ask after i snap the pic"kelakar tak muka alan?"i said"kelakar lagi muka ariana!!!"

embekkkk...


this morning tgh syok golek2 atas katil (eventhough my body ache everywhere..kes salah tilam laa nih) before my hub decide to visit the washroom...sekali dengan towel still wrap around his waist "yang, air takde!!!" i was like, what??!!! alamak, camna nak mandi, nak gosok gigi, nak cuci muka, nak u uk, nak g keje nih?then hub pegi check kat luar rupanya meter air kena kunci...aku pun apalagi, mulalaa...check bil air, takde tertunggak pun...nih mesti kes maintenance fee nih...


betullaa...rupanya tuan rumah tak bayar since july!!! tak baik tau encik tuan rumah naya kitorang...kalau nak kitorang bayarkan boleh jer since the dbkl ofis kat bawah blok jer...kira tolak sewalaa...hmmmphhh...call2 tuan rumah dia kata dia akan datang pagi nih tapi mana sempat nak tunggu, lambatlaa cheq (walaupun memang hari2 lambat pon :P) hub pun ada game kat bukit damansara...


our dear neighbour offered us to us their bathroom tapi cheq malluuu...so, we packed our things, then head to my aunty's house...hantar ariana diorang tengok aku lum mandi lagi..."tak keje ke alin?""eerrr...takde air, kita nak tumpang mandi..." hehehe...sib baik sedara sendiri...kalau tak? ada bau kambing lak kat ofis nih kang...

Monday, November 22, 2010

cuti sekolah kembali lagi!!!

harini dah start cuti sekolah. tapi aku takyah risau pasal stok makanan kat rumah. coz bukan budak sekolah yang bercuti kat rumah tuh. tapi cikgunyer. alkisah, dia sendiri dah stock up makanan untuk kudapan...jangan tak tau, babah ariana nih suka sangat junk food n air gas...kengkadang pening kepala memikirkannyer...





honey cornflakes, super ring, london swiss roll chocolate n strawberry, jelly, etc


air gas, dalam fridge ada lagi air gas n air kotak...isyh3...sorga!!!

she's 10

last week sangat produktif mengupload gambar, pastu macam dah malas coz holiday mood rasa nak melingkar atas katil jer walaupun sebenarnya tak cuti lama pun. sabtu lepas ariana dah 10 bulan. nih perkembangan dia setakat nih yang mummy dia boleh recall :

physically ariana dah tumbuh 5 batang gigi. (or maybe more coz i didnt get the chance to open her mouth often. she's a BITER!!!)
rambut cenggitu gak...kat tepi2 telinga cam dah panjang sket.
makin hari makin nampak muka babah dia.


2 benda wajib ada bila nak tido; puting n bolster dia. kalau takde salah satu susah woo...
4 benda wajib ada bila babah nak bawak jalan2 gi kedai ; puting, bantal, air, biskut.
2 cara tido dengan cepat; sambil menyusu ngan mummy, or dodoi dia atas bantal.
nih kena elaborate sket.
alan akan letak bantal besar atas pangku, then pangku dia sambil enjut2 peha.
haa tak mengada namanya?itu babah dia yang ajar eh. bukan aku.
kalau aku dah menyusu tak nak tido gak, aku bawak masuk bilik, dim the light then teman dia golek atas katil. lama2 tidolaa dia. tak perlu tepuk2.


prefer nasi dari bubur blend or nestum.
makan 3 kali sehari; pagi, tghri, lewat petang
susu tetap maintain every 3 hours walaupun baru lepas makan.
in between makan biskut.
suka sangat makan biskut baby bites.
leh habis sepeket sekali makan.
paling suka minum dalam cawan sampai tersedak2 pun leh gelak lagi.
suka minum dari straw.
tak pandai sedut tapi mummy kena titiskan dari straw.
maybe that way air kosong rasa air laici kot. haha


suka sangat mandi, tapi tak suka bersiap.
pakai minyak/lotion/bedak ok lagi.
bila nak pakai baju menangis macam kena cubit!!!
i used to laugh when she cry/scream.
dah tuh, takkan nak nangis sama kot kan?


tak brapa nak main ngan toys.
suka barang2 bukan toys especially mummy's hp.
mudah tertarik pada objek bulat.
still put things in her mouth.
mata tajam, nampak jer serbuk2 kecik nak mengutip masuk mulut. hisyh...


