ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, December 29, 2014

banjir menjelang tahun baru 2015 dan QZ8501

Assalamualaikum :|

tiada senyuman hari ni...dah lebih seminggu beberapa negeri di malaysia dilanda banjir...negeri yang paling teruk sehingga mencecah 90% kawasan adalah negeri kelantan...setakat hari ni dah lebih 200ribu mangsa banjir di seluruh negara...dekat media sosial, macam2 diberitakan...ramai individu dan kumpulan persendirian serta NGO tampil memberikan bantuan...bila terjadi bencana macam ni, yang paling kesian kanak2, bayi dan orang tua...wanita2 mengandung dan datang bulan pun susah jugak...dengan sumber air bersih yang terhad, isyh...takleh bayangkan macamana...kita yang duduk selesa kat rumah tapi bila takde air pun dah menggelabah...tengok anak2 kecik tido beralaskan simen jer...yang nak menghantar bantuan pun ada dugaannyer sendiri...sangat faham jika jentera kerajaan kekurangan tenaga...kumpulan persendirian kena cari alternatif lain untuk menghantar bekalan bila jalan darat langsung tak boleh digunakan...banjir kali nih memang meninggalkan kesan mendalam dalam hati aku...sampai naik alergik tengok orang update perkara happy...rasa geram...walaupun aku tau bukan salah diorang pun tapi aku rasa susah aku nak berhappy2 bila tengok ramainyer saudara seIslam yang menderita...sorry yer korang...but i keep it to myself...korang nak update, updatelaa...its just me battling with my own feelings...biasalaa mak2...or mungkin ini antara hidayah Allah pada aku...Alhamdulillah...tapi sedihlaa...kalau kita fikir dalam2, banyak hikmah banjir nih kan...sambutan ambang 2015 dibatalkan...diganti dengan program ibadah :) maka kuranglah aktiviti pergaulan bebas, minum arak, zina yang akan lead to kes buang bayi and so on...

pada masa nilaa jugak banyak orang yang sebarkan berita palsu, share doa palsu (yes, doa pun ada palsu k), sebagai pengguna media sosial, aku baca jer semua dan fikir sendiri palsu atau tidak...sebenarnya boleh jer nak tau...kena buat research sikit...cari sana sini...anyway, info kan di hujung jari...janganlaa senang2 terus share...kalau nak terus share dari sumber sahih takpelaa...kadang bukan salah sesiapa cuma keghairahan menshare tuh yang buat berita tak betul tersebar dengan jayanya...ok, aku buat contoh k...macam aku share jugak screenshot message2 dari mangsa banjir...panjang2 kan kalau ada orang berdekatan boleh bantu...betul atau tidak, takde cara nak tau kan...takkan nak call orang2 tuh 1 persatu setakat nak sahkan...kalau tak betul pun sekurang2 tahu yang situ memang takde orang...boleh pangkah dah kawasan tuh...tapi yang share gambar2 nih...gambar mayat terapunglaa, budak kecik ditarik dari selut, kalau betul pun buat apa korang share? nak bagi impak besar dalam hati? apa orang2 yang terima boleh buat? mengumpat? maki? salahkan sana sini? stop it ok...its not funny even if its not true...perkara gini bukan boleh dimain2kan...rupanya gambar budak tuh mangsa tanah jerlus kat indonesia...mayat terapung tuh dari fail polis bukan kat kelantan pun...pastu yang share status "orang2 public figure" mengutuk sana sini...aku betul2 tak sangka public figure boleh mengeluarkan kata2 kesat membodoh bangangkan orang2 lain...lagi baiklaa dia ajak orang buat kebaikan dari provoke sana sini...how did they get their "public figure" title anyway? yang share tuh pun, is that your own words yang tak terluah? ni pun antara hikmah banjir nih...selain nampak sifat sebenar fren dalam fb, senang nak unfren...


sebahagian pemandangan kelantan dalam banjir



doa yang boleh dibaca ketika menghadapi banjir


ok, dikatakan doa di bawah nih adalah doa palsu...bukan ayat tuh palsu, ayat tuh memang ada dalam al quran cuma ia adalah sebahagian daripada perintah Allah kepada langit dan bumi...maknanya ayat tuh tak lengkap...mana boleh kita sebagai makhluk Allah memerintahkan langit dan bumi...hanya pada Allah kita meminta...wallahualam...


**************************************************************************




satu lagi dugaan buat malaysia...kapal terbang airasia QZ8501 yang dijadualkan terbang dari surabaya ke singapura dilaporkan hilang dari radar di tengah2 lautan...hanya seorang rakyat malaysia terlibat...mostly warga indonesia dan ada seorang baby dari 3 orang korean...sedihnya dengar ada baby...sehingga sekarang masih belum ditemui...walaupun kapal terbang itu adalah milik indonesia, tapi malaysia dan indonesia adalah serumpun, jiran baik...sedih bila jiran kena macam tuh...we have gone thru it...we understand them...moga mereka tabah dengan semua dugaan yang melanda...Alfatihah




*semua gambar adalah ehsan dari google

No comments: