ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, February 8, 2012

money + family = complicated/solution?

HUARGHHHHHH*menggeliat tanda malas nak keje*


seronok cuti panjang yer. lebih seronok coz takde tolak annual leave pun. while everybody was away on holiday, aku melepak kat rumah tokcik kat antara gapi. homestay free. amik angin kampung sket wlaupun rumah dia bukanla rumah papan pun. tapi bila takde astro, takde dvd, takde keta lalulalang depan rumah, memang terasa macam kat kampung. the only kampung belah aku yang tinggal. sobs. rumah opah tak dikira coz ariana hari2 pun berulang ke sana.


aktiviti kat sana takde lain melainkan masak dan makan sahaja. sempatla zana buat kuih lapis. 1st time try ikut resepi tokcik. jadi pulak tuh. cukup rasa semua n paling penting, boleh koyak2 lapisan dia. zana masih single n available, sapa berminat sila hantar biodata. hahaha. even cuti 4 hari dan tido antara gapi pun 2 malam jer, aku still tak ke shopping kompleks waima yang jauh sekangkang kera jer. sebabnya, cikgu keje. yer...selain cikgu sekolah, dia juga mengajar tusyen dek kerana kos kehidupan di kota KL yang agak tinggi plus waktu senggang yang panjang. rugi tak grab peluang.


ok, aku nak citer 1 benda nih bukan nak up ke apa k. cuma aku nak share pengalaman n pendapat aku untuk yang baru bekerja. adik bongsu cikgu now duduk ngan kitorang. dah almost 2 bulan kot. last week cikgu bagitau dia bagi duit buat belanja dapur. aku suspek sebab dia terdengar aku citer dgn cikgu pasal aku kena sound ngan makcik aku masa aku duduk ngan atok aku dulu. makcik aku tuh sibuk nak jadi batu api katanya atok aku merungut. well, dia silap orangla coz aku tebal telinga. walaupun gaji aku masa tuh rm900 jer, tolak itu ini tinggal apalaa sangat kan. tapi aku tetap tak lupa menghulur sebab atok nenek aku pun bukan bekerja. aku tau apa yang aku contribute mengikut keperluan diorang dan kemampuan aku. plus aku kenal dia camana n aku paham sesangat karenah orang tua. after more than 20 years duduk dengan warga emas, aku paham perangai diorang akan jadi macam budak kecik balik. nak bermanja dengan anak2, mengadu sana sini. kita yang muda dan boleh berfikiran rasional nih dengarla dan ambil yang mana perlu sahaja. seriously, even opah aku tuh pun macam tuh jugak. mak aku pun ada sikit2 macam tuh jugak sekarang. biasalaa...


tapi pasal adik cikgu nih sikiiiiiit pun aku tak terniat nak bagi dia terasa. aku cuma bercerita zaman susah aku dulu. itu jer. now aku rasa serba salah. aku pernah berada dalam situasi dia. baru keje. baru nak saving. in future nak kawin, nak beli harta. lagipun aku n cikgu bekerja. bukanla kaya tapi cukupla n ada sedikit extra duit untuk berjoli skali skala. berapalaa sangat kos dia duduk dengan kitorang. setakat makan, bukan dia kuat makan pun. letrik, air? lagilaa sikit. bil letrik aku kan seposen jer? bulan lepas lagila -26.70 ok. negative! aku rasa aku yang patut bagi dia duit sebab sejak dia ada, dia banyak tolong aku buat keje rumah. aku tak suruh tapi dia memang jenis rajin pun. tolong basuh baju, masak, kemas rumah, kengkadang jadi babysitter ariana. isyhhh...seganla. cikgu plak being a man and a brother boleh pulak amik jer sebab adik dia dah insist. malas nak bising2 katanya. silap aku jugakla sebab aku tak pernah cakap kat dia camtuh. bagi aku, tak payahla nak bagi duit. bagi parents cukup or simpan. sok2 nak kawin takyah nak buat loan macam aku ngan cikgu dulu. loan aku dulu adalaa dalam 10k jer tapi 3 tahun baru settle bayar. jenuh.


moral of the story takde. cumanya all things yang melibatkan duit dan keluarga sebenar memang susah nak justify. brapa nak bagi, apa nak share. apa2 pun semuanya kena bawak berbincang with open mind n open heart. kalau tak, takut ada yang sentap. aku harap adik cikgu tuh tak bagi duit sebab dia terasa coz that is not my intention opening up my history. aku nih kan memang suka menceceh. errr, tetiba mati kata pulak. tak tahu camna nak buat penutup nih. stop sini jelaa eh. :P

1 comment:

ashra said...

mudahan takde pape kot..

tapi mmg betul pun kan..bab2 yang libatkan duit,tinggal serumah ni..payah sket..mmg kena terbuka hati..kalu tak,sekali da sentap..adesss..payahlah lagi2 kalu melibatkan keluarga suami..walaupun,kita mmg tak berniat pape pun.kita sendiri pun ikhlas..

kalu adik sendiri,ok lagi lah..tau gaks kita nak mujuknya kalu sentap kan..