ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, February 29, 2012

sebab

harini keje banyak sebab semalam mc.
pening kepala sebab last weekend majlis bertunang adik ipar.
penat sebab jadi orang kuatlah konon.
tolong chep rewang sebab tak cukup kaki tangan.
lauk semua masak sendiri sebab mertua nak muai (puas makan).
tolong jadi eric leong touch up bilik pengantin sebab ai suka buat keje2 gitu.
ai jadi mak andam jugak sebab adik ipar kata ai pandai mekap.
actually takla pandai sangat tapi sebab adik ipar memang bukan jenis bermekap,
maka mekap ai yang lite2 tu pun ok katanya.
entry majlis bertunang later sebab gambar tak cukup.
tapi nak up entry jugak sebab tarikh rare, rugi tak buat entry.
sapa yang birthday harini, lehla celebrate kaw2 sebab lepas nih 4 tahun lagi baru naik setahun.
selamat hari jadi pada semua yang berkenaan.

WW : tilam punya besau, dalam bakul gak ko nak tido eh...eleh, tido tipu2...macamla mummy tak nampak



Thursday, February 23, 2012

rajuk yang tak sudah

dah 2 malam tinggal aku ngan ariana kat rumah. alan tusyen, my sil keje shift petang. n 2 malam ni jugakla aku kena buli dengan anak sendiri. rasa nak merajuk pun yer. nak buat apa pun tak boleh. kena duduk mengadap dia jer. bukan dia main pun. dia merengek2 katanya nak bilak (berak) tapi takde meneran pun. puas aku ajar meneran tapi dia tetap merengek. merengek takkan dapat keluarkan tinja sayang. aku taknak biasakan "tolong" dia berak coz takut itu takkan menguatkan otot duburnya untuk meneran sendiri. aku kan memang jenis sembelit, so aku memang tau sangat2 how it works. aku jugak taknak biasakan bagi ubat lactul sebab dia memang berak hari2, cuma sedikit besar dan keras untuk umurnya. aku jugak taknak lagi masukkan cecair enema yang mengakibatkan dia berak kerap dan cair selama 4 hari berturut sampai bontot dia melecet dan naik ruam. so, aku cuma bagi ubat angin, dan sapu minyak yuyi dan tunggu sampai dia sendiri rasa nak meneran. selalunya ok. cuma nak handle bab merengek jelaa.

kita duduk, dia nak baring kat pangku. siap tarik tangan buat bantal peluk. aku cuba ikut kehendak dia memikirkan mungkin sebab pembawakan budak, maka dia nak bermanja berlebihan. tapi sampai bangun sekejap nak basuh tangan di sinki pun menangis2 mengikut dari belakang, apalagi bila aku mandi dan solat. rengekan tak berhenti. harituh jiran aku dah bertanya dah. area ni cuma dia yang paling muda. memang dengarlah kalau menangis. kesabaran aku terbatas. mendengar rengekan panjang bukan kekuatan aku. bagi susu, cuma separuh jer diminumnya. kemudian bukak laptop nak bagi dia ceria. sekejap nak elmo, sekejap nak baby, bila dah ikut still merengek lagi. aku hilang sabar, aku baringkan dia dengan kasar ke atas bantal. aku baling tupperware berisi keropok ke dinding. baru terdiam. ketakutan tengok mummynya naik hantu agaknya. pastu dia mintak selimut. terus diam berbaring sambil tengok kartun. haa, boleh pun behave.


aku salute mak2 yang bercerita karenah anak2 sambil bersabar. salute habis. aku tau aku tak patut buat macam tuh. inilah masa yang harus aku luangkan bersama dia lepas aku komplen tak cukup masa untuknya. tapi setelah seharian di pejabat, badan aku lesu, otak aku tepu. bertambah geram bila kena bangkit duduk berkali2 memenuhi permintaannya yang pelbagai. dahla badan berat, perut senak, pinggang sakit. mulala syaitan bisik2 kat telinga. ini semua salah cikgu. kenapa dia takde kat rumah pada waktu2 macam nih. rasa macam anak itu satu bebanan. isyhh...syaitonirrajim...nyah kau dari sini. tapi bila ariana tido, mulala rindu keletahnya, bebelannya. dia dah pandai ambil hati sebut "saaayang mummy". aku cium kepala dia berkali2 menyesal melepaskan kemarahan macam tuh. mak jenis apa aku nih. lepas apa yang aku sendiri alami, aku tak patut ulang benda yang sama pada anak sendiri. konon nak jadikan pengalaman lepas sebagai teladan, rupanya aku jadikan ikutan. Astaghfirullahalaziim.


dan bila terbaca pagi tadi tentang kehilangan adik faris ke rahmatullah, hati aku makin sayu. anak yang baru berusia 6 tahun. tengah lasak dan ceria tiba2 dijemput pulang kesisiNya. apalagi yang berusia 2 tahun ini sepatutnya aku cium dan peluk erat. sebab kita takkan tahu sampai bila kita boleh memilikinya. dia hanya dipinjamkan sebagai amanah. aku sedih. aku rasa jahat sangat. aku mak yang zalim. Ya Allah, tabahkan hati aku. aku taknak merajuk lagi. kuatkan semangat aku agar aku dapat jadikan karenah anak2 sebagai memori indah, bukan amarah. aku tak mahu jadi mak yang zalim lagi.

Tuesday, February 21, 2012

mengidam

pagi tadi cikgu hantar gi keje. dari semalam dia offer. aku ok jer. mana2 pun boleh. naik lrt pun senang, naik keta sampai depan opis lagi senang ye dak? tapi silap timing terlewat sikit maka stuck kat traffic jam. u turn few times untuk try jalan alternatif. akhirnya masuk duke, tembus ayer jerneh, lalu celah mana ntah keluar kat semarak. manage to reach d ofis by 9am. oklaa. lewat 15 minit jewww. dalam keta on hotfm. topik harini pasal ibu mengandung mengidam bukan2. macam2la karenah ibu2 mengandung nih kan? ada yang makan sokabar, makan ubat gegat, kiwi kasut. eh, tak ke racun bendalah tuh semua? pelik akula. kalau makanan betul takpela jugak. ada jugak mengidam makanan tapi spesifik ya hamat. nak rojak beli kat mamak naik BESKAL. naik motor, kat restoran semua takmo. nak milo ais beli kat kedai cina. eh, macam2laa. siap nangis2 kalau tak dapat.


aku? Alhamdulillah takde mengidam pelik2. kalau tak dapat pun setakat delay jerla. takde lak nak meraung2 ke hapa. ada makan, takde sudah. jangan anak selepas nih dia buat perangai lak. dalam keta tuh selamba jer aku perli cikgu. "sib baik diorang tak berlakikan sayang kan? kalau tak meraungla ko kat situ. hahaha" cikgu jeling jer pastu senyum2 cakap "ek eh". memang aku niat perli+bergurau sebab kengkadang sentap gak tak dapat nak bermanja mengada2 mintak itu ini. kalau ada, dia beli. kalau leceh, lain kali jelaa eh. alasan dia itu semua psikologi. bukan mati pun. boleyh?!!! sabo jelaa

Sunday, February 19, 2012

office annual dinner 2012

last friday ofis aku wat annual dinner after work. dulu2 diorang buat hari sabtu macam susah nak gi. now diorang buat afterwork, venue pun dekat2 jer leh jalan kaki. takde bertema2 bagai. annual dinner nih buat cukup syarat BNM jer sebab now kitorang dah status investment bank. artis apa pun takdak. staf sendiri perform pastu pemenang dapat hadiah. besides that ada bingo game and lucky draw which solely the main reason kebanyakan kitorang pegi. dah memang takde tema, so pakai jer baju siap2 dari pagi. cuma muka dengan tudung jer siap kemudian.

malas gila nak mekap di pagi hari. lipstik ajer sudah. kang petang barulaa nak ber vava voom.

cuma tukar tudung biru ngan shawl putih n mekap tebal sikit. tambahla aksesori sana sikit, sini sikit. jadilaa...almaklumla nak amik mood dinner.

brooch bukak dulu sebab segan berjalan kaki dari ampang park ke klcc. orang duk perati (ke aku jer yang perasan) awat budak nih melawa lebih2 dah petang nih?!!

photobooth. oh yer, kat situlaa aku keje...pic afterwards ngan colleagues...








amik gambar sendiri jer...

berdebar nih nak tunggu result lucky draw...
grand lucky draw dicabut by one of our CEO...hadiahnya, pegi bercuti yooo...

oh, ni bukan aku punya. nih opismate aku dapat. ok gak daripada aku yang tak dapat apa2 nih. meloponglaa...


antara menu. sib baik sedap. diorang kata last year tak sedap...





tu jer

Wednesday, February 15, 2012

tukar lagi

cak!!! tukar lagi. background retro pink tuh tak masuk ngan jiwalaa. macam kosong sangatttt. plus, tajuk blog yang my thought, my.... tuh tak nampak sebab warna putih. bila highlight baru nampak. ada bg lain yang comel2 tapi takde kaler pink pulak. kan katanya pinkluvender, kenalaa ada pinky2 gitu. so, kita tengok dulu brapa lama bg nih bertahan lak k.

sayang mummy tak?




semalam balik dari keje terus start keta gi pasar malam mendapatkan nasi dagang idaman. dah seminggu tahan nafsu. nasib baikla aku bukan jenis yang kalau nak, masa tuh gak nak. unlike some preggers yang teringin nak makan french fries mcd pukul 1 pagi, or nak makan sup selipar jepun. maybe sebab cikgu pun bukan jenis yang melayan kehendak merepek2 nih (read : tak munasabah) maka setakat tunggu seminggu tuh apalaa sangat. seriously, takde maknanyer air liur anak meleleh sebab mak kempunan. efek takde kat anak, cuma pada hati maknya adalaa. sakit hati. air liur baby meleleh sebab nak tumbuh gigi atau gusi gatal.

lepas tuh rush pulak gi amik ariana kat bbsitter coz nak kejar maghrib kat rumah. kat rumah macam biasa ariana main mainan dia, buli hamsters, mintak jelly, kacau orang makan, joget2, nyanyi2, cakap telefon walaupun takde sapa pun at the other line pastu siap2 nak tido. masa aku bersama ariana kat rumah limited sangat rasa tak cukup. lagi2 kalau ariana buat hal, aku marah pastu rasa lagilaa tak cukup. yelaa, quality time tuh sepatutnya dihabiskan dengan aktiviti lain yg lebih berfaedah tapi bila dah marah, mood terus bertukar. habis stgh jam kat situ.

masa cikgu bersama ariana lagilaa sikit coz kul 10.30pm sometimes lagi lambat baru cikgu balik from tusyen. balik jer cikgu dah siap2 masuk bilik nak tido. dia melayan ariana sambil2 baring atas katil jer. kalau dah keletihan sangat (seperti kebiasaanla), dia tido dulu. and sometimes cikgu belum balik, ariana dah tido. besok pagi ariana tgh tido dah hantar gi rumah bbsitter. she might feel like tak jumpa berhari2 eventho tido seblah menyeblah. kengkadang benda nih boleh jadi bahan bergaduh sebab quality time tuh membazir macam tuh ajer. not all the time. ada masa aku main kejar2, nyorok2, geletek2 dengan dia. but aku still rasa macam tak cukup. cikgu said "orang lain pun sama yang..." n siap compare with his student yang mak bapak balik kul 2-3 pagi almost everyday. well, takkan nak sampai macam tuh pulak kan? man. but i guess mostly is my fault for expecting other people to entertain my child when i am the one who have to entertain her. at the back of my mind i always think that ariana might love us less becos of our time spent with her. lepas nih nak ada adik, lagila masa tuh divided.

aku cakap nih sebab kejadian malam tadi. wah, "kejadian" macam serius jer bunyinyer. well, i am not the type that target anak aku kena pandai itu ini by certain age. i'll teach her what i can, praise when she gets it and if she doesn't i am not going to force her. aku lebih suka budak membesar ikut flow dia sendiri. well, she can count 1-10 in english and malay walaupun kengkadang terskip few number :P tapi ariana belum pandai bercakap with proper sentence. misalnya dia nak something. she will point to something n cakap "nak" then i would have to point each item n ask one by one "nak ni?" then if yes, she will say "nak ni" same goes when i said "bye2 yana" n she will say "bye2 yana" gak. i dun know if she even understand what it means. so aku nak tanya sayang mummy tak? pun takleh coz she will repeat after me instead of giving me the answer.

so semalam aku cakap "saaaayang yana" then dia cakap "saaaaayang mama" pastu aku macam terkedu. bukan sebab apa dia jawab tapi pada siapa dia cakap. dia memang panggil makcik aku mama. aku dah macam nak kecik hati pun ada tapi apala yang dia faham. aku cuma betulkan balik "sayang mummyla" then she repeat after me. but still, it hit me quite hard. i dun spend much time with her. quality time. well, aku tak salahkan makcik aku langsung coz dia memang manjakan yana. its a good thing actually. bagus dapat bbsitter penyayang dari dapat yang kaki dera kan? cuma aku takut yana lupa siapa mummynyer. is it normal to feel this way or im just overreact? yana, no matter who come n go in my life, you will always have a special place in my heart. mummy sayang ariana forever. even after i die.



Tuesday, February 14, 2012

check up, bye bye Dr Rahman

just got back from meeting my gynea this morning. Alhamdulillah, baby's doing fine. Altho a bit dissappointed that we couldn't confirm the gender today. today also is the last day for our check up with Dr rahman. simply becoz i wanted to start my check up with female dr at Al-Islam. i really like Dr Rahman becoz of his wide experience, his expertise (most of the medicine suggested is based on his experience, not "in the book" as he say. he deliver 3 of cikgu's cousins and 2 of my siblings. just imagine how long he have been an obgyn) and he's like a father figure to us. call me shallow but i still cannot imagine myself being checked down there by another man. plus, he only does c-sec procedure at kpj tawakal which will cost us almost rm10k *gulp*. dahlaa takleh claim sesen pun. however, before we leave i thank him and said insyaAllah we will come again to see him for my 3rd pregnancy. ntah bilala tuh. hehehe. so next month we will be seeing Dr Ros or Dr Norlida at Al-Islam pulak. that time i can ask almost any question that hit my mind including those intimate thingy. yes, im shy like that. and of cos with diabetic history in my family, im sure that i have to go thru "poke in the arms for bloodtest" 4 times in a day! haisyh...tadah jelaa tangan ni.

Monday, February 13, 2012

new home

eh, korang tak salah masuk. betulla nih blog alin. sajer nak tukar mood baru. tukar layout sana sini sikit2 jer. still sayang dengan background lama tapi itu simpan kat template jelaa. bila2 rindu nanti uploadla balik. bye bye old background




amacam? ok tak yang baru nih? nampak terang lagi dari yang lama kan? sajer. senang nak stalk baca, nak tengok gambar. tak serabut sangat. kalau tetiba rasa tak ok, nanti kita tukar lagi.

Thursday, February 9, 2012

on cloud nine

ok, please jangan menyampah pulak bila aku asik citer pasal my pregnancy hormones. just wanna keep it as a reminder for my next next next pregnancy. ecewah. yang ni pun belum keluar, siap plan nak next next next tuh. hehehe. mana tau nanti leh buat guidance bila perangai merepek2 mula keluar. hahaha. la ni takmo citer pasal perkara2 yang buat aku sedih. coz bila difikir2 balik more than half of it tak patut buat aku sedih pun. sajer mengada2 alin nih tau. plus cikgu bukan layan pun emo aku nih. katanya pregnant bukan alasan nak tunjuk perangai. same when i use period as an excuse for being such a jerk. blahhhh...boringla cikgu nih. takleh nak manja2 tau.

ok lately aku mudah rasa terawang2. senyum sorang2. omputeh kata "on cloud nine".

"on cloud nine is an idiom referring to a state of elation and happiness."

things that makes me on cloud nine :

- memikirkan pasal lisa surihani n yusry nak kawin...ahhhh...so sweet...masa yusry ngan erra takdelaa rasa sweet macam nih. aku dapat rasa jodoh diorang kuat. sampai aku termimpi2 ok. tak payahlaa citer mimpi tuh kang kata aku perahsan pulak. hehehe

- tengok love scene dalam ariana mikhail...comelnya sein ngan nora danish nih...cam real jer diorang bercinta...apsal produser tak banyak amik sein jadi hero eh? takdela lakonan dia mantap sangat tapi aaron aziz dah banyak sangatla muka dia di sana sini. not that i dun like aaron, i love like him so much but "datin ghairah"? err...after citer tuh keluar aku macam errkkkkk!!! terfikir balik, kalaulaa sein yang berlakon dalam nora elena...ehem ehem...aummm

-listening to love songs...currently aku suka OST ariana mikhail by sammy, patah seribu by shila amzah, roman by roman n kilafairy, anything by bruno mars, lagu2 lama by celine, diana ross...eh, banyak lagilaa...tak ingat yang lain...terawang2 wa cakap lu...



- watching ariana kiss my tummy sambil cakap "adik" (ok, itu bukan dia cakap sendirila...aku yang ajar :P)



- watching my loved ones sleeping...



- when all of a sudden cikgu help me doing the housechores without being asked. ada 1 time tuh macam nak merajuk coz he is too busy n i feel like being neglected, tetiba balik dia dah siap masak. nothing fancy but effort tuh yang buat aku sayang balik kat dia. hahaha statement jahat giler...



- thinking about my girlfrens gathering this weekend. lama giler weh tak jumpa gffs aku tuh. eventhough aktiviti nanti hanyalah watching shah rukh khan movie at one of the girls house and eating potluck, itu pun dah cukup buat aku tersengih2. seronoknyer....betapa aku memerlukan girlfrens di kala ini. cecewahh...


- watching fizo omar at nasi lemak kopi O. suka. enuf said.



- apalagi eh? cannot think of anything else right now but if you see me walking along the pavement/ driving while tersengih2 tuh means that im on cloud ninelaa tuh...hehehe...



p/s : i have to reschedule my gynea appointment sebab keje tgh melambak plus ubat banyak lagi. takut doc marah kenapa tak makan ubat?!!so, habis ubat nanti kita pergi tengok baby A and to confirm whether is it he or she? based on my points tadi, can you guess what im thinking for my baby's name?

Wednesday, February 8, 2012

money + family = complicated/solution?

HUARGHHHHHH*menggeliat tanda malas nak keje*


seronok cuti panjang yer. lebih seronok coz takde tolak annual leave pun. while everybody was away on holiday, aku melepak kat rumah tokcik kat antara gapi. homestay free. amik angin kampung sket wlaupun rumah dia bukanla rumah papan pun. tapi bila takde astro, takde dvd, takde keta lalulalang depan rumah, memang terasa macam kat kampung. the only kampung belah aku yang tinggal. sobs. rumah opah tak dikira coz ariana hari2 pun berulang ke sana.


aktiviti kat sana takde lain melainkan masak dan makan sahaja. sempatla zana buat kuih lapis. 1st time try ikut resepi tokcik. jadi pulak tuh. cukup rasa semua n paling penting, boleh koyak2 lapisan dia. zana masih single n available, sapa berminat sila hantar biodata. hahaha. even cuti 4 hari dan tido antara gapi pun 2 malam jer, aku still tak ke shopping kompleks waima yang jauh sekangkang kera jer. sebabnya, cikgu keje. yer...selain cikgu sekolah, dia juga mengajar tusyen dek kerana kos kehidupan di kota KL yang agak tinggi plus waktu senggang yang panjang. rugi tak grab peluang.


ok, aku nak citer 1 benda nih bukan nak up ke apa k. cuma aku nak share pengalaman n pendapat aku untuk yang baru bekerja. adik bongsu cikgu now duduk ngan kitorang. dah almost 2 bulan kot. last week cikgu bagitau dia bagi duit buat belanja dapur. aku suspek sebab dia terdengar aku citer dgn cikgu pasal aku kena sound ngan makcik aku masa aku duduk ngan atok aku dulu. makcik aku tuh sibuk nak jadi batu api katanya atok aku merungut. well, dia silap orangla coz aku tebal telinga. walaupun gaji aku masa tuh rm900 jer, tolak itu ini tinggal apalaa sangat kan. tapi aku tetap tak lupa menghulur sebab atok nenek aku pun bukan bekerja. aku tau apa yang aku contribute mengikut keperluan diorang dan kemampuan aku. plus aku kenal dia camana n aku paham sesangat karenah orang tua. after more than 20 years duduk dengan warga emas, aku paham perangai diorang akan jadi macam budak kecik balik. nak bermanja dengan anak2, mengadu sana sini. kita yang muda dan boleh berfikiran rasional nih dengarla dan ambil yang mana perlu sahaja. seriously, even opah aku tuh pun macam tuh jugak. mak aku pun ada sikit2 macam tuh jugak sekarang. biasalaa...


tapi pasal adik cikgu nih sikiiiiiit pun aku tak terniat nak bagi dia terasa. aku cuma bercerita zaman susah aku dulu. itu jer. now aku rasa serba salah. aku pernah berada dalam situasi dia. baru keje. baru nak saving. in future nak kawin, nak beli harta. lagipun aku n cikgu bekerja. bukanla kaya tapi cukupla n ada sedikit extra duit untuk berjoli skali skala. berapalaa sangat kos dia duduk dengan kitorang. setakat makan, bukan dia kuat makan pun. letrik, air? lagilaa sikit. bil letrik aku kan seposen jer? bulan lepas lagila -26.70 ok. negative! aku rasa aku yang patut bagi dia duit sebab sejak dia ada, dia banyak tolong aku buat keje rumah. aku tak suruh tapi dia memang jenis rajin pun. tolong basuh baju, masak, kemas rumah, kengkadang jadi babysitter ariana. isyhhh...seganla. cikgu plak being a man and a brother boleh pulak amik jer sebab adik dia dah insist. malas nak bising2 katanya. silap aku jugakla sebab aku tak pernah cakap kat dia camtuh. bagi aku, tak payahla nak bagi duit. bagi parents cukup or simpan. sok2 nak kawin takyah nak buat loan macam aku ngan cikgu dulu. loan aku dulu adalaa dalam 10k jer tapi 3 tahun baru settle bayar. jenuh.


