kita duduk, dia nak baring kat pangku. siap tarik tangan buat bantal peluk. aku cuba ikut kehendak dia memikirkan mungkin sebab pembawakan budak, maka dia nak bermanja berlebihan. tapi sampai bangun sekejap nak basuh tangan di sinki pun menangis2 mengikut dari belakang, apalagi bila aku mandi dan solat. rengekan tak berhenti. harituh jiran aku dah bertanya dah. area ni cuma dia yang paling muda. memang dengarlah kalau menangis. kesabaran aku terbatas. mendengar rengekan panjang bukan kekuatan aku. bagi susu, cuma separuh jer diminumnya. kemudian bukak laptop nak bagi dia ceria. sekejap nak elmo, sekejap nak baby, bila dah ikut still merengek lagi. aku hilang sabar, aku baringkan dia dengan kasar ke atas bantal. aku baling tupperware berisi keropok ke dinding. baru terdiam. ketakutan tengok mummynya naik hantu agaknya. pastu dia mintak selimut. terus diam berbaring sambil tengok kartun. haa, boleh pun behave.
aku salute mak2 yang bercerita karenah anak2 sambil bersabar. salute habis. aku tau aku tak patut buat macam tuh. inilah masa yang harus aku luangkan bersama dia lepas aku komplen tak cukup masa untuknya. tapi setelah seharian di pejabat, badan aku lesu, otak aku tepu. bertambah geram bila kena bangkit duduk berkali2 memenuhi permintaannya yang pelbagai. dahla badan berat, perut senak, pinggang sakit. mulala syaitan bisik2 kat telinga. ini semua salah cikgu. kenapa dia takde kat rumah pada waktu2 macam nih. rasa macam anak itu satu bebanan. isyhh...syaitonirrajim...nyah kau dari sini. tapi bila ariana tido, mulala rindu keletahnya, bebelannya. dia dah pandai ambil hati sebut "saaayang mummy". aku cium kepala dia berkali2 menyesal melepaskan kemarahan macam tuh. mak jenis apa aku nih. lepas apa yang aku sendiri alami, aku tak patut ulang benda yang sama pada anak sendiri. konon nak jadikan pengalaman lepas sebagai teladan, rupanya aku jadikan ikutan. Astaghfirullahalaziim.
dan bila terbaca pagi tadi tentang kehilangan adik faris ke rahmatullah, hati aku makin sayu. anak yang baru berusia 6 tahun. tengah lasak dan ceria tiba2 dijemput pulang kesisiNya. apalagi yang berusia 2 tahun ini sepatutnya aku cium dan peluk erat. sebab kita takkan tahu sampai bila kita boleh memilikinya. dia hanya dipinjamkan sebagai amanah. aku sedih. aku rasa jahat sangat. aku mak yang zalim. Ya Allah, tabahkan hati aku. aku taknak merajuk lagi. kuatkan semangat aku agar aku dapat jadikan karenah anak2 sebagai memori indah, bukan amarah. aku tak mahu jadi mak yang zalim lagi.
3 comments:
aku pun serupa dgn ko..masa pregnant danial dulu, hariz pun mcm tu..layannnnnnnkan je kerenah dia..
ayu : ko lebih sabar dari aku. danial leh siap gigit2 ko rilek jer. aku harap dapat lebih bersabar macam ko.
aku pun mcm tu, masa aku preggy nak pegi toilet kejap pun dia dah ketuk2 pintu toilet nak ikut...ish tak dpt lama2 kat dlm toilet...mandi pun kelam kabut jer... asyik nak berkepit je...siap nak suruh kita dukung. tapi nnt dah 7 8 bulan dah kurang sikit... bersabar jer la ek...
Post a Comment