ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, January 4, 2012

dari jumaat asiklaa merayap ajer kejenyer...

pheww...last weekend family alan lepak kat rumah aku. diorang sampai jumaat pagi dalam kul 11 camtuh berbekalkan lauk2 ibu masak. senang den masak nasi jo. hehehe. dulu2 aku cam kecik hati jugakla. nape nak kena bawak lauk segala kan? kengkadang dia siap bawak bawang, mee kuning, sayur, roti macamlaa kat rumah aku nih takde bahan. kalau takde pun kedai melambak depan ni haa. lama2 aku dah malas nak kecik2 hati dah. aku kecik tapak tangan, tadah mulut dengan perut jelaa...hahaha...pastu memang aku serah dapur kat ibu 100%...sebab aku malas dah paham yang macamana pun, ibu still nak masak untuk anak2 dan suami dia. kang aku masak, lain pulak dengan selera diorang. ibu bawak daging salai masak lomak cili api, ikan goreng sambal kering, sambal ikan bilis kering. perghh...cukup kitorang makan anak beranak sampai malam.


memandangkan memang kali nih diorang datang ada agenda nak menyopping/cuci mata maka hari2 penuh jer dengan aktiviti kat shopping mall. dari aeon AU2 ke alpha angle ke the curve ke ikea. sampai dedar badan ariana, agaknya sebab letih. perut aku pun macam mengeras padahal belum masuk 4 bulan pun. itupun ada hati lagi ibu nak pegi sogo. ohhh, a big NO NO laa nak masuk sogo hari cuti. orang key el amik cuti khas kalau nak pegi sogo. takdenyer nak bersesak2 dengan indon2, bangla2, myanmarians tuh...eeee...lagipun setakat nak cuci mata, jalan2 baiklaa ke area damansara/PJ nun. shopping mall besar, orang ramai pun still boleh rasa aircond sejuk.


sempat gak aku bawak ina gi tempah baju tunang dia kat tailor aku. aku ada 2-3 tailor. tapi kalau nak buat baju pesen2 sket, memang aku pegi kat amrin nih. kedai dia kat kg padang balang, gombak. ofismate aku yang introduce. tapi mahal sketla. takpe, janji hasil puas hati. tailor lain setakat baju kurung, paling2 pun kurung moden bolehlaa. dah serik kain cantik2 end up hasilnya tak serupa macam dalam gambar. tema tunang kaler turqoise. ok, ok nih nak jadi kak nam jap nih. kakak ipar alan yg sulung dah siap tempah baju turqoise 1 family. 1 family means skali ngan ibu dan adik bradik dia. sedangkan family pengantin ni haa pun takde apa2 lagi. excited betul dia nak dapat biras. *tddmka*


lepas tempah baju pagi isnin tuh, diorang terus gerak balik melaka. opppsss. tak, diorang singgah nilai dulu. shopping lagi!!! nak carik goodie bag, bunga, pasu, etc...orang nak kawin biasa gi nilai eh? murah sangat ker? aku dulu pernahlaa pegi 2 kali. sebelum kawin gak tapi end up beli souvenir ngan paper bag kat chowkit. rasanya kalau on the way, mungkin berbaloila singgah. kalau semata2 nak pergi tuh macam hmmm...kat sini pun ada kot. masa aku pegi dulu panas ya hamat. nak carik toilet pun susah. skarang dah ok ker tempat dia? isnin lepas diorang semua balik tuh adalah hari melipat kain dan berehat. cukup2 laa berjalan. then on tuesday aku gi check up. itu aku up entry lainlaa eh. kang pepanjang sangat bosan lak. ni pun dah panjang dah nih. till then.


No comments: