ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, June 29, 2012

Assalamualaikum...cak!!!!

ADAM MIKHAIL
3.92 kg
12.10pm 28 june 2012




Thursday, June 28, 2012

the last entry

salam semua. now sudah masuk dinihari n im typing this from my hospital bed at Al Islam. next entry will be from me as a mother of 2. InsyaAllah... nope, aku bukan in labor but in less than 10 hours i'll be delivering baby mikhail thru c-sec. yep, u heard that right. frust sikit bila dapat tau since last monday's checkup. dr cakap baby already over 3.5kg and still not engaged. jalan pun tak bukak lagi eventho jumaat nih dah nak masuk 40 weeks. kalau tunggu lagi, takut bb lagi besar n end up cser jugak. kalaulaa aku tau kena cser, baikla aku schedule terus masa aku admitted last week. at least mikhail dapat tarikh 20th sama cam kakak yana. kan?

eh, aku ada citer ke yang aku masuk wad on last monday (18th june) sebab tetiba aku rasa contraction kuat every 8-9 minutes. sebbaik cikgu memang cuti coz saturday before that sekolah dia ada sukan. masa tuh pukul 4am n cikgu baru habis tgk euro2012 match apa ntah. member baru plan baik punya nak sambung tido skali aku keluar bilik muka dah kerut2. kesian tgk dia ngantuk, aku suruh dia tido dulu. kul 6 lebih aku siap2 baru kejut dia balik. lepas hantar yana ke makcik aku, sampai hospital dekat pukul 8. diorang buat ctg, ve, masuk drip segala mak nenekla. contraction ada n heartbeat bb tak berapa cantik everytime lepas contraction tapi jalan tak bukak walau 1cm pun. lepas 2 botol air masuk, aku dah tak rasa dah contraction tuh. so, dr tahan just to monitor bb. dr said it could probably caused by urine infection. senang citer kencing kotorla. n aku plak kurang minum air. so selasa tuh lepas dr dah check semua ok, bb pun dah ceria sebab no more contractions, aku di discaj dengan bil RM1015. baby tak keluar lagi duit dah susut. nice.

n now bila dapat tau kena cser, lagilaa lari bajet. nampaknya aqeqah terpaksa ditunda n raya bersederhana jelaa. duit raya semua kena cut half, boleh??!! hehehe...ok, back to my current condition. so, daripada hari isnin appointment dgn dr tuh, aku resah, gelisah, emosi, menung, tak lalu makan (eh, yeke?) takleh tido (yang ni iye sebab mak aku marah kul 3 pg aku still main game kat fon)...aku punya frust tuh taktau nak gambarkan macamana. mgkin aku terlalu mengharap n tak prepare langsung untuk dengar berita macam nih. what makes me frust are it means that after this memang aku tak boleh nak cuba bersalin normal dah. and plan aku nak anak ramai pun limited. dr siap tanya aku plan nak anak brapa org. well, aku suka family besar, mestila nak anak ramai. 

tapi aku sedar, macamana hebat pun plan kita, plan Allah jugak yang menjadi. Dia yang menentukannya. aku patut bersyukur sebab aku dapat sepasang dah. yang paling aku tak suka bila membayangkan segala prosedur sebelum cser tuh. PALING tak best bila nurse nak masukkan catether. aku lagi rela cucuk kat tangan masuk drip daripada yang itu. isyhhh....then of cos, the pain. they said 2nd time cser lebih sakit. adoiyainyer pun. sapa yang kata bersalin operate tuh takleh amik kira (i've heard this before) meh sini aku toreh seinci pun jadila kat perut tuh. tgk sakit ke tak. inikan pulak sejengkal. ok, tgk. kan dah emosi balik. 

but i have such a wonderful people around me yang selalu bagi kata2 sokongan n doakan yang terbaik untuk aku. sayang diorang/korang. n now aku lebih tenang but still menanti penuh debaran untuk menyambut kedatangan mikhail. barang semua dah beli/prepare for confinement and even for raya knowing that lepas nih memang takde masa dah. cuma tinggal baju kurung yana kaler mint green susah nak carik. takpe, itu nanti kita sub kat orang lain carikkan. confinement area dah siap kat rmh mak, rumah dah kemas, baju dah siap basuh/lipat, yana's whereabouts dah schedule. cuma how ariana would except his little brother jer still in thought. tadi pun lepas hantar aku kat hospital, dia dah siap salam, cium peluk aku. tapi pas masuk je keta n realize that mummy is not following, cikgu kata terus dia melalak panggil mummy! mummy! sampai muntah dalam keta. olo3, cian anak mummy. takpe, besok boleh jumpa mummy lagi but with mikhail outside the tummy!

Thursday, June 21, 2012

about her

hmm...terlewat sehari nak post something about my princess ariana. semalam 20th june dia dah 2 and 5 months old. makin banyak karenah. makin banyak akal. kalau marah kita tuh dia akan jerit then cakap "pegi mandi!!!" pastu pandai pulak treat doll dia macam baby siap ckp "olo2 sayang, anak manja" pastu tepuk2. i foresee that she would do the same pada baby mikhail nnti. cute jer. suka membebel ntah apa2. bukan paham pun wpun daripada intonasi tuh kita boleh tau dia tgh membebel. pastu kalau dia tanya apa2, bila kita jawab dia pun cakap "ooo...patutla" macam nenek2 sangat tau...hahaha...now makin ramai yang dia boleh memorize their name. aunty adik, makteh, maksu, atok, nenek, abang mirul, abang celap, kak tirah, makngah, maklong, pakcu n so on...

for the 1st time semalam masa nak amik dia from baby sitter, dia taknak balik. melekap jer ngan makcu aku. taknak salam orang. pandang aku ngan cikgu pun taknak. siap jeling2 lagi. hui, pandai merajuk dah anak mummy nih. jealous? nope. aku tak jealous coz aku tau kenapa dia merajuk. 

ariana nih ada masalah sembelit. not everyday but once in a while n usually weekend. so weekend lepas since saturday dia tak berak. masuk hari selasa makcu aku cakap dia duk cakap nak bilak, nak bilak tapi hasil takde. so malam tu aku n cikgu terpaksa masukkan cecair enema masuk kat bontot dia untuk memudahkan dia berak. i've tried bagi lactul tapi itu cuma bagi dia "rasa" nak berak but tak membantu memudahkan. after enema, dia pun dah selamat membuang sambil nangis2 marah kitorang sampai tertidur. pastu the next morning while she sleep cikgu hantar dia so thats why masa jumpa petang smlm marah dia belum reda. tapi malam tadi lepas dah sampai rumah she tried to make it up with us. tengok gambar dalam fon tak kelakar pun dia buat2 gelak. tunjuk kat kita ajak gelak sama2. hahaha. this girl. pastu peluk2 aku senyum2. then i slowly explain that what we do is for her own good. dia diam jer macam tgh berfikir. dunno whether she really understood it.

ok, i dunno what i've done wrong coz weekend kan dia dengan kitorang so it seems like we did something wrong. kalau kat bs ok pulak. sometimes more than once in a day. i've read that constipation in children happen when kurang air, susu tak sesuai, kurang makan buah, and lack of exercise means bebudak nih kena aktif to enhance bowel movements. i dun think its becoz of susu coz she's been taking it since she's 1 yo. minum air pun ok coz aku memang biar 1-2 botol merata dalam rmh senang dia capai. bab makan buah n sayur ariana agak memilih n aku bg supplement for that. cuma aku perasan bila kat rmh, dia lebih suka lepak n play  with my smartfon. or watch cartoon on youtube. kids these days...makcu aku cakap kalau kat sana dia duk "mengukur rumah". berjalan jer dalam rumah, ada jer benda dia buat. even tgk tv pun berdiri. maybe sebab rumah nih sempit, dia nak berjalan sangat pun tak dapat, agaknyalaa...so now i have excuse ajak cikgu mengukur shopping mall pulakla kan....ngeeee....

Tuesday, June 12, 2012

menunggu hari

approaching 38 weeks this week. actually becoz i did my checkup at few different places, i got 2 EDD. my 1st gynea- Dr Rahman that monitor me since my early trimester said my EDD is on 18th june which is next monday! but when i started my checkup at Al Islam since my 6th months pregnancy, Dr Ros give different EDD on 29th june based on the ultrasound. but i've read somewhere that the accuracy of the EDD by ultrasound is only applicable if the ultrasound was done earlier that is on the 1st trimester. so, i'll just assume my actual EDD is on 18th.

actually sejak aku balik dari kenduri adik ipar last 2 weeks, aku dah mula rasa contractions yang agak kuat dari biasa. maybe sebab workloads. asek balik lewat jer that week sampai ada 1 hari tuh aku ingat betul2 dah nak bersalin dah. n memandangkan this is the 1st time i would experience labor pain since dulu ariana was a scheduled c-sec, aku cam confuse n baaaaanyak tanya sana sini how would i know im in labor, macamana nak tau itu contraction betul n bukan braxton hicks n i get various answers. cam kelakar pun ada. coz cara my frens explained it ada banyak version. i've read at hannah johary blog; katanya masa dia suspect she's in labor, she went to the hospital. few times! tired of going back n forth, suddenly she overheard a gynea said to a trainee that kalau patient tuh betul2 in labor, she can't even smile n she did that. testing whether she could smile or not sebelum pergi ke hospital. sudahnya she really go to the hospital at 12am n delivered her beautiful baby at 4am. by 10am dah boleh discharge. cepat!

so, masa aku ingat aku dah nak bersalin tuh, aku mintak cikgu bring along my hospital bag n his things in case i had to be admitted. i even text my gynea asking how would i know im in labor. dr ros suh datang jer n they will check if its a real labor or false alarm. but then when cikgu came pick me up at the office with ariana, macam kesian pulak. dahlaa dah malam, nak angkut ariana pulak so i decided to go back, take a bath, makan dulu then if sakit lagi, i will send ariana to my mom or her babysitter. bila dah sampai rumah, rileks, sakit tuh macam hilang. so, i cancelled going to the hospital. until now, aku still rasa sakit2 especially n much painful bila aku kat ofis. maybe becoz kat ofis duduk jer kot. kat rumah sakit jugak but not regular. n moving around became harder nowadays. bangun nak pergi ke printer/photostate/fax machine pun berkerut2 muka. tidur masih nyenyak as long im in 1 positions jer. tapi bila nak kalih, adoiyainyer pun. mengerang2.

cikgu kejap2 panik tanya dah nak bersalin ker? or he would ask me to guess agak2 bila aku bersalin. this week or next week? maybe he have work to plan ahead. alahai sayang, if only i knew. n becoz this workloads belum habis i cannot go for early leave. syukur i kena submit all this applications by this week not later than thursday, so i could go for mc/early leave afterwards. masa tuh keje dah tak banyak so, takdelaa rasa bersalah sangat tinggalkan keje pada my colleagues. i know they wouldn't mind tapi cam tak syok pulak kan. so, right now im finishing my work, nak buat filing so kalau ada apa2 senang nak carik documents. nak list down all outstanding matters. kemas2 my workstation n i can go for my maternity leave dengan tenang (yeah, right!!) 

Monday, June 11, 2012

wedding adik ipar

so adik ipar aku pun dah selamat diijabkabulkan dalam majlis perkahwinan yang diadakan selama 3 hari berturut2 (pheww!) last 1-3 june harituh. aku amik cuti jumaat pagi coz no point to take leave earlier when alan pun takleh skip his tusyen class that thursday nite. n i have to stay back at the office until 10pm!! the next morning after subuh terus siap2 gerak ke melaka. itupun kena singgah office kat branch melaka to drop some documents. kalau tengah keje banyak, banyak sangat pulak...ok, ok not complaining cuma i thought of taking early maternity leave just becoz rasa dah tak larat nak commute from-to work. kalau dah keje banyak, tak sampai hati pulak nak tinggalkan pada colleagues yang lain. diorang pun banyak keje. takpela, i will continue to pujuk baby mikhail to stay inside there at least until this thursday which is the last day to submit my work.

eh, nak citer hal lain...melalut ke lain pulak...so, here it is. some of the pic from our camera. start from friday afternoon where amalina had her photoshoot session with few costume outfits. then malamnya nikah, then after nikah ada berarak sekejap from pagar sampai masuk rumah with all the fireworks n all. then sunday majlis bertandang. memang wedding kat melaka gini kot. i mean kalau perempuannya orang melakala. coz my fren also used to have this kinda wedding back in 2007. meriah giler. berhari2 majlisnya. tapi of cos penatlaa kan. unlike KLians where it is shorter n simpler. aku sukalaa mak andam dia nih. n sangat suka her female photographer. not just they work professionally but also they were like families. takde pun sombong2, berlagak2, muka masam (macam mak andam aku kat kl dulu). plus, mekap cantik n mak andam tuh pandai menggayakan tudung ikut baju2 tuh. (aku baru tau guna tudung awning totally different way from how it supposed to be wear)

inilaa anak along alan. muhammad eidruce al-ameen (ye kot ejaan dia tuh). nak melekap ngan parents dia jer. kalau orang lain dukung, takleh bersuara. nanti melalak susah nak pujuk. tapi skali senyum, caiirrr...
amalina in her korean outfit with dayang2
sari

costume balqis sempena video klip siti - kata mak andamla

nenekngah n alan. nekngah memang suka wat muka confuse...hehehe
khemah makan orang sebelah. ini bukan mak andam punya keje. ini separate from orang yang prepare khemah makan.
ariana pakai baju tido jer. mummy dia pun pakai pants jer malam nikah tuh. senang!

pengantin trying to calm himself.
besans. apsal muka sedih nih?
Alhamdulillah, selesai sudah...
ehem...sesi sarung2 cincin n kiss d virgin...hahaha...someting funny happen. diorang nih memang bukan macam aku n alanla...kitorang couple rock. haha. diorang nih sekolah ma'hat. so, mana der dating2 nih. so, masa nak suruh cium dahi tuh memang brapa kali trylaa...hahaha...ina plak duk elak2. last2 kena "tunjal" ngan husband dia...hahaha...seganlaa dia di elak2 gitu pastu kena gelak...orang tuh dahla pemalu ya amat.
nih bunga api custom made untuk wedding. baru aku tau kalau nak guna kena order. baru diorang buat. pastu ada gak fireworks yang meletup2 kat langit macam new year punya tuh. ariana tengok terpejam2 mata. dia perasan macam nak kena kat dia...hehehe
nih rupa bunga api sebelum dibakar
pelamin, cantik tak?
hiasan bilik pengantin. bilik kecik so, tak dapat nak amik gambar full.

the only family pic yang aku ada. besoknya masa sanding takde coz semua pun sibuk ngan keje. termasuk aku si tukang sandar...
marhaban dan berzanji di pagi sabtu sebelum majlis bersanding.
the theme is peach...nih bergambar dengan speaker melaka. anak dia 1 sekolah ngan amalina. a very humble family. sempoi jer.
nih the next day masa bertandang. supposedly kitorang pakai purple but kalau dah takde, belasah jelaa...rugi plak nak buat baju maternity banyak2.


kampung dalam dusun. buah durian tuh within our reach jer...geram!!

mulut ibu riuh tengok durian...
their theme was bright red. on a bright sunny day. sebbaik tak migrain aku...
mak andam yang sama. baju pun semua cantik2.
our side of family.
last but not least...meh kasi besar sket gambarnya...pengantin lama pun nak amik feel...hehehe

Wednesday, May 30, 2012

kenduri, kenduri n another kenduri...

hola mi amor. lama tak bersiaran kan? ada ke yang kesah? hahaha. so many events for the past weekends. nak blog about it tapi gambar takde yang menarik. semua pun main snap jer sampai watak2 dalam gambar pun macam blur2 jer. Alhamdulillah, my family (tokcik, mak teh n her doter, tok alang, nek alang and their children dah selamat sampai di Mekah for umrah) kenduri doa selamat/arwah kat rumah tokcik last week cuma harap pada gambar dalam fon. itu pun gambar syok sendiri. pastu d next day kenduri kawin kazen cikgu kat seremban. pun tak banyak gambar. yang banyak amik kat rnr seremban teman ariana main kat playground. pastu last weekend kenduri aqiqah anak my bff, nonie. laaagilaa...gambar vain sesama kengkawan je ada. gambar baby, sekeping dua jer. itupun masa dia tgh tukar diapers. kena tunggu proper pics from my fren's camera. ntah bilalaa dia nak upload tuh. bawak laptop ke ofis pun bukan boleh guna. akibat menonton tonton.com secara marathon, quota pun dah habis. the last bil that i pay bukan utk bulan nih pun, itu untuk bulan jun-july!! hmm...cikgu dah bising2 dah. katanya takyah bawak p1 ke ofis lagi. nak tgk, kat rumah ajer. masalahnya (masalah ajer alin nih) kat rumah memang takde canlaa nak tgk properly. dengan kenit tu ada, sikit2 nak elmo, sikit2 nak baby (pocoyo), kadang2 mintak nak tengok bola kampung. siap nyanyi2 tuh. hailaa anak.

this weekend pulak my sil's wedding. 3 hari punyer kenduri. start from friday, majlis khatam quran-berinai-nikah. saturday, bersanding. sunday, bertandang-outdoor photoshoot. mula2 cikgu suggest that dia sorang jer balik. memandangkan cik alin nih due nyer in 2-3 weeks jer lagi n dia risau coz this time it wont be a scheduled c-sec like before. tapi apa pulak kata mertua dan ipar duai kan. lagipun dah tanya my obgyn. katanya kalau setakat melaka tuh insyaAllah sempat sampai KL kalau dah rasa sakit contraction. tapi camna nak tau itu betul2 contraction eh? nowadays pun dah mula rasa sakit2 kat bawah perut. when i googled about it, macam2 version yang keluar until at one point macam confuse pun ada. well, berserah pada Allah jelaa. moga semuanya selamat.

we will be going back to his hometown on friday morning n will only be back home on monday. monday afternoon tuh checkup kat Al Islam pulak. nak terus bayar deposit so that taklaa kelam kabut when the time comes. deposit is RM1k, and could be refunded 100% in case terbersalin kat tempat lain. all 3 days ada tema2 kalernyer but this hugely pregnant lady is not going to make special attires for it coz macam rugi pun yer. so, im just gonna wear whatever i have in my closet that is the closest to the theme. luckily i have 1 baju kurung for pregnant that i specially made for nonie's wedding dulu. masa tuh tgh pregnant 8 months n all 6 of us (me, alyn, ila, mona, fajrul, nanie) made a special costume outfit as bridesmaid kengkononla. and baju tuh is 3 toned plain chiffon from grey-peachy-red. bolehla memandangkan on hari bersanding tuh pun memang tema kaler peach. hari2 lain kita pakai dress or maternity blouse jer. and i have a special job on that day. jadi bodyguard to all the valuable items. hp, cash biar mak buyung ini yang pegang. taknak sejarah berulang lagi. dulu time kenduri kawin kitorang, 2 bijik hp hilang. so, kali nih no nO NO!!!

Wednesday, May 23, 2012

mana nak carik nih?


since i've decided to make mint green as my raya theme, i've been searching for scarf with the matching color for my raya attire. also nak carik rompers for baby mikhail with the same color and kebaya nyonya for ariana. my oh my. sangat susah okey. especially when i want printed scarf coz my baju is plain chiffon with a little of pink flower embroidery. takkan nak pakai tudung plain lagi kan? oh, n also becoz i dig printed scarves nowadays. i've already started collecting plain color tops to match with them. love. bila jumpa yang ala-ala mint green, they said it is turqoise. NOooo...turqoise lebih terang, bold, more blueish while mint green is baby like. pastel, soft, dreamy kind a color. kan? look at this post. wani, (ewah, aku panggil wani jer macamlaa kenal kan :P) akak pinjam jap entry kamu yer. look at the eyeshadow pallette. the top left is turqoise, besides it is mint green. different right?

her post shows most mint green clothes and accessories. my favourite is the wedding dress. apa kata pengantin2 in future use this kind of pastel green as wedding attire. asek putih jer bowink tau. nikah pun ok coz the color is not too bright. it will still show the pureness and sweetness of the bride. besides, green is the favourite color of our beloved prophet s.a.w right? cantikkk sangat. i only have less than 1 month to browse n look around before my confinement. after that it will be a bit hectic to go shopping with babies n toddler in each hand. so, hopefully i could get my hands on the things that im looking for or maybe perhaps if some of you do find these things can inform me. kesian kat mak buyung nih nak gi shopping mall. tak larat dah nak jalan nih.

anyway, whats your raya theme for this year? mesti vavavoom kan?


Tuesday, May 22, 2012

this one and that one

now, lets compare my 2 successful pregnancy shall we? pasal apa aku kata successful? coz aku pernah miscarriage 3 kali. yang tu aku dah pernah citer the difference for each of it. ok, lets start.

dulu girl
now boy

dulu aku rileks/rehat/pampered
now kena uruskan yana, lebih berdikari, nak makan apa sila carik sendiri.

dulu small n slow movements
now big and abrupt movements. maybe coz its 2nd baby and ruang uterus dah mengembang.

dulu morning sickness throughout early trimester sampai 4 months
now pun sama ;)

dulu total weight gain 7 kg
now up to 35weeks nih pun baru naik 4 kg.

dulu check up kat klinik Dr Rahman n Al Islam
now check up kat klinik Dr Rahman, Klinik Ibu Anak n Al Islam

dulu scheduled c-section due to breech
now insyaAllah doktor kata boleh normal. Alhamdulillah...

dulu aku kena rashes teruk maybe due to white discharge
now, Alhamdulillah, takde.

dulu cikgu slalu cakap2 ngan baby dalam perut, gosok2
now yana yang slalu borak2, gosok2 perut mummy bila mummy cakap adoi, pujuk adik behave, "cium"adik.

dulu habis aku ngepow baby gadget - stroller, carseat, playpen dari kengkawan (diorang yang tanya nak apa k)
now boleh pakai balik semua tuh. just add few items like deepfreezer, another baby rocker, another baby bathtub. bukan apa, senang nak transit ke babysitter. takyah nak mengangkut macam yana dulu.

dulu semua orang tunggu and excited about the pregnancy. al maklum, cucu sulung belah aku
now semua macam dah slow down, lagi best layan kakak yana yang becok tuh...huhuhu

dulu excited nak shopping dresses, headbands, hairclips, leggings, etc.
now macam tak tau nak beli apa. balik2 mummy shopping rompers, sleepsuits n socks. baby boy, nak beli apa lagi kan?

dulu babah bagi mummy pilih nama Ariana Sofia. 100% idea mummy.
now babah bagi lagi chance pilih nama asalkan bermaksud yang baik dan start with A. thanks yang.

dulu time pregnant mummy busy kat ofis, keje melambak, system testing. tension keje ngan software developer.
now keje tak sebanyak dulu. mummy lebih rileks kat ofis, banyak surf internet n blog. ;P

dulu lain sekarang lain
dahulu sorang skarang berdua

dahlaa, tu jelaa pun yang aku ingat buat masa nih. kalau ada lagi, tambah later k.


