ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, January 12, 2012

terus terang sudah...benda betulll...

aku kan sebenarnya banyak benda nak borak kat blog nih. sebab aku jenis yang selalu berfikir dan bercakap sensorang. tapi kengkadang orang tak tau sebab aku bercakap dalam hati. dulu masa kat U, awal2 sem kitorang gi kem motivasi for a week. so memang hari2 ada LDK. ada sekali tuh kitorang kena lukis graf dari lahir sampai keadaan kita masa tuh. means kalau ada pengalaman pahit, graf tuh menurun pastu kalau hepi, menaik. as usual setiap orang pun mesti ada turun naik kan. tapi kat hujung diorang akan lukis naik, naik, naik. kiranya after blajar diramalkan makin hepilaa. ada ker orang yang hepi jer? ok, maybe adalaa tapi tak ramai. pastu ko kena ceritalaa kat kumpulan ko kenapa graf ko camtuh. yg aku of coslaa banyak turun naiknyer but, masa tuh umur aku baru 19, and aku dah predict yang aku akan sad masa aku 24-25 years old sebab aku nak kawin. sebab aku kenal sangat parents aku, prediction aku memang betul. ah, malas nak citer hal lama.


anyway, masa aku bercerita tuh aku hepi2 jelaa walaupun citer benda sad. orang lain time citer benda sad siap nangis2. ada yang kena dera ngan bbsitterla. ayah meninggal. ok, yang tu memang sedihla. tapi aku neutral jer. sudahnya, kaunselor tuh kata aku ada split personality, boleh? aku boleh sembunyikan kesedihan aku dengan jadi orang yang nampak hepi. pastu dan dan semua tenung jer aku macamlaa aku nih alien. pastu kebetulan roomate aku 1 kumpulan, dia kata maybe ye sebab dia selalu dengar aku cakap sorang2. aahhhh...malu giler aku time tuh. tapi sengih jelaa. memang aku selalu cakap sorang2 pun. itu split personality ker? bukan sewel? hahaha...


aaaa...aku nih sebenar benarnya nak citer benda lain. pasal appraisal. dah submit lama kat bos cuma baru semalam dia panggil sorang2 masuk bilik dia discuss performance kita sebelum finalizekan markah. tapi dia bukan nak tukar markah pun. tak pernahlaa. dia cuma nak bagitau supaya kita preparelaa dalam mind nak dapat bonus, increment sikit. siap cakap "u cant expect high bonus every year rite?" ye, betul sangatlaa tuh.........of coslaa semorang pun expect better n better kan? lagi2 bila dia citer profit reach target. jadi, apa masalahnya kalau nak bagi better than last year?


pastu dia tanya apsal aku slalu mc, lama tak datang? aku cakap, tulaaa, bos taknak tanya i. i sakit, then admitted to the hospitals. then aku citer sikitla. bos aku nih bukan apa tau. dia terlalu taksub nak carik profit sampai kebajikan staff terabai. bos dulu gak best. walaupun best, kitorang tetap segan n respek kat dia. sebab kalau tegur, dia firm. kalau staff ada masalah, dia concern sampai despatch dulu siap pinjam rm1k kat dia sebab nak baiki motor. terserempak kat mana2 tak menyombong, senyum jer walaupun tadi baru dia marah ko. year end, dia bawak kitorang gi makan2. kalau dapat hamper ke apa dia distribute kat kitorang. tak macam bos nih. kedekut. since dia join 3 years ago, tak pernah sekali pun dia bawak gi makan2. muka masam jer. jumpa kat lif pun buat pandang tak pandang. sudahnya staff pun buat keje dengan berat hati. janji siap sudah.


pastu dia tegur pasal punctuality pulak. ok, yang nih aku diamlaa. eh, tipulaa kalau aku nak diam. hehehe. aku mengaku terus kat dia kata nih memang weakness aku since bertahun2. memang dari dulu point nilaa yang mencacatkan appraisal aku. tak tau camna lagi nak buat. kalau aku bangun awal, ada jer benda nak usik. nak menyapu japlaa, nak settle disheslaa. end up lambat gak. totally opposite ngan cikgu. then dia tegur sebab aku slalu makan kat depan pc. ni pun nak menjawab gak. aku kata aku tak suka mia lama2 so aku prefer makan sambil buat keje. multitaskinglaa konon. dia kata kalau BIG BOS datang, tak eloklaa. dia faham kalau aku lapar tapi better mia daripada kena marah ngan BIG BOS. baik bos, akan saya turuti arahan bos. lepas nih aku leh plan nak ngular kemana, eh.


overall takde apa yang mengujakan dalam discussion tuh. markah pun sikit. thanks to him yang set target untuk group kitorang melampau2. padahal kitorang nih buat processing jer kot. kalau buat marketing, bolehlaa carik client. berbuih explain kat dia. dia suruh try gak. nak try camna ntah. duduk sini sampai malam pun belum tentu reach target klau takde apa nak process. markah group aku elok sikiiiit jer dari despatch yang dah kena pecat sebab slalu mc, EL, datang lagi lambat dari aku, mia setengah hari, muka mengantuk sepanjang masa, kena warning letter berkali2. padahal keje kitorang siap. error dah banyak minimise. cuma lambat jerr....sajer laa tuh. alasan.

No comments: