ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, September 29, 2011

berkelah tepi pantai

kejap betul dah khamis dah. besok aku start cuti sampai selasa depan. hoo yeahh...nak pergi utara, adik alan konvo kat UUM. kalau ikutkan sebenarnya macam malas gak nak jalan jauh nih. ngan anak kecik lagi. leceh tau nak handle budak yang tengah ligat main nak suruh dia dok diam 5-6 jam dalam keta. tapi aku kesiankan alan nak drive sensorang. kalau aku ada, leh tukar2 drive. lagi satu rindu ngan UUM. tempat yang jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bertemu jodoh. cewahhh. sil aku kata banyak dah benda baru kat sana. kolej kediaman pun dah bertambah. nama kolej dia pun pelik jer aku dengar. apa2 pun, kolej MAS gak yang best. kolej pertama dibina kan. besar, luas, tak tinggi sangat, strategik nak gi kuliah atau bertenet kat tasik. ehh.

lagi satu sebab aku tak sabar nak bercuti sebab dah sangap giler kat opis nih. 1-2 minggu nih market agak terjejas. adik aku yang dapat share free pun elok2 bajet leh dapat 15-16k cuma dapat 5-6k jer. takde sapa nak apply loan. yang mana dah apply, kena paksa jual, yang belum masuk share, kena paksa topup lak. korang paham ker apa aku cakap nih? takpelaa, janji aku paham. n kak nur, kan kak? sib baik ada internet kan kiah. eventhough opis nih dah block fb, youtube usage, kitorang tak kisah. ye, aku guna kata jamak "kitorang" sebab bukan aku sorang jer yang feeling2 duduk tepi pantai kat opis nih. selain bos yang kejap bangun, kejap duduk, kejap pegi toilet, kejap kena sergah ngan Big Boss sebab market down, kitorang leh layan tonton.com lagi kat pc. masing2 pasang earphone, pastu bahu terhenjut2 tahan gelak. ada tuh yang srooot sreeet lap air mata. tengok citer sedeyh laa tuh. takyah guna tv LED flat skrin 40" nak layan segala cerekarama, akasia, andalusia, drama swasta. skrin kecik pun jadi. yang ada iphone layan main angry bird, fb ker ikut diorangla.

ok, ini bukan nak kata aku makan gaji buta k walaupun pada mata kasar nampak macam tuh. aku dah shout dah kat superior aku tanya kalau ada apa2 nak buat. dia leh suruh aku enjoy lagi. katanya dah tengah free nih, terima jelaa. takleh jadi nih wei, otak aku dah tepu nih. dok layan drama jer kejenyer. suri rumah pun tak macam nih. diorang, bila iklan jer berlari ke dapur terbalikkan ikan dalam kuali. iklan jap berlari ke washing machine pegi drain kain. iklan jap berlari gi buat susu anak. haa, nak komplen lagi ker kalau keje macam nih? gaji jalan, apa lagi ko nak? alaa, setakat sikit2 staf kaki cium ass boss tuh abaikan jelaa. janji keje ko siap, boss tak komplen. then, ko cakap alhamdulillah…

p/s : aku nak carik hobi yang aku leh buat kat opislaa. yang tak obvious sangatlaa. korang ada suggestion tak?

Tuesday, September 27, 2011

kl-temerloh-melaka-kl in 24 hours

i came to the office this morning unaware of my surroundings. feels like zombie walking. kalau ada orang nak ragut pun aku tak rasa aku ada daya nak jerit mintak tolong. teruk sampai tahap macam tuh. ni semua gara2 tak cukup rehat from last weekendlaa nih. plus ariana mengigau, merengek, nangis dalam tido these 2 nights in a row. bila kita bangun buat susu, minum jap pastu after slept for half hour dia merengek balik. mimpi apa ntah agaknya. sudahnya kitorang tepuk2 jer then she will drifted back to sleep.


last weekend we went to temerloh for my friend, oyien's wedding. dapat gak lepaskan hajat. bertolak pukul 11am, sampai pukul 12.15pm. 12.30pm camtuh pengantin pun sampai. makan sedap, pelamin cantik theme merah putih tapi pengantin n family pakai silver/grey. layanan tuanrumah pun sangat baik. lagi2 bila tau kitorang datang dari jauh. eh, taklaa jauh sangat. kalau kat kl jem 2 jam lagi lama. altho i never met her husband, they look sepadan sangat macam pinang dibelah 2. masa oyien ditepung tawar, i took chance to take picture with her and say goodbye. we had to go on with our journey ke selatan pulak. cewah.

















a day before that alan receive an sms saying his fren, mun's father passed away at gemas. so we planned to go straight to gemas from temerloh. tapi bila dah half way thru the highway, badan pun dah penat drive, alan decided to go back to his parents in melaka and went to gemas the next morning. tapi on sunday tak jadi pulak ke gemas when mun informed us that he had to send his sister to penang that day. so balikla ke KL, makan2 @ delicious (dengan outfit aku yang sangat tak ngam sebab plan asal nak melawat waris arwah kan)


nih pics on sunday...from melaka to kl :













gambar before makan tak sempat nak snap...gambar pinggan licin jerlaa. i had spicy crabmeat linguini and hot honey lemon, alan had their chicken chop with heavy tomato sauce and iced mocha and ariana had garlic bread with wild mushroom soup. we shared pavlova which we regretted. shud hav ordered that sticky date pudding instead. but all in all, semuanya sedap.


then singgah visit my fren and her newborn baby girl. gambar baby lupa snap sebab syok borak ngan member. lama tak jumpa. kalau tak macam nih, entah bila dapat jumpa lagi...hmmm

Saturday, September 24, 2011

lontong

last 2 weekend aku masak lontong ngan sambal sotong. memula plan nak guna sotong kembang tapi sebab unavailable so kita belasah pakai sotong putih jer. so, memandangkan hubby dah puji, haruslaa aku share resepi supaya korang2 pun leh dapat pujian sama. dari hubby koranglaa...takkan dari hubby aku lak kan...haipppp



so bahan2 bergantung pada kesukaan korang. ini aku bagi ikut apa yang aku letaklaa harituh k. aku buat seperiuk besar untuk 7-8 orang makan. kalau nak buat sikit, pepandailaa kurangkan bahannya eh...


4 ulas bawang merah - hiris

2 ulas bawang putih - hiris

sedikit minyak untuk menumis

2 sb cili boh. kalau nak pedas, masuk cili api blend sket.

santan 2 kotak - kalau pakai santan pure lagi sedap

serai sebatang - titik

serbuk kunyit


bahan isi : ini ikut korang nak banyak mana tapi kalau terlebih bahan nanti kuah jadi sikit. so pepandailaa eh.


20 ekor udang

sebijik terung dipotong serong nipis2

6-7 btg kacang panjang dihiris serong

1/2 btg carrot potong ikut suka

sepeket tempe dipotong kecik

2 keping tauhu dipotong kecik

sedikit kobis dipotong kecik

sedikit fucuk dan suhun




cara2 :


tumis bawang dan cili boh sampai naik bau. masukkan santan sekotak. jangan masuk semua dulu. nanti senang nak ejas pekat cair kuah. masukkan serai then masukkan udang. bila udang dah hampir masak, masukkan serbuk kunyit. then masukkan sayur2 yang keras dulu like carrot, kacang then szayur dah lembut sikit masuk sayur lain. tauhu, fucuk dan suhun masuk last skali bila dah nak tutup api. jangan lupa masukkan garam dan perisa secukupnya. ejas pekat cair dan kemasinan kuah. bila dah puas hati, dah siaplaa. amacam, senang kan?





dah siap bolehlaa makan dengan nasi impit, sambal dan telur rebus. pastu kalau buat banyak leh ulang makan petang, malam n breakfast esok paginyer...nom nom nom...


Friday, September 23, 2011

Funny Friday : essential things to pack


banjir

ini cerita masa kl banjir harituh. flat aku nih kawasan dia agak rendah kalau nak dibandingkan dengan blok yang lain. so kalau hujan lebat lebih dari 15 minit air memang akan naik n kengkadang masuk dalam rumahkat ground floor. malanglaa bagi sesapa yang takde di rumah untuk alihkan keta diorang ke tempat yang lebih tinggi. dulu pernah air naik macam nih sampai masuk ekzos n 4-5 bijik keta jugaklaa yang takleh start, malah ada yang kena overhaul. tapi banjir harituh ada benda lain yang menarik perhatian kitorang.



cer tengok kat bawah nih, banyak kawasan yang tenggelam cuma tinggal tanah yang agak tinggi sikit jer. and nampak tak apa yang sunbathing kat situ?




nilaa zoom paling dekat aku boleh shoot. itu pun dah geli geleman dah. longkang dah penuh ngan air so cikT sekalian berteduh kat tanah tinggi tuh. masa aku kira tuh ada dekat 10 ekor laa jugak. eee...citer nih pun naik meremang bulu tengkuk nih. pastu jiran aku n alan bawak kayu besar n gi hempuk sekor2. elok pulak tak lari. alan cuba nak hempuk tapi THE ONE AND ONLY cikT yang dia kejar berjaya melarikan diri. part of me rasa lega gaklaa coz gelilaa tengok diorang kena hempuk. rasa kesian pun ada coz itu cikT kecik2 jer. tapi kalau yang masuk rumah aku, siaplaa korang. no more mercy for you!!!

ohemjee

Forwarded email from a dear friend. Mari kita kongsikan bersama2.





Q by Yanti, Kuala Lumpur : Apakah hukumnya menyebut Ohhh…MG, maknanya Oh,My God! Sesetengah ada menyebut OMG. Kalau diterjemahkan maknanya Ooo Tuhanku. Saya dapati segelintir anak2 muda menggunakan perkataan ini dengan maksud tersebut. Apakah hukumnya?




A by Datuk Dr. Mashitah Ibrahim : Seorang muslim dituntut supaya sentiasa mengingati Allah. Dalam sepotong ayat Allah s.w.t, berfirman “Tidakkah dengan mengingati Tuhan hati menjadi tenang.” Justeru, untuk hidup tenang basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah. Kalimah God sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah. Dari segi bahasa, God hanyalah Tuhan. Dalam bahasa arab, Tuhan ialah Rab. Perkataan Tuhan boleh dikata jamakkan dan ada jantina seperti Gods dan Goddess. Berbeza dengan kalimah Allah, ia mengandungi makna tauhid di dalamnya. Tiada dua atau tiga hanyalah Esa dan Satu. Jika kita orang Islam sebutlah ya Allah kerana maknanya berbeza dengan oh my god.

Thursday, September 22, 2011

selamat ker?

situasi 1 : tunggu lif kat lobi


Y : ehh...dah brapa lama? (sambil tunjuk perut)

A : eh, bukanlaa...nih lepas puasa punya perut (yes, A memang tak reti cover)

Y : eh, sory...ingatkan pregnant...tapi betul, nampak cam pregnant.

A : ppfffttt (sambil senyum kelat)



situasi 2 : family gathering


kebanyakan makcik2 kepoh : ada lagi ker nih? (sambil senyum2 sumbing)

A : belum lagi, insyaAllah soon.

makcik yang paling kepoh : tulaa, baru anak satu badan dah macam tuh. acik takpe, anak dah 5. nanti suami bla bla bla (seriously, A dah tak masuk telinga dah apa butiran makcik kepoh cakap)



situasi 3 : dalam lrt, tgh berdiri depan X. X dah nak turun kat stesen dia.


X : eh, so sory i tak nampak u tadi (sambil pandang perut)

A : eh, (speechless) takpe jer. (dah malu nak ngaku depan strangers yang A bukan pregnant. lagipun dah dapat duduk kan. diam ajelaa)



ok, aku sebenarnya tak rasa pun yang aku nih gemuk maksud aku takdelaa aku depress badan aku cenggini but i AM aware that aku buncit. yelaa, dulu sebelum mengandung pun memang aku dah buncit dah. aku pernah pegi buat scan semata2 takut ada bendasing dalam perut nih. tapi takde pulak. memang lemak ngan taik jer. sembelit pun iye gak. aku komplen2 tapi tak jugak exercise. makan takdelaa melampau, maintain jer but aku memang suka desserts. manalaa anak aku tak ikut. dah beli treadmill tapi tersadai kat tepi dinding.


bila dah ramai sangat yang tegur nih rasa nak macam malu pulak. belilaa girdle macam2 jenis tapi pakainya sekejao jer. tak tahanlaa. senak perut especially bila duduk. aku ingat nak start balik lari (cewah, macamlaa ko biasa lari sebelum nih alin. treadmill tu pun guna 2 bulan jer before terperuk gitu). sayang treadmill tu bukan murah. pastu aku nak skip heavy dinner. dinner tetap dinner cuma makan yang light2 jer. roti ker, biskut ker, oat ker, cereal ker. tapi aku pun plan nak pregnant balik nih. tengah trying pun. selamat ker kalau aku lari2, diet2, exercise nih sumer haa? or aku pregnant dulu then baru pantang betul2, diet kaw2. apa pendapat korang?

Monday, September 19, 2011

korang letak tajuk sendiri boleh?

masuk blogspot. klik new post pastu menung. seriously dunno what to blog about. nak blog about what we do macam bosan giler weh orang nak baca diary hidup ko yang lebih kurang sama jer every weekend. dulu aku takde diari masa sekolah pun becoz of that reasonla. plus aku sendiri bukak diari zana and after aku TERbaca each pages that wrote "abah tak datang harini" "abah tak datang" "tak datang" and later jadi "tak,tak tak" aku rasa no point pun. buat sakit hati jer. lagipun life kitorang bukanlaa happening sangat pun masa kecik. everyday same routine, same thing happen. expected tau. bf pun takde. telefon pun kena sekat. no sosial life. tapi still hiduplaa... itu yang penting. eh, apa nih aku merapu. now we were much happier but still, expected things happen. kalau ada surprise ke hapa syok gak nak share kan?


oklaa aku nak buat entry bullet pointla. anything that come across my mind yer.


1. lately aku banyak baca post2 yang berbaur keagamaan. especially about SYUKUR. so, everytime aku nak merempan ke hapa aku akan teringat, ada lagi orang yang lebih bernasib malang. but still, mesti kita nak ke tahap yang lebih baik daripada sebelumnya kan? takkanla dengan gaji 1k ko nak kata cukupla rezeki yang ada pastu ko bongkang tido expect gaji 1k masuk tetiap bulan. anak makin bertambah means kita pun kenala makin kuat berusaha. correct me if im wrong but dalam Quran pun ada kata "beribadat seperti nak mati esok, cari rezeki seperti nak hidup seribu tahun" so bagi aku orang yang sangat content with themself nih macam malas pun iye dok? ye, redha is one thing but self improvement is another thing. redha setelah berusaha+berdoa+bertawakal and still rezeki kat situ gak. thats redha. tapi kalau ko tak usaha, itu malas yer. sila faham.


2. aku citer kat atas panjang lebar sebenarnya macam nakkan green light untuk upgrade skincare aku. plus aku nak try laser treatment untuk skin problem aku. aku bersyukur muka aku nih kategori orang masih nak pandang. takla cantik sangat, tak buruk. yang sedang2 aja. tapi aku rasa kulit aku kusam. which sangat down kan aku bila orang kata aku n alan macam kakak dan adik. cis. seriously, its not funny yer eventhough aku gelak cover2 jerawat kat pipi. thats y aku slalu pakai mekap. sebab konon nak cover kekusaman kulit aku nih. itupun bila dah nak tengahari bedak kat area mulut nih dah hilang. macam panda pulak aku tengok. jeles aku tengok orang yang confidently keluar rumah tanpa mekap. kulit glow jer. makan kunyitkah? bagi aku warna kulit tak penting yang penting kebersihan muka. taknakla ada jerawat ker, jeragat ker, lobang2 ker, bintik2 kolesterol ker. kalau kulit cantik, takyah pakai mekap pun. maksud aku mekap is bedakla, foundation. oh, tapi aku still nak pakai mascara and lipbalm and eyeshadow. sebab aku suka sangat mekap mata. hmm. usul nih perlu dibawa kedalam mesyuarat agong malam ini. kita tengokla alan and my wallet nak approve or not.


3. really enjoyed being with ariana this last few days. macam dunia nih kami ber2 yang punya. on friday, (eh, tadi kata bosan taknak citer rutin? ahh shadap you) i brought her to my kazens house nak tolong2 apa2 yang patut before his wedding on saturday. semua kata yana senang dijaga. behave jer. *ehem, pat back* on saturday kami tidur ber2 coz alan ada camping kat sekolah. seronok golek2 dengan dia kat katil. hug each other. then on sunday bawak dia pergi visit my fren who just gave birth a week ago. tengok gelagat dia, memang minah lawakla. haha. oh, i miss her already :(


4. this weekend nak pergi temerloh. oyien's wedding. and next weekend nak gi kedah pulak. sil's convocation. hmmm...penat jalan jauh nih. kalau anak mengamuk pun kita gak yang nak kena layan. plus, jalan jauh means bajet pun besar. bulan lepas tak dapat nak menabung, bulan nih pun most probably the same. tak suka. eh, tapi aku suka jalan2...camna?


5. ada sad news among our family members. but the truth is im not surpirsed. cuma tak sangka secepat ini. hopefully they will find the best solution for all. and semoga kami semua diberi hidayah olehNya. amiin.

Wednesday, September 14, 2011

just enjoy and we'll be fine

alahai...penat aku taip semalam pasal nothing pun sebenarnya but still penatla walaupun merapu jer. pastu tetiba blogspot macam hang pastu harini baru dapat bukak draft balik, GONE. everything gone. malaslaa weh nak taip balik. nothing much happen pun last weekend except for our visit to our elderly relatives including my atok which we supposed to meet in rembau masa raya kedua. Alhamdulillah setel dah jumpa semua ahli keluarga. cuma tahun nih tak dapat jumpa sorang makcik alan yang "melarikan diri". its ok, maybe she has her own reason why she did it.


and my bff finally came visit me after more than 3 weeks late. thought of getting a sibling for ariana but after 2 negative results, i settled with "its just late". and we must try harder. one of my aunt said its too early for me to have another child as ariana is just 20 months old. but i think otherwise. she speaks thru her experience when her 2nd son which now is 2 and half years old seems like rejecting her after she got her 3rd baby girl. i think her son is just being a boy. cranky, jumping around, screaming is not necessarily becos he's lack of attention. plus, my aunty is a housewife. of cos he have all the attention that he need. its just us the mother that feels left behind when our child choose somebody else over us. they are growing up. however, its easier said than done. i dunno yet how am i gonna take it when ariana reject me. sigh, even now and then when she sometimes prefer her babah already hurt my feelings a little bit.


its a motherly feeling. we just cant help it. i guess we just have to enjoy them as much as we can and cherish all the moments together while we could. once they know how to do things on their own, then slowly we will not be needed. well, not entirely. we still be needed but in a different way. for approval of curfew, bf/gf, pocket money, etc. but no matter how big they grow, they are still the small baby in our eyes...

Friday, September 9, 2011

introducing my new column

Assalamualaikum...

dengan pembukaan salam sebagai entry mesti korang dah leh bajet nih entry camna kan? ok, actually aku nak perkenalkan column baru kat sebelah kiri atas blog aku tuh..."tickets to heaven" aku akan listkan blog/sites yang memerlukan bantuan/derma/sedekah in case kita pun taktau apa nak buat dengan baki duit dalam purse tuh. i will update the list along the way when i came across any sites yang berkaitan.

sometimes kita rasa tak keruan, susah jer hati tak tau apsal kan? haa dengan bersedekah kita dapat membersihkan hati dan mendapat ketenangan jiwa. sikit atau banyak bukan ukuran tapi yang penting IKHLAS. kengkadang kita mampu donate RM5 jer tapi macam segan nak bagi direct pada rumah2 kebajikan. and sometimes orang2 yang meminta sedekah kat pasar2 tuh adalah scam. so, dengan cara nih kita dapat salurkan bantuan ada yang benar2 memerlukan.

some quote from sehelaibaju.com :

Sedekah adalah satu kebajikan yang sangat dituntut dalam Islam. Allah memberi amaran kepada mereka yang bakhil melaui firman-Nya,
“ Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan dengan (diseksa) apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. (Ali-Imraan : 180)

1. Apakah konsep sedekah dalam Islam?

Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Wakaf pula ialah pembelian barangan untuk kegunaan masjid, surau, rumah anak yatim atau sebagainya.
Contohnya, kita membeli kipas angin, penghawa dingin, tikar atau al-Quran untuk digunakan oleh masyarakat umum di premis tersebut. Saranan bersedekah ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya,

“ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.” (al-Baqarah:271)

2. Kebanyakan umat Islam beranggapan bersedekah mesti melibatkan wang ringgit dan berbentuk material sahaja. Adakah tanggapan ini benar?

Itu adalah tanggapan yang silap. Sedekah tidak semestinya dengan wang ringgit sahaja. Rasulullah pernah bersabda, kalau tidak boleh memberi sesuatu benda, senyumlah kerana senyuman adalah sedeka. Begitu juga membuang duri di jalanan adalah sedekah hatta berkata-kata perkara yang baik pun termasuk dalam sedekah. Ini terkandung dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Ternyata sedekah itu bukanlah perkara yang sukar dilakukan. Ini juga memberi semangat kepada golongan yang kurang berada bahawa pintu bersedekah ini terbuka luas bukan hanya kepada golongan kaya. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah, daripada Jabir bin Abdullah, katanya:

Rasulullah pernah bersabda, “ Tiap-tiap perkara yang maaruf menjadi sedekah. Antara perkara yang maaruf itu hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang di bawanya.” (Riwayat Imam Ahmad).

Orang kaya dan orang miskin masing-masing digalakkan bersedekah menurut kemampuannya. Tetapi orang miskin yang bermurah hati ingin bersedekah boleh bersedekah ala kadarnya asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang-orang yang menjadi tanggungannya. Sesudah itu kalau ada yang berlebih daripada yang diperlukannya, baharulah boleh disedekahkan sebahagian daripadanya kepada orang lain.

Hadis ini menerangkan satu dasar atau kaedah umum dalam Islam bahawa tiap-tiap perbuatan yang baik adalah menjadi sedekah dan sedekah itu pula membawa rahmat di dunia dan akhirat. Ia juga mendidik supaya setiap orang sentiasa bermuka manis dan berbudi bahasa semasa berhubung dengan orang lain. Selain itu, ia menegaskan bahawa segelas air sejuk sekalipun yang diberikan kepada orang yang memintanya adalah termasuk dalam perkara-perkara yang baik dan berpahala.

3. Apakah maksud sedekah jariah?

Sedekah jariah ini adalah pemberian yang bermanfaat dan yang baik. Paling utama adalah memberi sesuatu yang menjadi kesayangan kita atau yang setaraf dengannya, Ini bertepatan dengan firman Allah, “ Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. (Ali-Imraan : 92)

Dalam satu hadis, Rasulullah bertanya kepada Saidina Ali, “Wahai Ali, apa yang engkau suka dalam dunia, Ali menjawab, memberi makan apa yang aku makan.” Oleh itu, jika berniat untuk bersedekah kepada jiran, elok memberi makanan yang sama dengan yang kita makan. Contohnya, kalau beli kepala ikan, pastikan yang sedekahkan itu juga kepala ikan bukan isi ikan. Dengan kata lain, jangan kita sedekah sesuatu yang kita sendiri tidak mahu dan ia pula tidak lagi boleh digunakan atau dipakai.