Friday, May 18, 2012

my hp evolution

All this while aku memang bukan hantu gadget. kira kalau ada yang tayang hp canggih ker, laptop canggih ker aku takkan jeles n tak kisah pun as long apa yang aku guna currently sudah cukup memenuhi keperluan aku. kehendak aku pada teknologi agak minima. dari 1st time aku guna hp iaitu masa 1st year kat U dulu aku guna henfon bapak aku nokia gabak yang ada antenna tuh. yang ni kot kalau tak salahlaa. pakai dari tahun 1999 sampai 2002. pernah skali hp nih betri kong habis. pastu terjatuh plak kat celah katil. 3 hari gakla tak berhp sebab tak jumpa. dahlaa body hitam, nak miscall pun takleh. last2 roomate aku rajin gi korek bawah katil jumpa hp nih termasuk dalam beg baju kaler hitam. huhuhu.




pastu aku guna hp nokia 3310 mak aku bagi. aku guna sampaila hp tuh nak hancur. tapi body 3310 nih yang paling kuatlaa aku rasa. jatuh banyak kali pun merasa gak aku pakai sampai 5 tahun. thats y aku suka pakai nokia. lagi 1 sebab nokia nih sangat user friendly. instruction senang.



so, lepas tuh aku beli pulak hp nokia N70 sebab sebelum kawen cikgu duk mengajar kat pahang. so aku siap cakap kat apek tuh aku nak hp 3g cap nokia yang paling murah. itu tahun 2007. menggigil keluar rm1k. dahlaa masa tuh lagi sebulan nak kawen. aku belasah pakai sampai end of last year bila dia mula buat hal. skrin tuh putih jer, sapa call, apa sms pun aku takleh baca. end of last year, kira 4 tahun guna. berbaloi gaklaa.



aku ada target nak beli smartfon masa n70 aku mula buat hal tapi sebab aku lebih sayangkan duit dari kecanggihan gajet aku, aku tahan jer pakai n70 tuh sampai cikgu belikan aku hp csl DS880. ada offer kat carrefour, cuma rm199 jer. well, bukan cikgu taknak belikan yang elok sikit tapi bagi aku macam membazir plus aku jenis yang sayang duit. duit dia lagi aku sayang. baik belikan aku henbeg. muahahaha. aku pilih kaler shocking pink. just the way i like my things ;P



kalau dulu aku cuma suka henfon yang simple. keypad classic (obviously u can see from my previous henfons), tak suka qwerty button kecik2 macam bb tuh. no touch screen coz aku rasa semua henfon touch screen nih sabotaj taknak detect jari aku. yang penting ada kamera untuk aku amik gambar on the spot. but cikgu kata kita kena gak blaja teknologi baru so that we wont be left out FARRR behind. and thats y he force himself to use the upgraded hp model. hp yang aku berkenan sangat is the samsung galaxy sII becoz kameranyer. alaa, yang iklan dia ayam duduk nak mengeram atas henfon tuh coz dia ingat itu telur ayam betul. n aku berkenan yang kaler putih.


la nih csl nih buat hal pulak. orang takleh dengar suara lunak aku eventho i can hear them clearly. cikgu lak buat2 tanya apsal fon rosak ke hapa rupanya dia nak belikan. balik rumah berbunga hati tgk hp idaman tgh caj. hehehe. memula aku offer nak share 50-50, tapi setelah aku kelip2kan mata buat muka seposen, cikgu kata takpelaa, dia belanja. weehooo!!!! so, aku budak baru blaja, kalau tak reti tolong ajarkan.

p/s : baru tadi kawan aku ajar pasal data network. rupanya kena always deactivate unless pakai line fon with internet. kalau tak makan prepaid or kena caj kat bil fon korang. kong ajar, patutla tetiba kredit aku hilang. baru start guna semalam, dah rm50++ kredit aku melayang woo.... tsk tsk...