Tuesday, November 29, 2011
dah terdesak, boleh pun buat...
Friday, November 25, 2011
apa tajuk aku nak letak nih kalau cerita pun macam rojak?
tadi baru berkesempatan jumpa kakak opismate kat tingkat 19. last friday husband dia meninggal mengejut due to heart attack. sedih sangat coz aku tau akak n abang nih memang belangkas habis. kemana2 berdua. tiap2 petang slalu nampak husband dia tunggu kat bawah. anak2 4 orang pun kecik2 lagi. yang sulung baru form 2, yang paling kecik 5 tahun. sebak dengar citer dia. tapi aku salute giler coz akak tuh citer tapi tenang jer muka dia. sedangkan aku yang dengar nih jer pun dah meleleh2 airmata. dia kata dia kenalaa strong demi anak2. dan kekuatan dia adalah daripada anak2 dan family jugak. yup, aku setuju.
weekend nih pakcik aku kawin kali kedua. dak, bukan bini 2. dia duda. eloklaa...kalau dah makin tua sok, ada gak orang tolong tengok2 kan. TAPI ex wife dia tak bagi anak2 pegi kenduri pakcik aku nih. kira dendam tak habislaa nih. seeeeee...kan aku dah kata. pasangan divorce neh, anak2 yang akan jadi mangsa. kerat jarilaa kalau korang kata takde. sikit sebanyak mesti diorang akan control anak sebab itu jer kaitan yang ada untuk diorang control ex diorang tuh. aku faham situasi sepupu2 aku tuh. been there, done that. tapi kalau aku, aku pergi jer selepas berhujah ngan mak aku. takyahlaa over sampai ko peluk cium bakal mak tiri, cukupla amik hati bapak dengan menunjukkan muka pada hari bahagia dia. kalau tak diberitahu (macam aku) kira takleh laa nak kecik2 hati. turn kitoranglaa plak nak kecik hati. tapi aku rasa sepupu2 aku nih tak pergi kot. diorang nih ala2 alim stok2 tudung labuh sekolah agama private nun di sinun. so, melawan cakap ibu adalah a BIG NO NO no matter what. aku tak pergi sebab
Thursday, November 24, 2011
degil tak boleh di ajar
*
*
Monday, November 21, 2011
my cousin's engagement and my whereabouts
deana yang pakai baju pink ngan selendang nak taknak. hehehe. lawa tak kazen aku nih. rupa ala2 pan asian sket kan? cakaplaa yer.... parents dia yang pakai hitam tuh. pakndak aku adik mak aku. dalam gambar nih dia nampak biasa jer tapi kalau dia pakai key, jaket kulit ngan spek hitam naik motor virago tuh, cam mat saleh sebijik! dia sorang jer lain sket coz masa pregnantkan dia, opah aku terkejut bukan kepalang (kena elaborate coz opah aku terkejut betul2 sampai mengigil2) bila 1st time tengok doktor mat saleh tinggi besar. maybe ada terkenan sketlaa. itu opah aku yang cakap yer. nama pakndak aku pun lain sket. adik bradik lelaki lain ada "din" kat nama diorang macam taharuddin, amiruddin etc tapi nama dia muhalim. itu aku taktau pasaipa.
balik dari kajang aku hantar mak ngan adik2 then terus balik rumah and sambung tido 3 branak sampai kul 5. terbangun bila dengar alan dok kosek2 basuh beras nak masak nasik. laparlaa tuh. kalau ikutkan aku malas masak tapi kesian pulak kat semua terutama diri sendiri coz makan sikit jer masa kenduri tghri tuh. ariana plak tak makan langsung, susu n kuih apam jer. alan pun makan megi jer tengahri tuh. aku masak simple2 jer- sambal sardin, ayam goreng n goreng sawi n cendawan tiram. itupun aku makan sambil geleng kepala rasa macam sedap sangat. hahaha. orang dah lapar, nasik ngan telur goreng pun lazat. ariana pun makan banyak gak. alan suap separuh, selebihnya dia suap/main sendiri. alan dapat sauk a few things from the family day. dapat hadiah cermin hiasan from the lucky draw and a tea set ala vantage. seb baik ada hasil, kalau tak...nak merajuklaa....
Wednesday, November 16, 2011
5th Anniversary Giveaway
Tuesday, November 15, 2011
macam2 ada...