4. Apakah fadilat bersedekah?

Sedekah ini fadilat utamanya ada tiga iaitu rezeki murah, dapat menolak bala dan panjang umur. Sebabnya, apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia yang memberikan sumbangan. Ini juga dijelaskan dalam hadis yang bermaksud, “ Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani.”

Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri, isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan. Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, lebih baik kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara.

Thursday, September 8, 2011

sory jer tak cukup

aku suka kucing tapi aku bukan pencinta kucing. setakat main2, bagi makan tu oklaa...bab membersih memang tak kuasa. itu aku serah pada yang lebih berhati waja macam zana. tu pasal jugak aku tak bela kucing. bela hamster pernah tapi tak panjang jodoh pulak. rumah mak aku ada kucing yang dianggap macam anak mak aku. sikit2 "abu" pastu compare2 yana ngan abu. "abu pun dengar kata" pffttt...tapi takpe, sayang binatang kan sunnah rasulullah s.a.w.




zana punya prihatin sampai satu masa dulu masa tuh kitorang sekolah rendah lagi. dia darjah 3, aku darjah 5 kot. ada anak kucing terbiar. kecik lagi. ntah mana maknya. zana main2 kejap dengan dia kat luar pastu anak kucing tuh lari2 kat celah pokok ketakutan sebab dengar pakcik tengah mesin rumput. masa tuh mesin rumput still pakai bilah besi tuh tak macam sekarang pakai tali plastik (genius orang yang cipta tuh. kurang risiko) pastu ntah camna pakcik tuh tgh menebas pokok2 renik kat tepi rupanya terkena mata kucing tuh. yelaa, dia nyorok kat bawah2 pokok tuh mana nak nampak kan...aku tak salahkan pakcik tuh tapi zana sampai nangis2. dia jeling pakcik tuh kaw2. dia angkat kucing tuh, dia bersihkan luka, dicariknya kotak, letak kain, bagi susu, dia sensorang lap2 darah kucing tuh. aku tengok dari jauh jer. aku ngeri. kotak letak kat luar. kucing tuh tak mati tapi esoknya dah hilang. aku teman zana yang menangis pergi merata blok carik tapi tak jumpa. orang kata kalau kucing tuh dah sayang kita, dia takkan mati depan kita. wallahualam.




Rasulullah sangat sayangkan binatang. lebih2 lagi kucing. tau tak sejadah yang kita guna untuk solat tuh sejarahnya ada kaitan ngan kucing? asalnya sejadah bukan segiempat tepat. tapi hujung kat atas ada bentuk segitiga. macam yang aku lukis tuh. 1 hari rasulullah s.a.w nak solat then dia nampak ada kucing tengah tido dengan nyenyak kat hujung sejadah (cantik tak aku lukis kucing? hehe). maka rasulullah pun potong hujungnya dan sejak itulaa sejadah kita bentuk segiempat. peribadi rasulullah yang satu ini juga diikuti oleh para sahabat. Abu Hurairah yang bermaksud bapak kucing mendapat namanya kerana dia pun begitu sayangkan kucing. dia menjaga kebajikan kucing2 dengan baik malah sanggup dikorbankan serbannya buat alas tido kucing.





ok, aku nih bukan nak cerita pasal kucing sesajer tapi sebab terkilan pasal kes petknode tuh. how cud they do that? orang melayu islam kita pulak tuh. yang sepatutnya lebih tau tentang ajaran2 rasulullah. aku pernah tengok video pompuan kat china pijak anak kucing and kena tangkap. itupun aku tengok separuh jer. tak sanggup. apsal diorang nih leh bebas haa? dah tipu duit customer ribu2. ada yang dah anggap kucing2 tuh macam family members diorang. saying sorry is just not enuf. aku nih yang bukan pencinta kucing tegar pun akan hulur tulang2 ayam bawah meja untuk kucing2 liar makan. tak yahlaa ko usap pun. kalau aku nampak anak2 kucing terkontang kanting tepi jalan, aku alihkan supaya tak kena langgar. haa ni dah eksyenlaa nak citer kebaikan sendiri. bukan. aku cuma nak bagi contoh benda yang kita boleh buat if not adopt kucing2 terbiar nih pun. tau tak berbaik dengan binatang sebenar cara paling senang nak collect pahala. binatang nih semua let it be vavi sekalipun memang dah confirm masuk syurga dah. tak pasal2 ko dapat dosa aniaya haiwan. kalau haiwan perosak macam cikT lainlaa...dapat singgit lagi kalau dapat tangkap sekor.





sayangilah kucing2 tak kira sapa punya. sekian entry ustajah alin.

Wednesday, September 7, 2011

bagi duit raya bukan budaya. bersedekah itu sunnah.

sebulan sebelum dan sesudah raya menyaksikan pengaliran wang tunai yang laju ibarat niagara falls tanpa empangan. sebelum raya bershopping bagaikan dirasuk hantu sedangkan hantu semua kena ikat. macam shopping compleks tuh cuma bukak setahun sekali padahal tetiap bulan pun kita beli barang baru let it be shoes, tudung, clothes, etcetera. raya pulak menyaksikan duit2 keras bau bank disusun cantik dalam sampul berlainan warna mengikut pengkelasan jumlah isi. agak2 kalau tersalah isi, boleh mintak maaf sekali lagi. kalau terlebih isi, yang menerima tuh diam2 sudah...


macam tahun2 lepas, aku akan allocate duit raya untuk parents, siblings yang berkoyan itu (sesak nafas masa i'm the only one keje dulu), grandparents, orang2 tua, kazens yang merenyut dan anak kawan2. but since kawin, aku serahkan tugas memberi pada juniors pada alan sebab adik bradik dia sikit, grandparents pun dah takde so dapat meringankan sikit beban aku. ariana, aku tak pernah bagi. biarlaa babah dia sorang bagi. itupun alan kata makin besar nanti nak kurangkan amaun. nak ajar dia supaya tak besar kepala (walaupun dahi dia dah sedia luas...hehehe). tapi ada gak yang nak mengelat kata bagi duit raya ini budaya, takyahlaa nak ikut (pastu time anak dia collect tuh senyap pulak) dengan selamba bawak anak berderet sambil cakap macam tuh boleyh? memberi duit raya bukan budaya. itu sunnah Rasullah s.a.w bersedekah. cuma pada bulan yang mulia nilaa kita nak melipat gandakan pahala lagipun kalau tak hari raya, bila lagi dapat berkumpul kan?


teringat kata2 arwah onyang aku. pahala yang besar bagi orang yang menggembirakan hati kanak2. budak2 nih dapat sampul kaler2 pun dah seronok. inikan pulak dapat duit. tapi yang tak syok bila bebudak sekarang nih macam tak ada didikan pulak bila depan2 orang dah bukak sampul. salam kosong tanpa kata apa2. at least cakaplaa "Selamat Hari Raya" ke. ada pulak yang siap komplen isinya sikit. isyh, aku bagi syiling baru tau. tetamu belum pulang, sampul dah dicampak merata2. hei, sib baik sampul dapat free. parents supposed to teach their children to have manners. say THANK YOU and never opened the envelope in front of people. dan orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. peringatan untuk diri aku gak nih.


this year altho my grandparents on my fathers side no longer with us *may they rest in peace* i still have granduncle and grandaunties that are close to us. bila tengok diorang gembira, kita pun gembira. tak perlu banyak2 tapi janganlaa bagi RM5 pulakkan. berpatutan sudah. yang penting tanda ingatan. kengkadang sebelum raya kita kira2 macam tak cukup bajet. tapi pastu macam boleh pulak survive until the next paycheque. itulaa murah rezeki namanya. mungkin balasan dari kita bersedekah.


*eh, mana medical claim aku harituh haa?*

Tuesday, September 6, 2011

dilema yang dah setel pun sebenarnya

skrg asal weekend jer mesti jem kan? kalau tak open house, kenduri kawin, kalau tak kenduri bertunang. this weekend my kazens hudzaifah (we call him jepah) nikah dengan tunangnya kat perlis. aku tak ikut menghantar coz jauh sangat lagipun alan belum betul2 sihat and leceh nak bawak budak kecit travel jauh2. lagipun bajet lari taknak susahkan jepah book hotel kat sana. huii banyak sungguh alasan. tapi dah promise dengan dia akan datang tolong kat belah kami kat selayang. bertunggu tangga kat sana pun takpe. at the same time my very dear fren oyien also akan kahwin kat kluang on the same day that i promise jepah to help. so, aku pun tukar plan nak pergi belah husband oyien kat temerloh on 24th.

SUDDENLY kelmarin masa gathering kat rumah ayahngah baru diberitahu yang my other kazen farhana (yang dalam gambar raya tuh) nak bertunang. alahai. cemana nih? i know i shud probably prioritize my family than frens BUT oyien has been very helpful thru my wedding days. she even accompany me in my house knowing that adik2 ku ntah kemana masa tuh. u all will be patting my back if u knew what i have been thru throughout my wedding preparations, malam sebelum nikah oyienlaa peneman aku, malam selepas nikah hanya aku dan alan dirumah ini. ahh, cerita lama...

but the main point is i really want to return her favor. i dun wanna miss her wedding. plus i miss her since she moved back to kluang 3 years ago. so, farhana kak olin sorry sangat tak dapat sama2 meraikan pertunangan farhana tapi kak olin janji i'll be helping everything that i cud for your wedding k. in 4 years. lambat lagi. by that time ariana pun dah boleh tolong sama. hehe.

oyien, here i come!!!

entry yang panjang berjela with lotsa piccas. from pre raya to the end of holiday.

hahahaha...ada aduan kata panjang sangat eh entry raya previously. yelaa, aku citer awal2 takut lupa. lagipun aku malas nak split jadi raya pertama-raya kedua-raya so on padahal skang nih dah lebih seminggu beraya. nanti entry bersambung2 sampai habis syawal. tak feel. sapa2 yang malas baca, mehlaa tengok gambar.



kl-melaka-wangsa maju-sri gombak-rawang-rembau-tampin-melaka-johor-melaka-melaka-melaka-kl in 7 days...penat weiyh, so enjoy the piccas.



monday tuh dah start masak rendang n sambal udang. orang melaka nih (specifically mertua ai) makan ketupat dengan rendang ayam kampung dry and sambal every year. ai suka rendang basah so suruh mintak ibu ketepikan semangkuk sebelum dia keringkan yang lain. alkisah adik iparku yang bijak pegi satukan masa hidang. huuu. bertambah menangis mak yang kempunan nak makan lodeh jawa. dah 4 tahun tak dapat merasa yang kaw punya. asal sampai jer kl dah selamat dikerjakan kaum kerabat.




malam sebelum raya memang akan makan ala2 raya. kiranya pre rayalaa. tapi ai tak makan beria. ai masak lauk gak. besoknya baru feel makan rendang. yang kuning tuh rendang yang belum kering. memang ibu biasanya akan masukkan kentang. bila dah empuk, amik kuah sket n kentang ketepikan. macam masak lemak rasa karilaa.




makan pre raya nih bukan makan sesajer. baca yaasin, doa n buat tahlil sket untuk arwah2. masa nih belum masuk waktu berbuka lagi. so menahan nafsu duk depan meja tuh. kejap2 telan air liur. gulp.

bebudak tak posa nih semua sibuk nak menempel kat nenek eh...



then malam tuh main bunga api n mercunlaa...ariana tak pandai lagi. so dibenarkan jadi penonton sahaja.




ariana nak mintak lepas. tak nak dukung



penaja mercun dan bunga api...mahal mercun skang. beli brapa kotak jer pun dah seratus lebih.



bebudak yang paling happy skali





besoknya pagi raya lepas yang lelaki pergi solat raya, yang perempuan wajiblaa bercamwhoring dulu.







dimulakan dengan ibu dan anak menantunya...






ibu dan chu-chu train





tahun nih (seperti tahun2 sudah) ibu, ayah dan adik2 akan ikut tema kitorang. kaler kelabu. tapi kakak ipar sefamily kuning pulak. kelass kau maria. (mat, tahun lepas maklang belikan kau kaler kuning pandai kau cakap tak cantik eh...lenkali cakap tengkiu)





orang lain sibuk bergambar, budak nih...



the girls + a boy





diorang kata baju aku tak nampak kelabu. alah...tak kisahlaa janji ada sket2. lagipun dah free, amik jelaa kan3...




us





my heartfruits







mereka2 yang tak dapat berjumpa. kazens alan biasanya akan sampai raya pertama dalam waktu tengahari. memang every year pun tak bertembung tapi selalunya makngah n mak usu buat makan2 the next day. tapi tahun nih takde pulak. :(



aqib, 2nd kazen ariana. younger 2 months tapi cepat segala2 dari ariana. umie dia yang tudung pink tuh. cantik kan?



after salam2 raya kitorang terus zass ke kl. nasib baik tahun nih opah beraya kat rumah mak aku. so, senang. takyah nak terkejar banyak rumah. dapat lepak lama sket.



sesi camwhoring diteruskan di rumah mama. fltr: hana, zana, yana. hana(fatin) kata dia nak feeling nostalgic sket tahun nih.



clockwise : diyana, zana, nadia, me, damira, fatin. semua single except moi of cos.




yang ini cuma opah and cucu dari anak2 my mom n pakndak jer. pun dah ramai kan...



raya kedua : kl - melaka, singgah tampin



makteh and you-know-who





alan and ayahteh, his favourite uncle from my side of family



anak2 ayahteh from left : akmal, liana, amalina, ashraf, syazuana and farhana. far back is kak mala, their aunty. semua bakal imam muda/ustazah pilihan nih.






us in red pulak. i wear baju kurung n red tudung.



raya ketiga : melaka-layang2, johor



dalam keta otw ke johor






ibu tgh melopong dengan maklong yang kewl






our deep purple family with paklong and ayah





ariana lenjun kepanasan



tido all the way home. memula kat atok then singgah ayer itam, transfer kat mummy lak.

orang kuat, drive 6 hours pergi dan balik sensorang. cian dia.

raya keempat : jusco jer



her version of "peace"




kan dah kata acara wajib
jom balik, nenek dah ber cak kuncak kat rumah tuh melayan tetamu sensorang :P

on saturday : small celebration for mat's bday


later, the real reason we made the makan2...



p/s : fuhh lega dapat habiskan entry raya sekali wrap. tetiap malam tido lewat upload gambar nih. *lap peluh*