ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, March 8, 2012

Gomen or Prebet?

aku tgh dalam dilemma nih. dilemma yang sama masa 1st pregnancy dulu tapi lebih tension. pasal nak pilih beranak mana. kan aku dah dismiss checkup dengan Dr. Rahman so sepatutnya aku kena pegi next checkup minggu depan. tapi taktau samada nak pergi private kat Al-Islam macam dulu atau nak try checkup kat hospital gomen. dulu mind dengan hati aku memang tertutup habis dengan hospital gomen nih becoz of my previous experience masa gugur 1st time dulu.


sebelum apa2, aku nak mengaku dulu yang aku nih cembeng. means aku mudah menangis. takleh sakit sikit, penat sikit, terasa sikit mudah jer aku melalak dan trauma. tapi nak pujuk balik senang jer. just bagi kata2 perangsang, aku ok dah. :P tu pasal aku dapat husband yang tak naik suara tapi bila dia marah (diamkan diri) aku dah meleleh2 air mata. kengkadang aku jer yang over. dia tak peluk cium pun aku nak sedih2. eh, melalut pulak.


ok, so aku ada borak2 ngan few frens yang bersalin kat gomen and private hospitals. kata diorang sayang duit bayar ribu2 kat private padahal sakitnya sama. duit tuh boleh buat benda lain untuk baby gak. beli barang best2 ker, buat kenduri aqiqah meriah sikit ker, pergi bercuti ker. ok, aku mula terfikir2 betul jugak kan. duit Bon yang bakal aku dapat nanti mungkin tak banyak mana. mungkin cukup2 bayar bil hospital n buat bayar hutang kredit kad sikit. tang mana nak pegi jalan2 bercuti semua kan? nak harap cikgu dapat Bon, memang takla kan. gaji bulan2 tulaa nak buat belanja hari2. TAPI aku jugak amat mementingkan pendirian aku yang teramat2 malu taknak doktor lelaki masa bersalin. eh, malu aih kena seluk, kena jenguk kat bawah nun. alangkan Dr. Ros Al-Islam dulu buat pap smear kat aku pun aku duk terkepit2, inikan pulak doktor lelaki. eh, laki aku pun tak tengok down there tau.


pengalaman aku bersalin kat Al-Islam dulu sangat best. dari doktor, keselesaan, layanan, makan, nurse, nursery, dah nama pun private takde apalaa nak komplen. cuma sediakan duit jelaa. and aku stay sana 5 hari until aku sendiri rasa dah cukup kuat untuk bergerak ke sana sini. coz mak aku takleh nak attend aku 24/7 kalau kat rumah. masa berpantang dulu pun dia mandikan baby, siap masak, then keluar buat hal dia laa. kata "datin", banyakla urusan dia. nasib baik masa tuh baby sorang. itupun dia yang duk bancuh formula bagi kat ariana time dia jaga. adoiyai. so, kali nih kalau c-sec lagi kat gomen 3 hari dah discaj, ngan ariana yang melasak, camna aku nak survive jaga baby sensorang agaknya? 2nd n 3rd day still seksa nak bangun duduk ok. kenapa aku kata c-sec? uri aku masih dibawah. not at critical stage but still, i have to be prepared for the worst walau aku nak gak merasa bersalin normal pulak kali nih.


kalau hospital gomen, aku rasa aku prefer hospital selayang dari HKL despite that dulu aku pernah dengar kes baby terkerat jari masa nurse nak potong bandage. adoi, ngeri. n aku tak expect nurse n doc duk kelebet aku 24/7. cuma aku NAK sangat kalau boleh doktor perempuan SAHAJA yang attend aku. n no doktor pelatih lelaki yang kejap2 nak belajar seluk/jenguk. n baby aku dijaga dengan baik kat nursery n husband boleh teman aku masa bersalin. itu jer. banyak ke request aku nih? agak2 boleh tak diorang provide?


one more, bila aku buat comparison nih kengkadang aku rasa macam aku a little bit selfish and pilih kasih. selfish sebab aku kesian gak kat cikgu nak kena bayar ribu2 (walaupun sharing) sedangkan kalau gomen, dah confirm free. dulu masa ariana, semuanya tip top. duklaa belai perut setiap hari. cikgu pun rajin layan bercakap dari dalam perut lagi. tapi kali nih aku siap consider nak jimat2 duit, baby A pun duk dengar aku jerit kat kakak yana jer. nak nyanyi2 kat dia pun cam tak sempat. cikgu plak balik tusyen dah penat. setakat gosok2 perut jelaa nak amik hati bila aku tanya tak sapa baby ke harini? tapi bukanla bermakna aku tak sayang dia or this is unplanned pregnancy. NO. aku memang nak baby lagi. and baby A arrive at the right time. cuma dari segi environment jelaa yang berbeza kot. in case u're reading this sayang, mummy sayang semua anak2 mummy k.


so, korang camna plak buat pilihan? please dun say tepuk dada tanya selera coz i dun have the right answer as this is only my 2nd baby to be delivered. i need solid reason WHY I HAVE TO CHOOSE xxx. things like that. please2 help me. ur experiences may give me an idea on how to make decision, fast!


p/s : mujur ada kakak yana duk "tepuk2 adik" suruh tido n nyanyikan lagu Lailahaillallah... :)

4 comments:

Lady Dayana said...

kalau betul ko kena operate apa nak risau ttg doc laki tgk 'bawah' ko? Ko gi check up kt private hosp mcm biasa tpi bersalin g kat gov.Kwn & cousin aku buat mcm tu. Klu dah operate kat perut dia x kacau dah nak jenguk kat 'bwh' ko tu.
Aku kalau operate mmg x pikir panjang pegi gomen hosp je. Jimat banyak duit. Ko bukan sedar pape pun dia operate, bgn je baby dah kuar.
The reason aku x g private psl layanan gomen mmg lain dgn private. But aku mmg normal delivery kena go through hell sebelum kuar baby tu so aku mmg choose private to smooth out the process. Yes, sakit sama xde kurang cuma private akan percepatkan kita branak..but not gov which left us there to meronta-ronta tahan sakit sampai la fully dilated. That if i am going for normal delivery. Kalau mcm ko confirm c-sec, better choose gov..jimat duit.

aLin arLene said...

D : tulaa yang aku concern sebab belum confirm cser. doc kata ada possibility uri naik atas when belly aku makin membesar. so tadi aku dah set appt for both. pegi jer 2-2. nanti dah nak dekat bersalin baru decide. ada kawan aku cser tapi sebelum tuh jenuh kena seluk sebab doc kalau boleh nak suh dia normal delivery. pffttt.

Mummy AwwalHariz said...

alin... my case, dah 2 kali deliver thru c-sec... mmg taknak pegi govt sbb takut sakit.. yes, i know bersalin normal or c-sec mmg sakit.. tapi bila dah c-sec, susah nak gerak, layanan biasa2 saje mau nak menangis kan.. kalau pk mmg mcm membazir kan.. but niza selalu pk it's worth.. plus bukan nak takutkan, c-sec kali ke2 nak heal lagi sakit la.. hari kedua operate, mmg niza menangis sbb sakit! time operate mmg tak rasa, lepas dah habis bius, bila sakit of course la kita nak layanan yg best... tu my opinion only... others might think saya membazir tapi i don't want to think that way... plus my fren, UUM gak.. masa dia ceaser kat govt, dia bangun sendiri pi toilet jatuh woo... btw, preggy kali ni i've to pay sendiri.. tgh kumpul duit.. hehe :)

aLin arLene said...

niza, preggnant jugak eh. congrats...btw, thats what i heard too. 2nd time lebih sakit. alin dahla bukan jenis yang kental tahan sakit. sakit dulu pun terasa2 lagi. but they say kalau gomen kat 1st or 2nd class lehla manja sket mintak nurse tolong papah. hopefully alin leh bersalin normal so that i can go to private.amiin.