Sunday, November 13, 2011
Saturday, November 12, 2011
Friday, November 11, 2011
and this is why
UPT +ve
scan tak pernah nampak heartbeat or bentuk kacang dalam sac
at 12weeks heavy bleeding, sempat lagi pergi konvo adik aku
then doc confirm miscarriage, aku ngan alan menangis kat luar klinik
malam tuh merasa contraction yang amat hebat
admit the next morning buat dnc
dapat mc 2 minggu
berurut dengan neknak kat kampung (ok, yang ni aku jer yang panggil dia gitu coz nenek tuh menyeramkan, but no choice)
ibu ayah gi umrah
pantang sendiri kat kg coz masa tuh mak aku still marah kat aku so(sila isi tempat kosong)
2nd pregnancy in dec 2008,
UPT +ve
petang tuh ada mild bleeding
then terus mintak mc 2 hari balik kampung coz dulu masa 1st time tuh neknak kata pregnant jer gi jumpa dia. dia akan jaga, urut kasi naik la apela.
dia suruh minum air kelapa banyak2. aku yang tongong ikutkan jelaa.
the 4th day keluar seketul macam hati ayam. pegi scan sac dah habis keluar
no need dnc
besok terus gi keje coz mc dah habis
pikir balik, awal pregnancy mana bleh balun air kelapa. sah, neknak! nanti aku citer
3rd pregnancy in may 2009
UPT +ve terus gi gynea
no more bidan kampung
6 weeks dah ada heartbeat
so doc terus inject kuatkan womb
injection every 2 weeks until 16 weeks
habih kebas vontot
bil skali jumpa tak pernah under rm200
c-sec at 38 weeks++ due to breech
welcome ariana sofia 20.01.2010
hantaran nanti mummy letak rm20,120.10 boleyh?hehe
4th pregnancy in april 2011
UPT +ve
terus jumpa gynea but no heartbeat yet, as the doc says
after 2 weeks, still no heartbeat and the size is only 1 week bigger
after another 2 weeks, still no heartbeat and the size is getting smaller
after another 2 weeks, doc confirm miscarriage, it didn't form into fetus
dnc again
mc 10 days
so, last 2 weeks when i found out that my UPT is +ve, taknakla excited sangat. bukannya tak mahu sebab memang kitorang tengah berusaha untuk dapatkan baby. in fact i've been consuming folic acid for the past 2 months. tapi takut frust di kemudian hari. so, pergi ke gynea. katanya tak nampak apa2 lagi. probably too early to see. thats y i need ur pray the other day. doc pun cakap takkan start the injection unless he sees the heartbeat. yang tak best bila doc cakap kalau selalu dnc rahim akan jadi lembut and risiko miscarriage lebih tinggi. and breeach baby means bentuk rahim kita yang membuatkan baby comfortable duk gitu. and probably next next pregnancy pun breech jugak.
Alhamdulillah, semalam we could see a tiny blip on the scan. and dengan rela hati aku tadah vontot untuk dicucuk walau tangan alan kejung aku genggam. takpela, anything for my baby. after c-ser, dnc, amik darah berkali2 dalam sehari, setakat injection tuh apalaa sangat. perasaan ngeri je lebih. so, lepas nih aku kena jaga diri, jaga makan, takleh lasak, kurangkan dukung ariana(doktor suruh jangan tapi susahlaa), jimat cermat coz one expensive baby is coming. bukan boleh claim ofis bab2 obgyn nih. sesen pun takleh. mintak2 murah rezeki naik gaji banyak sket bulan 3 nanti. so there goes my secret. all reveal. semoga dengan bekal doa2 korang baby nih selamat delivery that is in june next year. insyaAllah.
oh, lupa lak. pasal neknak tuh. dia bidan kampung. actually dia urut pun taklaa kuat sangat. rasa macam gosok2 jer. takde plak macam yang orang kata ada bunyi prak bila naikkan peranakan. tapi masa 2nd miscarriage tuh, macam biasa masuk bilik aku baring kat lantai tepi katil. yang alan menonong masuk dudukla kat hujung katil tuh. suddenly nenek tuh marah "sapa suruh duduk atas katil?" sambil pandang2 atas katil tuh macam ada somebody kat situ. kitorang cuak gakla sebab muka dia memang berubah. tapi kejap jelaa. pastu dah ok balik. pastu dia kata "eh, takpela. dudukla" ko nak duduk lagi ker? memang lepas2 tuh tak pergi dah berurut dengan dia. tuh jer. taklaa seseram mana. hehehe