moral of the story takde. cumanya all things yang melibatkan duit dan keluarga sebenar memang susah nak justify. brapa nak bagi, apa nak share. apa2 pun semuanya kena bawak berbincang with open mind n open heart. kalau tak, takut ada yang sentap. aku harap adik cikgu tuh tak bagi duit sebab dia terasa coz that is not my intention opening up my history. aku nih kan memang suka menceceh. errr, tetiba mati kata pulak. tak tahu camna nak buat penutup nih. stop sini jelaa eh. :P

Friday, February 3, 2012

baked mac n cheese asian style

look at those melting cheese...nyummm...




cheese - white sauce - macaroni layer


last piece. lichen!!





ok, since today is friday and we have a long holiday stretch ahead of us, why dun we try something new into our daily menu. i've been baking this few times already when we got bored with rice n dishes kinda lunch. its easy, using simple ingredients around the kitchen and its sharable. i especially baked this when someones are coming over. just serve with cold drinks and you're done. so, as i promised here are the recipes. i googled a few recipes, asked my frens how they do it and modified it to follow my husband who-do-not-eat-non-malay-food appetite. ok, 1stly, you may want to modified them according to your taste coz in cooking you cannot meassure evrything precisely. heck, i didn't meassure them everytime i cook. i just follow my guts and throw everything in. resepi in malay coz easy to use the ulas, biji, rumpun whatsoever (panjang betul mukadimah, resepi tak masuk2 lagi...pffttt)





2 cawan macaroni - rebus dalam air bergaram+sedikit minyak so that it doesn't stick together


4 biji bawang merah - hiris


5 ulas bawang putih - hiris


2 sb cili boh/cili blend


1 sb serbuk kari


1 pek daging cincang - boleh jugak guna ayam, isi ayam dadu, seafood, up to selera masing2


1/2 sb rempah spaghetti bolognese - dah siap mix dalam botol, brand masterfood kot.


1 biji capsicum - didadu


1 biji carrot - didadu/potong kecil


1 biji tomato - didadu


1 tin cendawan butang - dipotong 4


garam, gula, perasa (secukup rasa/pasti sedap/ajinomoto)





1 kotak kecik susu fullcream


1 sb tepung gandum


mozarella cheese - parut (aku guna balance cheese slice yang makan dengan roti jer. tapi itu masin sikitla)





inti :




tumis bawang2 sampai naik bau.


masukkan cili blend n serbuk kari. tumis sampai naik minyak.


masuk daging. once daging dah masak, rempah bolognese, garam, gula, perasa ikut selera.


masuk sayur2 dan cendawan.


once carrot dah lembut sikit, masuk macaroni, gaul biar rata then tutup api. masukkan dalam mangkuk kaca (khas untuk bakar punya. jangan taram pakai mangkuk hidang tau. pecah lak kang) untuk dibakar.





white sauce :


in a saucepan, masukkan susu fullcream, biar sampai mendidih sikit then masukkan tepung sikit demi sikit dan whisk sampai tepung larut dan sauce mengental. tutup api, tuang sauce atas macaroni tadi. taburkan cheese parut diatas, menutupi semua white sauce. the bakar dalam oven 180 degree sampai cheese kekuningan cukup coz macaroni tuh memang dah siap masak.





rasanya pedas2 ala asian sikit sebab ada letak rempah kari. tak masam sangat n tak muak sangat coz cheese tuh tak overpower the whole dish. tapi kalau korang suka cheese banyak, ikut selera korangla. my husband liked it instead of the normal spaghetti bolognese and lasagna. oh, before i forget. this dish sedap makan panas2. kalau dah sejuk pastu nak reheat balik, merasala macam makan getah sekerap. hahaha. hopefully you'll enjoy it as we are.

Wednesday, February 1, 2012

not so WW : our new adopted family members

ariana posing with her new frens. (abaikan rumah yang memang all time bersepah tuh)



comel sangat tgk diorang tido





berhimpit2 3 ekor