suka tiru bunyi2 mulut. nak citer sini pun payahla.
cth : kalau kita buat bunyi kiss, muncung2 mulut dia nak buat gak.
NAK merangkak tapi belum lagi...merangkak atas perut dah laju dah.
lutut dah naik tapi belum tau nak mara lutut kedepan. last2 landing atas perut gak.
pandai sebut mama, baba, kalau kita panggil2 nama dia banyak kali, dia sebut na.
dah pandai pilih orang. especially orang yang nak berjalan.
kalau aku n alan duduk, orang tuh berdiri, dia prefer yang berdiri.


hmmm...apa lagi ek?perenggan lain2 tuh kengkonon diff kategorilaa tuh...padahal lebih kurang jer...tak ingatlaa tapi kalau ada something yang baru, memang aku n alan excited tengok dia explore. sometimes kid's mind make us wonder...tak tau takut, berani jer nak redah g mana2 pun. nak masuk mulut apa pun. buat mende2 huduh pun nampak comel jer.eee...geram!!!these are the pics from our weekend outing at wangsawalk :






Tuesday, November 16, 2010

11 tahun dulu


oopppsss...dah kata harini anniversary kan...haruslaa ada entry special about us ye dok? ada ke yang nak tau camna kitorang berjumpa, berchenta, berputus, berchenta balik, berputus lagi berkali2, berchenta balik then bertunang, bergaduh, berbaik n berkahwen?

masa memula kawin, kurus gila muka aku...sekarang?tembun!!!

hehehe...sebelum korang baca, sila imagine this story dari pandangan remaja 17 tahun yang sangat di awangan...so, walaupun takdelaa romantik mana pun bagi korang, bagi aku feeling habis dah nih...siap jantung berdegup 1000 beat per second tau...aku citer sikit jelaa...start kenal masa kat matrik UUM tahun 1999...(lama kan?) masa tuh aku baru frust tak brapa nak menonggeng ngan sorang mamat nih...pastuh aku siap buat list jejaka2 potensi then tetiba aku ternampak si dia balik dari kelas...hilang list aku...kitorang sekolej coz bebudak matrik semua duk kolej telekom masa tuh...(kitorang last batch matrik UUM) aku nampak dia macam budak baik jer sandang beg sekolah kaler kuning ngan baju kemeja kaler sweet ala2 peach ngan botol air terselit kat tepi ngan nametag masih bersepit kat baju!!!OMG skemanye budak nih...mesti korang ingat gitu kan?memang pun...totally opposite from my personality...aku segeng ngan bebudak kecoh tapi taklaa kecoh sangat cuma cukuplaa untuk dikenali di antara 1000 orang bebudak matrik yang lain...eheheheh...

then aku mintak tolong kawan2 aku korek2 pasal dia coz aku nak tau dulu dia camna...fuh...boleh tahan gaklaa info yang aku dapat...dari birthdate, asal, family background, ke sejarah masa kecik2...haaa kata aku ada pengaruh kan...n sebab dia sangat low profile, maka aku dapat sambar dia dulu...oit, bukan sambar apa eh...i mean berkenalan...dah nama pun pompuan, takkanlaa aku nak mulakan dulu kot kan?haa masa nilaa kawan aku si ali budak sabah tuh main peranan...(mana ko ali wei, dah lost contact dah...) dia pi bagitau alan pasal aku, dia kata aku minat n nak kenal...so, alan pun mulakanlaa langkah dia...ala langkah apa jer pun...ajak jumpa depan library...borak2 dengan ditemani member aku n member dia...sangat baik kan...ahahah...aku still boleh ingat lagi mende2 yg kitorang borakkan...rasa cam baru jer (writing this with a glowing red face...rasa berbunga2 hati)

so, dari situ dating 2nd time pulak n so on...3 weeks after that dia ajak aku g tasik guthrie (sesapa budak UUM taulaa tempat bertenet paling femes nih) dia tanya apa anggapan aku pada dia..well, takkan aku hegeh2 nak cakap "err...saya suka sangat kat awak"...aku tanyalaa dia balik...then dia cakap "saya anggap awak lebih dari kawan biasa" then aku jawab "samalaa" balik dari tasik tuh takdelaa aku kembang hidung ke hapa ke but then besoknya dia leh tanya aku :

napa cakap kat ali macam kita lum kapel?

haaa?bila masa kita kapel?

kan semalam tuh?

bila masa alan tanya?

laa, takkan nak tanya macam nak propose orang kawin kot (sangat tak romantik OKK!!!)

oo...tu kapel namanya?

haa yelaa...

ooo...oklaa, kapel laa...(dalam hati, tipah tertipu...hehehe)

so, itulaa sejarah kitorang start berkapel...n sampai sekarang aku suka usik dia tipah tertipu!!!hehehe...n walaupun macam2 dugaan n rintangan, orang kata kalau dah jodoh tak kemana...so, on 16 November 2007 kitorang nikah, 17hb sanding, 24hb bertandang...n now we are completed with our little bundle of joy, ariana sofia binti azlan...



nak bersin!!!








huh...tak jadi pulak

we are 3!!!

WAAHHHH....sangat best wake up this morning...
alan tak keje so, tak payah bangun awal.
ariana pun bangun senyum2, golek2, chatty2...macam paham jer...
semua cuddle2 in the bed until 8am...syiok!!!
n lgi syiok coz its our 3rd wedding anniversary n the picture is perfect...IT FEELS PERFECT...
at least at the momentlaa...
so this is the latest pic of the outcome of our production :





Thursday, November 11, 2010

macam2 nak cerita





last weekend pegi segamat-rompin to attend a wedding. dari kl jumaat bertolak kul 10am then tido kat felda selancar satu malam then berkonvoi ngan kengkawan alan ke rompin. sampai selancar tuh dalm kul 2pm. dulu alan mengajar kat situ.2-3 tahun gaklaa. so ramai geng kat sana. sampai2 jer kitorang makan then aku siapkan ariana, tukar2 baju then rehat. alan tak brapa nak rehat coz dia nak melawat kengkawan yang lain. makan jap pastu main ps2. mandi solat jap pastu gi naik sekolah borak ngan pak guard. sampai ke tengah malam barulaa dia balik. takpela, bukan selalu dapat jumpa. nih 1st time travel jauh ngan ariana. sib baik plan pun smooth jer. ariana 2 kali tido dalam keta. so, taklaa melasak sangat.


kat selancar tuh kawan alan; pokcu n tini ada anak umur 2 thn stgh. excited dia ariana datang. panggil dia kakak.dia suka baby.habis semua mainan dia keluarkan. nak main ngan baby, nak makan ngan baby, nak mangkuk macam baby, nak mama dukung macam baby, nak bantal macam baby, bak kata semua pun nak macam babyla.sian dia, sunyi. kat selancar tuh mana der ramai budak2. deet kuarters tuh dia sorang jer budak. dulu dia ada kembar tapi meninggal due to demam panas over 1 year ago. aku pernah blog this out awal2 dulu. tapi aku tak pernah skali pun tanya coz aku takut nanti tini sedih plak. aku tunggu dia cerita sendiri. cerita tuh biarla kami jer yang tau detailnya. bila tini tanya kakak mana adik?(bukan aku suruh ye) dia cakap adik sakit, adik dah takde. sedih. tu pun membuatkan aku takut bila ariana demam. bukan baby kecik jer berisiko demam panas nih. pokcu kata salah satu sebab is hospital jauh. dari selancar tuh nak ke hospital segamat pun dah dekat sejam. as a parent, kita kena tau camna nak handle 1st sign of illness. at least maybe boleh slow down the virus attack.


okla, habis cerita arwah adik. the next day after makan2 kenduri, dah plan nak check in kat hotel rompin. so kitorang g Rompin Beach Resort (RBR). few weeks back aku dah ingatkan alan to book a room takut penuh tapi taulaa lelaki..hmmmphhhh...malas nak cakap. dipendekkan cerita, we have to wait sejam stgh untuk check in coz takde bilik kosong. kena tunggu orang check out coz ada 3 FAMILY DAY buat kat situ. ariana dah ngamuk2 kepanasan, ngantuk lagi. aku lagilaa panas. dapat masuk bilik, on aircond...ahhh sorgaa!!!! so, petang tuh kitorang mandi2 pool (laut tak pegi coz air kotor) n malam tuh kitorang pegi balik rumah pengantin coz siangnya tak dapat nak borak lama. besok pagi2 breakfast, check out then head to UiTM segamat nak amik barang2 adik aku fatin. tinggal seminggu jer xm lagi then terus cuti 3 bulan...uiihhh...bestnya...then balik rumah sampai kul 6pm..fuhhh, PENAT SEH!!!
ariana bape kali bangun tido bangun tido balik. jalan kampung tau jelaa bersimpang siur. dia tido sejam stgh then bgn sejam then tetiba dia macam diam melekap jer then tengok dia tertido balik...camtulaa sampai 3 kali...maybe dia pening2 mabuk kot...aku yang cuba nak tengok dvd kat screen baru alan install dalam keta pun tak dapat...asal pandang lama sikit jer nak muntah...beria2 beli dvd konon tak nak bosan lam keta...


aku belum tengok lagi twilight eclipse so, ingatkan dapat tengok, tapi tak dapat gak coz selain mabuk hoyong hayang, silau pun masalah gak coz tak nampak apa pun kat screen. dengar suara jer. so sekarang ngah pulun habiskan eclipse sambil amik-hantar ariana ke makcu. subuh2 masa nak hantar dia tuh masuk jer keta terus on. sambil menyusukan ariana, aku layan dvd. bagus gak coz ariana pejam, takdela dia sibuk nak capai screen tuh. kalau tak....so selepas beberapa hari pagi tadi aku dapat tengok part yang vampire2 jahat lawan cullen-wolves. pastu tgh saspender dakota fanning nak datang alan pulak kena pegi keje...alaaa...sikit jer lagi nak habis..potong stim tullaa...tak sabar nak tengok sambungannya petang karang...hehehe...kesiankan aku...dvd ada tapi rosak...pastu malas nak beli dah coz kitorang tak rajin nak carik dvd. so macam rasa membazir.


ok, citer lain pulak. tadi dah citer dari holiday ke hangin nak check in ke UiTM ke mabuk2 keta ke dvd ke twilight. ni nak citer pasal our planning to makeover the house pulak. bukan major sangat pun. itu rumah sewa jer tapi because opkcu n tini plan nak datang kl n spend few nites at our place, so harusla create a house that is functional for guest kan?selama nih bukan tak berfungsi, tapi cuma berfungsi untuk kitorang bertiga jer. bila ada tamu, huru hara. ni semua pasal kitorang salah pilih sofa L shape gedabak to fit in our tiny less than 700sqf flat. angan2 tinggi, tak hengat!!!lagi satu pasal tuan rumah tinggalkan single bed kat bilik depan. so bila yang datang tuh beramai2, semua taknak tido katil so macam sempit kat bawah. baik lantingkan jer katil tuh kan?lapang sket bilik.


so, (brapa kali so daa) this is our plan. sofa L shape nak buang or bagi pada sesapa yang berminat (tawaran terbuka sampai before end of this month jer) nak ganti ngan 2 seater sofa or sofa bed. that means more room for ariana to explore.yayy!!! then katil bilik depan tuh pun nak donate or buang. nak beli queen mattress jer buat tetamu tido. takyah bedframe segala. bila takde orang, tegakkan or biar ariana golek2 kat situ. ok tak plan aku?tapi tulaa...nak kemas betul2 nih ntah bila ler dapat buat. asal weekend jer ada plan. maybe kena tunggu alan start cuti sekolah so that dia boleh kemas sikit2 mana2 yang patut. sikit2 lama2 rumah bersih. tak gitu?

Thursday, November 4, 2010

WDO : Wife's Day Out

haha...mesti ada yang berdebar nak tau apa jadi kat ariana last weekend kan?(ader ker?perasanlaa alin nih)...it turn out just fine and i had a blast with my girlfrens...sampai rumah kul 7.30pm...opppsss...mummy lambat sket from estimate time arrival (ek eh macam order barang online lak)


but every hour aku call laa tanya ariana buat apa, nangis ker tak, aku siap buat jadual bagi kat fina (my youngest sister) bila ariana susu, tido, makan, kudap, tukar pampers, main n aku ada gak tinggalkan lots of stuff for "what if dia nak jalan, what if dia sejuk, what if bla bla bla..." kira melambak gak aku tinggalkan barang dia...bukan apa, supaya senang mak aku nak jaga...kang sudu takde ker, botol tak sempat cuci ke, kan senang ada substitute...

ariana dilayan oleh ramai dayang2...my sis zana balik at noon pun ada...oh, to adik n fren : tq for the cute hippo n mr bean's bear for ariana...to mak n fina : terima kasih daun keladi...
alan balik dalam kul 4pm then dia g lepak rumah mak jap then bawak ariana balik. mak bekalkan homemade mashed potato lagi untuk makan petang...alan suap then mandikan, bagi susu, tidokan, by the time aku sampai rumah, ngam jer dia bangun n menyusu ngan aku...told you it could be that bad...yayy, lepas nih leh buat lagi...g dating ngan hubby plak ker...hehehe

while aku plak, pagi tuh aku mintak alan hantar aku on his way to work at 6am. then aku n ariana sambung tido until 7am. feed her bm then dia sambung balik while i prepare her food and her bath...after makan, mak n fina bawak dia jalan2 dalam keta sambil nak hantar zana kat lrt station, sempatla aku gosok baju n kemas2 barang. after that bathe her n feed her milk then dia pun tido...cantik jer timing coz aku pun dah nak kuar...aku naik lrt sampai bangsar then alyn n maya fetch me...(notice that alin n alyn are 2 different person ye)

baliayu spa sanctuary @ bangsar

sebelum treatment

alyn n mona enjoying the refreshing foot bath

after treatment...aku buat pose gitu kengkonon dah glowlaa...ceh...sama jer aku tengok...


kat spa memula tunggu kat lobi for the rest then we pair up coz 1 room can only fit 2 person.aku masuk ngan ila, alyn ngan mona, noni ngan maya. our 3 hours well spent 1stly with foot bath-body scrub-body n foot massage and ended with a glass of ginger tea...waaa...refreshing i tell you...lama tak berurut nih...dapat lak makcik urut yang sangat best from bali...dia memang keturunan bidan, siap urut naikkan peranakan lagi tau...which i didnt get the chance to do it before...sapa2 nak berurut dgn dia without the spa pun boleh datang ke rumah dia kat bangsar...

so, gambar aktiviti di spa takde...cuma gambar nam mere naam yang terlibat jer ada...dah tuh tengah kemban2 takkan nak bergambor pulok kan?


finishing our day with late lunch @ delicious and window shopping...ahhh...what else could a girl ask for...a real shopping spree, maybe? from left : alyn, ila, maya, noni, mona


Our Highness

since ada ariana, our life style have change. cara makan pun dah bertukar. sorang makan, sorang jaga ariana. eventhough dia tak cranky all the time tapi kengkadang kalau dia nangis time kita tengah syok balun boleh putus selera bila nak sambung balik. lagi2 bila dia dah melasak nih, takut dia menjalar merata2 mengutip ntah hapa2 masuk mulut...tapi tak best pulak bila makan sorang2. coz kalau tapau lauk, the one that eat 1st will hesitate nak makan puas2 coz nak tinggalkan lauk untuk the other one and rupanya the other one pun tak habis so ended up PEMBAZIRAN...I DUN LIKE!!!
so, we've decided to get our royal highness a high chair...kat ikea murah, RM45 (without the tray and the padding)...ada 3 color, white, red n green. tray takyah beli coz leh rapatkan ke meja and we put padding coz ariana belum boleh duduk sendiri so, letak padding nak kasi mampat kat kerusi tuh...tapi silap beli coz actually i wanna buy the red one tapi bila sampai kat gudang dia tuh, terus lupa and amik apa yang ada depan mata...takpelaa...dah beli pun (statement nak sedapkan hati sendiri). so, hasilnya, kitorang leh makan bertiga and its easier to give her mamam coz she can sit, eat while watching tv (kalau budak besar, dah kena marah nih...)
padding ada 1 pattern tuh jer...

this is how we eat. she will sit next to me, nothing in front her except things yang takleh damage. sambil aku makan, sambil suap. ye, aku ngaku rumah memang sepah. tak kuasa nak tegakkan benang basah.
seronok makan sama...kengkadang ariana boring, mulala buat muka cheeky tuh...eee...geram!! rasa nak suap jer sambal dalam mulut dia...hehehe


geram kan tengok muka muncung dia tuh...tapi makan pun takleh lama2 coz nanti dia jerit2 mintak keluar...