ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, December 2, 2010

satu waktu dulu

tengah tensen nih. tengah gaduh email ngan sorang malaun kat opis nih. kita suruh buat keje, dia nak ngamuk2 plak. ek eleh.

daripada layan dia, baikla aku duduk2 nih teringat masa kecik2.
masa tuh weekend. balik rumah mak kat setiawangsa. intan apartment.
dah banyak berubah sekarang. anyway, masa tuh aku darjah 2. mak bagi singgit buat belanja aku n zana main kat bawah. dah dapat main, dapat belanja lagi. mewah ko eh. ok, sambung. selalunya aku beli roti krim 2-meposen, cikedis 2-patposen, belen beli gula2 2 biji. sangat adil kan aku? hehe.

anyway. ada 1 hari tuh aku, zana n a few kengkawan jalan2 luar apartment. pastu nampak ada 1 abang jual goreng pisang. nampak sedap jer. tapi dalam poket cuma ada doposen. aku pun tak ingat mana pegi lagi lapanposen. dengan selamba badak aku mintak

"bang, bagi kerak doposen!"

budak darjah 2, apa tau kan? mana tau segan2 nih.
abang tuh gelak kot, aku tak ingat tapi yang aku ingat dia scoopkan masuk plastik pastu tanya "cukup tak nih?" penuh plastik tuh. aku cakap "cukup2".

pastu kitorang duduk kat batu tepi jalan betul2 depan gerai abang tuh. pastu sambil makan siap cakap "bang, nanti besday saya abang goreng pisang untuk saya ye."

hahaha. bila pikir2 balik, malunyer. anak sapa laa yang muka tebal tuh. hehehe. tapi sekarang abang tuh dah takde dah. dah bukak kedai makan kot. to abang yang goreng pisang depan intan apartment, setiawangsa tahun 1989, u make my day!!!

No comments: