ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, September 29, 2011

berkelah tepi pantai

kejap betul dah khamis dah. besok aku start cuti sampai selasa depan. hoo yeahh...nak pergi utara, adik alan konvo kat UUM. kalau ikutkan sebenarnya macam malas gak nak jalan jauh nih. ngan anak kecik lagi. leceh tau nak handle budak yang tengah ligat main nak suruh dia dok diam 5-6 jam dalam keta. tapi aku kesiankan alan nak drive sensorang. kalau aku ada, leh tukar2 drive. lagi satu rindu ngan UUM. tempat yang jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bertemu jodoh. cewahhh. sil aku kata banyak dah benda baru kat sana. kolej kediaman pun dah bertambah. nama kolej dia pun pelik jer aku dengar. apa2 pun, kolej MAS gak yang best. kolej pertama dibina kan. besar, luas, tak tinggi sangat, strategik nak gi kuliah atau bertenet kat tasik. ehh.

lagi satu sebab aku tak sabar nak bercuti sebab dah sangap giler kat opis nih. 1-2 minggu nih market agak terjejas. adik aku yang dapat share free pun elok2 bajet leh dapat 15-16k cuma dapat 5-6k jer. takde sapa nak apply loan. yang mana dah apply, kena paksa jual, yang belum masuk share, kena paksa topup lak. korang paham ker apa aku cakap nih? takpelaa, janji aku paham. n kak nur, kan kak? sib baik ada internet kan kiah. eventhough opis nih dah block fb, youtube usage, kitorang tak kisah. ye, aku guna kata jamak "kitorang" sebab bukan aku sorang jer yang feeling2 duduk tepi pantai kat opis nih. selain bos yang kejap bangun, kejap duduk, kejap pegi toilet, kejap kena sergah ngan Big Boss sebab market down, kitorang leh layan tonton.com lagi kat pc. masing2 pasang earphone, pastu bahu terhenjut2 tahan gelak. ada tuh yang srooot sreeet lap air mata. tengok citer sedeyh laa tuh. takyah guna tv LED flat skrin 40" nak layan segala cerekarama, akasia, andalusia, drama swasta. skrin kecik pun jadi. yang ada iphone layan main angry bird, fb ker ikut diorangla.

ok, ini bukan nak kata aku makan gaji buta k walaupun pada mata kasar nampak macam tuh. aku dah shout dah kat superior aku tanya kalau ada apa2 nak buat. dia leh suruh aku enjoy lagi. katanya dah tengah free nih, terima jelaa. takleh jadi nih wei, otak aku dah tepu nih. dok layan drama jer kejenyer. suri rumah pun tak macam nih. diorang, bila iklan jer berlari ke dapur terbalikkan ikan dalam kuali. iklan jap berlari ke washing machine pegi drain kain. iklan jap berlari gi buat susu anak. haa, nak komplen lagi ker kalau keje macam nih? gaji jalan, apa lagi ko nak? alaa, setakat sikit2 staf kaki cium ass boss tuh abaikan jelaa. janji keje ko siap, boss tak komplen. then, ko cakap alhamdulillah…

p/s : aku nak carik hobi yang aku leh buat kat opislaa. yang tak obvious sangatlaa. korang ada suggestion tak?

2 comments:

ashra said...

ye ke,housewife gitu.keke..
biasanya terbalikkan ikan,sebelum drama stat.drama da stat,tak toleh kiri kanan..time iklan pun tak nak miss.kena cukupkan hour tengok drama tu.keke =p

aLin arLene said...

uih. sonok nyer. now zaman dah terbalik. yang bekerja pulak ada cita2 nak jadi housewife.