ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, January 27, 2012

apsal nih?

hmm...last working day. bosanla kan asik citer buat apa, makan apa. tapi selain tuh apa jelaa pun yang happen dalam life aku nih. biasa2 ajer. balik2 citer benda sama. pasal development anak, baby. nak tayang barang2 pun apalaa sangat. aku bukan jenis pakai barang branded ke hapa. janji selesa, cantik pada mata aku cukup. im an ordinary girl with ordinary life. aku tengok sana sini blogger berani2 up entry pasal politikla, condemn artisla, padahal tak kenal pun. gosip2 sesama cubicle sudahla. pastu ternganga bila kena saman. blog nih untuk apa sebenarnya eh? bagi aku blog aku nih sebijik cam tajuk tuh. untuk share thoughts dan life aku. kalau aku merempan pun ada kaitan dengan aku. kalau merempan pasal artikel sokabar, ada jugak kaitan sebab aku yang baca. hahaha. kalau semua pun nak private, baik ko tulis diary, simpan dalam peti, letak bawah katil kan? lagi feeling. nak post petua, tips, tazkirah rasa tak layak pulak. bagi aku orang yang post benda2 sebegitu telah pun melaksanakannya sedangkan aku nih yang wajib pun banyak bocor, ada hati nak nasihat orang lain.


aku slalu rasa aku nih tak bertuah macam orang lain. kira macam insecurela nih. agaknya umur menjejak 30an nih memang gini ker? rasa macam orang2 sekeliling dah tak sayang padahal biasa jer. rasa macam di ambil kesempatan padahal aku yang offer peluang untuk dipergunakan. rasa macam useless bila tak dapat siapkan keje. rasa down bila dah tiada kata2 pujian and thank you (eh, pujian perlu ye to a wife. skali skalala. slalu kalu dah takde value dah. motivasi tuh okey) rasa macam serba tak kenala. slalunya aku rasa macam nih 5-6 bulan skali. atau mungkin kah hormon pregnancy nih yang membuatkan aku gloomy instead of blooming. sedih ajer. taip sms pun menitik air mata. ntah hapa2 ntah. eh, entry nih pun ntah hapa2. dah, gi sambung buat keje masing2.

No comments: