ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, April 30, 2012

penatnyerr...

aduh...penatnya harini. rasa macam nak merangkak datang ofis. kalau ikut hati nak jer amik full EL tapi apakan daya. kerja takla melambak tapi ada urgent matter nak kena "amik tahu"...sebab apa aku kata amik tahu? sebab aku dah berbuih call remisier suh jual dia taknak jual jugak walaupun harga saham makin turun. boss aku dah membebel2. kalaula aku ada kuasa menjual, takyah penat2 cakap banyak kali, aku jualkan ajer...so, kalau aku pun takleh nak buat apa, jadi keje orang lain pulakla amik alih. nak wat memo ke hapa ker. eh, korng paham ker apa aku membebel nih?

aku penant harini bukan pasal keje tuh tapi pasal weekend aku. cikgu ajak tido kat dynasty hotel yang sekangkang kera dari rumah aku tuh. join aktiviti sekolah dia. hai laa cikgu. anak murid semua duk kl pun nak buat aktiviti tido hotel kat kl kewww. dia umpan kata leh mandi pool. iyola tuh. memula aku cam malas. yelaa kang nak packing/unpacking nyer padahal semalam jer. lagipun sementara cikgu handle anak murid, aku takut tak terhandle ariana sensorang. tapi memandangkan ada cikgu lain bawak wife, aku setuju gaklaa. ada geng. pagi sabtu tuh cikgu n ariana dah selsema. aku dah pikir apahal nak mandi pool nanti? dah selsema nih? tapi dalam pikir2 tuh packing gaklaa barang2. banyak tak banyak, ada gak 1 small trolley bag, recycle bag letak food, henbeg n float. gigih kan aku? hehehe

sampai2 dah pukul 12.30. join diorang kat bilik function tengok diorang wat ldk. sementara nak dapat kunci, aku n yana gi makan kat cafe. kul 3 dapat kunci, aku angkut segala barang ngan yana nak masuk bilik. skali swipe tak leh bukak pintu. dahla koridor tuh sunyi. try banyak kali pun takleh. isyhh...mulalaa aku terbayang macam2 sebab the day before aku gi baca expose mistik kat blog peej pasal hotel B. pasal bilik dia banyak problem rupanya berpenunggu. aisehman. aku tinggal barang2, aku bawak henbeg ajak yana turun balik. aku tunggu sampai cikgu settlekan hal bilik ngan receptionist. pastu banyak pulak problem lain. tv takde channel, lampu 3 bijik tak nyala. paip takde. adoiyainyerpunnn... aku dah malas pikir dah. aku bukak laptop ingatkan leh connect internet skali p1 aku pun merah jer.

nasib baik tak lama tuh cikgu dah settle. dia pun baring2 jap, kul 6 kitorang gerak gi pool. aku yang dugung tak dugung pun siap bertukar uniform nak mandi kolam punya pasal. :P tapi mandi kejap jer. tunggu student semua dah naik, aku wat lap dalam 2-3 round jer. ariana memang seronoklaa duk dalam float dia tuh. balik jer bilik skali lagi pintu takleh bukak. apehal nih? lama gaklaa tunggu maintenance datang. sempatlaa aku tumpang mandikan ariana kat bilik cikgu lain. masuk bilik, aku mandi, bagi ariana susu terus makcik tuh tido. kepenatan. langsung tak tido siang tuh. cikgu plak kena bawak sorang student gi sepital sebab jatuh kat pool. yang tuh aku citer lain nanti yer. nasib ada wife cikgu din-kak liza datang bilik. borak2, hilang gaklaa boring. kul 10pm boleh plak ariana bangun. ingatkan terus tido sampai ke pagi. hmmpphh... diorang semua ajak gi minum kat kedai mamak kat luar coz cafe semua dah tutup. nak carik air panas.

habis lepak minum dah dekat kul 12, balik bilik masing2. ingatkan dapatla tido dengan nyenyaknyer skali ariana meragam. duk merengek2 every hour. rupanya hidung dia tersumbat. aku sua susu pun dia minum sikit jer maybe sebab susah nak bernafas bila minum. the next morning aku rasa kepala dia dah dedar. mata kiri pulak merah. aku bagitau cikgu yang tengah handle students dia, pastu dia terus ajak balik. masing2 tak mandi, pack barang terus check out. sebelum sampai rumah singgah klinik. dr bagi ubat selsema+gatal untuk mata n demam jer. maka bermulalaa sesi meragam dari pagi bawak ke malam. cikgu sahaja yang boleh entertain ariana. kesian dia. ariana nak babah sahaja. makan pun sambil dukung yana sebelah tangan. aku pulak kelam kabut settle hal rumah, laundry baju2 basah, lipat baju, masak, kemas, alaa keje biasa seorang binilaa. then malam ingatkan kurangla meragam dia tuh. oh, tidak. lepas dia batuk n muntah belahak kat atas tilam, bantal, bantal busuk, mattress cover, rambut n baju dia kul 11pm, dia still merengek2 maybe sebab tak sedap badan kot. aku plak nak kena siap pepagi untuk checkup kat KKIA the next morning, makin berpinarlaa kepala aku pagi nih.

aku sampai KKIA kul 7.30am. appt kul 9am. ingatkan lehlaa cepatkan appt sebab aku dah cakap kat boss nak masuk kul 10am. skali kul 8am baru nurse tuh pulangkan buku aku suh register balik kul 8.45am. tak kuasa aku nak patah balik rumah. aku tunggu je kat situ. amik kau, kul 11.45am tadi baru settle. aku amik halfday jelaa. masuk kul 2pm. n now kepala aku dah macam weng sket. sebab ngantuk+penat+tak cukup rehat. bagus gak besok cuti kan? lehlaa rehat. tapi takla sepuas2nya sebab ada selonggok kain muntah nak kena bilas sebelum masuk mesin. larat ker aku nak menyangkung kat bilik air nanti...huuuu

Thursday, April 26, 2012

chichit dan chuchu

 2 nights ago, tgh aku ngan my 2 kazens lepak2 tengok tv, suddenly ariana masuk bilik bawak keluar sangkar chichit. tetiba aku cam perasan ada benda merah tergantung2 kat montot one of the chichit (3-3 aku panggil chichit jer. tak kuasa nak bagi nama asing2 coz they all look alike) then baru perasan rupanya chichit yang kusangka semua betina membiak juga. jenguk2 sangkar dah ada 3 ekor new baby...aku pun sms cikgu  "tahniah, anda telah menjadi datuk kepada 3 baby chichit" hahaha...just becoz dia jer yang menguruskan sangkar tuh. luckily we have another cage so balik jer cikgu dari tusyen terus transfer the other 2 adults supaya the new mom boleh berpantang n concentrate on the babies tanpa gangguan...here are some of the pic of the few days old babies...








Wednesday, April 25, 2012

ku ingatkan panas hingga ke petang

Alhamdulillah, pagi nih belum pun sampai ofis dah dapat sms ada sarapan free atas meja. orang belanja. nasi lemak sotong, apam kukus n karipap. nasi lemak beli kat area rumah dia kataya. sedap tapi sayangnya lidah aku ulserlaa pulak. dah 2 hari dah. maka makan sambil pejam2 mata bukan sebab sedap jer tapi sambil menahan sakit pun sama. tengok cermin, mak aih...patutlaa nak bercakap pun sakit rupanya besar ulser tuh. yelaa, sekarang nih musim panas kan? baju sidai bawah bumbung pun boleh kering dalam sehari.

kalau kat rumah aku mandi 3-4 kali sehari. nak tido kul 12am tuh mandi skali lagi. tapi takla beria2. setakat siram segayung dua buat sejukkan badan jer. ariana kalau dia berak kul 10pm-11pm pun alang2 nak cebok, aku siram dia skali dua...siang pun makcik aku mandikan 3 kali. tido nyenyak lepas tuh. semalam pun aku mc, sakit kepala since isnin petang. dah memboyot nih senang gaklaa nak dapat mc. kalau tak, doktor tuh boleh plak taknak bagi sebab katanya aku keje ofis je kot. bukan keje berat. ek eh doktor nih. aku ban klinik ko kang. tapi semalam dia tak banyak cakap. ok ok jer. hehehe.

tapi kat rumah pun bukan berehat sangat. lagipun appointment doktor kat KKIA yang aku memula ingat nak cancel tuh aku pegi gak. dah alang2 mc kan. tu pun sejam stgh gak baru setel. next week appointment ngan nurse pulak kat tempat sama. haiz, kan senang kalau buat hari yang sama terus. biasalaa pompuan nih kalau duk rumah tuh yang banyak keje dari ofis. masa tulaa nak buat semua keje yang tertangguh. nak lipat segunung kain, nak laundry sementara panas, nak kemas lelebih sket. kalau anak ada, keje tak jadi. kita mengemas, dia pun nak "mengemas" gak...kita masak, masa tulaa dia nak bergayut kat kaki mintak itu ini. kalau dia senyap jer duk depan pun kena gak jenguk2. takleh biar lebih 5 minit. bahaya ada dimana2 kan. hatta dalam rumah sendiri pun. yepp, memang aku gitu. seriau duk baca berita sana sini. kena berjaga2. susah nak dapat si jendul tuh wei...

semalam gak banyak plan tak menjadi. ingat ada masa tulaa nak gi buat home projek. nak carik album, nak pilih gambar2 ariana, gi cuci then susun dalam album. nanti adik dia keluar pun nak buat gitu. selama nih gambar semua dalam laptop jer. tak syiok pulak. pastu ingat nak gi pasar malam beli apam balik idaman dari last week skali petang hujan lebat pulak, semuanya tinggal angan2 jelaa. petang duk rumah makcik aku sampai malam, lepak borak ngan opah aku jelaa. opah aku kiut je tau. dia bising2 coz aku still bawak keta, naik lrt. berkerut2 muka dia macam nak nangis. habis tuh, nak buat camna opah? masing2 keje kan. lainlaa opah dulu duk rumah jer. bersalin pun kat rumah gak. :P

Friday, April 20, 2012

one of the moments when mummy feel very proud...

this is ariana sofia. when she say out loud her name, it will be ayana copia. she's like any other 27 months old toddler who likes to sing, talking her own languange, dancing, eating junkfood, playing with her toys, read books (altho to be correct, looking at the pic and create her own story in her own languange), drinking milk, teasing mummy n babah, copy whatever we say, making people laugh, making people angry, throw tantrums, spill food and drinks on the floor, kissing baby mikhail in mummy's tummy and many more than sometimes mummy just lost count. she can count 1 to 10 in english n malay but still dun recognize numbers and alphabets, thanks to busy mummy. she'll sang ABC - "e e e e" coz to her it all sounded the same.

but last nite, when mummy busy watching tv (yeah, rite...mummy bukan busy, mummy pemalas lipas) she did something on her own...mummy thought she was playing with toys but when mummy heard ariana complain "isyh...isyhhh...camana nih..." then only mummy realize she is completing the ABC puzzle that was bought long time ago. and half of it was done. all by herself. mummy help ariana with the confusing letter that looks alike. ariana beam when mummy say "pandai" everytime she gets a letter correct making her wanna do it over n over again. and then when babah's home from tuition, mummy tells him about it and ariana get a reward - a strawberry sundae at 11pm. how cool is that?


sambil wat puzzle, sambil membebel

selecting the alphabet randomly

magnetic puzzle yang murah jer...RM11.90 from a kedai runcit

the letter S is very confusing. pusing kot mana pun sama jer but why it cannot fit? mummy, explain!

yeay, just few letters left

chicits the loyal companion

the reward...nyummm...

Thursday, April 19, 2012

brown n green on his birthday

gambar dah dalam draft. outing masa 17th April harituh...just keluar makan at manhattan fish ampang park then round2 ampang park and then check up n meet baby A session at Al Islam.

lets go mummy!!

depan tong sampah pun boleh jer bergambar...

babah excited (actually tgh menahan lapar), yana suddenly serious face pulak...

caaayang yana...

yana pulak tolong snap

uik, posing muncung nampak...

yana kalau makan sendiri, dapatla 5-6 suap...pastu mula main dengan food...maka, haruslaa paksa dia pakai bib

attempt to take off the bib

tak berjaya...cuma berjaya menjerit sekuat hati. akhirnya mummy bukak jugak.

babah try to camwhore ala2 bebudak fb...

macam nilaa babah...

yeay...yana dapat baju basahan baru...murah jer...RM10 jer satu noks...

mari kita berposing while babah surveying his birthday present

at Al Islam. peace yo!

kakak yana n adik mikhail waiting for our turn...

Wednesday, April 18, 2012

and baby A is a....*drum roll*

yday i was on leave. got doc's appointment for 3D scan. and to spend some time with mi familia on hub's bday. nothing fancy, just had lunch at manhattan fish market then straight to Al-Islam. but yang tak best is when this lil fella won't cooperate. dia tunduk ke bawah pulak. only got to see the side of the face. agak chubby, hidung bulat, mulut kecik (definitely tak ikut mummy), dahi pun macam kakak yana dia. cuma mata n rambut yang tak dapat nak tengok coz the image was not that good. but i suspect rambut dia lebat tak macam kakak yana coz this pregnancy aku kerap rasa nak terkencing. relevan ker?


oh, and as promise, i will tell you the gender of my baby. maybe ramai (the people around me) yang dah tau. but for my blogger frens, my baby is a BOY!!! yup ash. kita sama. hehehe. the previous 3 ultrasound pun doc dah kata boy. so, masa shopping kat mami & baby fair dulu dah amik 2-3 helai baju baby boy. tapi masa awal2 pregnant dulu pun memang dah ada instinct rasa macam boy. Alhamdulillah, dah dapat sepasang. but actually boy or girl mana2 pun sama jer. baru 2nd baby kot. excited jugak. and this baby boy adalah sangat aktif. i feel the movement macam tsunami dalam perut nih. BIG movements unlike kakak yana dulu. maybe jugak sebab this is 2nd baby, so ruang tuh besar, syoklaa dia buat somersault kat dalam nih.


i really wanna upload his 3D image tapi harini lupa bawak cablelaa pulak. so sorry. nanti bila ada kesempatan kita wat WW entry n put his pic k. oh, nama pun dah ada. its baby A Mikhail. A nyer belum finalize coz we have 3 different beautiful A names to choose. maybe bila dah tengok muka n personality dia, baru leh pilih. currently yana panggil adik or mikhail jer. just like cerita ariana mikhail yang aku suka sangat tuh...hehehe...


p/s : dalam bersuka ria tengok gambar baby, ada yang berduka. my frens mansor n his wife azelina just lost their beautiful twin girls at 29 weeks in the womb. forced birth yesterday afternoon and sudah selamat dikebumikan lepas isyak malam tadi. Al-fatihah buat bidadari2 syurga nur adriana dan nur afrina. menunggu ibu dan ayah di pintu syurga bila tiba waktunya...

WW : sayang yana ketat2...


Tuesday, April 17, 2012

seronoknya balik kampung babah. leh main puas2. tak makan, tak tido siang pun takpe. tapi malam siapla mummy n babah nak melayan kita ngigau.

peace yo!

haip, nak kutip apa tuh?

larilaa puas2. kat KL tak dapat nak bebas gini...

bincang apa tuh? ooo...tengok daun semalu...

laman atok yang luas. takde kucing maka takde taik kucing. nak golek2 atas rumput pun boleh.

laman atok banyak pokok, cuma tak tersusun jer. tapi yana tak kisah...

rumah atok dah kena extend beberapa kali. bilik mummy n babah pun baru buat khas sebelum diorang kawin. tu pasal mummy perasan kata dia menantu kesayangan. hahaha.

ni kazens yana. walaupun semua dah sekolah, yana ok jer join diorang main. nampak tak nenek yana tgh bakar sampah kat hujung tuh? kat situ atok bela ayam dalam reban untuk masak rendang raya nanti. :)

babah baru setel tolong atok mengecat. kaler tak tukar. refresh ajer.

baby pun tido meniarap macam yana...

p/s : happy birthday babah. ini schedule entry. sekarang mesti kita ber3 tgh happy2 keluar. petang kang nak gi tengok adik thru 3D scan. nanti mummy share gender adik yana ngan aunty2 semer k.

Monday, April 16, 2012

visiting baby amani

one day before pertabalan agong, noni my bff dah pun selamat melahirkan seorang baby girl after sakit contraction dalam 12 jam. syabbass bety. normal. 3.3kg. named amani. seketoi ja nama dia. katanya senang nak panggil, nak marah pun senang. eh, dah ada plan nak marah2 anak yer...anyway, the timing is just right and we went to visit baby amani n noni that was discharge from the hospitals on the public holiday. noni n baby duk dalam bilik so, aku pun lepak dalam bilik jelaa...sian alan duk menahan kantuk kat hall...nak pejam mata, ada tetamu lain pulak...ariana ada geng bermain, buat hal dia jelaa...so, this is her new baby...enjoy the pic...


AMANI - ketenanganku

amani n aunty alin...

us n our doters n baby in the bum (noni, cantik tak tudung ko aku design nih? :P)

n of cos...kakak yana

Wednesday, April 11, 2012

Tuesday, April 10, 2012

being a preggers

as at today i am 29 weeks pregnant. dah masuk 3rd trimester. only a couple of months then i'm a mother of 2. :) setakat nih dah 5 kali aku pregnant. cuma rezeki nak ada anak baru 2 kali ini. aku tak menyesal gugur 3 kali. dah ketentuan Allah, mungkin ini cara membersih dosa2 aku. 3 kali gugur, 3 cara yang berlainan. bleeding yang amat menyakitkan, bleeding yang tak sakit, janin mengecil tanpa bleeding, semuanya dihandle pun dengan cara yang berlainan. dnc di GH, complete abortion without dnc (tak suka perkataan abortion) n dnc di private hospital. kalau ada apa2 nak tanya, dah boleh jadi pakar dah kot aku nih? hehehe...



successful pregnancy juga aku harapkan kelainan. kalau dulu ariana lahir thru c-sec kerana breech. maka kali nih aku berharap dapat merasai pengalaman bersalin normal pulak. but still, i dunno what to expect or how to handle nanti coz it'll be my 1st time. aku ingat nak pegi antenatal class tapi cikgu kata tak perlu. hmmm...how to convince him that we might need all those knowledge n info during labor nanti? walaupun ini anak kedua or maybe anak ke-5 pun we can never under estimate the power of labor kan? macam2 situasi boleh berlaku kan? aku nih memang macam nih...bukan nak sangat fikir bukan2 tapi aku lebih yakin if i'm prepared. orang kata kalau duk sebut yang tak elok (macam dulu aku slalu tanya doc macamana kalau cser, last2 betul2 cser) nanti dapat.



bagi aku itu semua ketentuan dan rezeki masing2. bukannya aku sebut, nak operate patplohpat kali ke apa. sama macam memberitahu berita gembira. orang tua2 tak bagi bagitau pregnant sebelum reach 4 bulan. takut tak jadi, gugur. kalau dah takde rezeki, ko senyap pun takde jugak. bukan kena canang ke apa tapi kalau dah orang tanya, jawab jelaa yang betul. ko elak2 kata takde, skali betul takde haa camna? samalaa macam nak kawin, nak tunang, etc. mengumpat dan fitnah boleh pulak sampai within few seconds padahal benda tuh laa sepatutnya takleh dihebahkan. kena selidik betul2 dulu, tanya empunya badan dulu patutnya.



macam aku nih memang takde can nak sorok2 pun. (eh, tadi kata taknak sorok?) maksud aku, nak surprise2 nih memang takla. by 2 months perut aku dah macam 4 bulan dah. orang tanya, aku jawab jelaa iye. tapi ramai gak bebudak kat building ofis aku nih yang mulut insurans mahal agaknya tak agak2 cakap asal nampak aku jer, pregnant. asal muka aku jer pregnant. tapi anak baru sorang. eh, kenalaa pulak aku explain memang aku pregnant sesajer tapi rezeki nak ber anak tuh belum ada. pastu oohhh, ok paham. pastu bila perut makin membesar nih asiklaa tanya bila nak due. kengkadang tuh aku rasa segan nak jawab. tanya banyak2 kali nak bagi hadiah ker? hehehe



actually aku nak citer pasal being a pregger tapi dah melalut ke lain pulak. aku suka pregnant sebab rasa macam dunia nih bagi perhatian extra kat aku. people are being extra friendly with you. selalu menerima sedekah dalam pelbagai bentuk. senyum. naik lrt, dapat duduk. beratur nak bayar/masuk toilet dapat potong Q (diberi ye), beli apa2, makananla especially dapat benda free/extra/diskaun. even harituh ada minah arab nih ntah datang dari mana tetiba datang usap2 perut aku. ntah apa dia cakap. hopefully dia doakan aku. dapat sedekah doa. best kan?



but being a preggers is not all about yang best2 ajer. physically nyer penat, sakit, cuma bila ada benda2 kecik yang positive happen around us, yang negative tuh semuanya tetiba macam dissappear. lupa. bukan senang nak bergerak with extra 10 kg around your belly. cer korang ikat sekampit beras kat pinggang. takyah 9 bulanla, 9 minit jer cukup. jalan2 sikit, dah jerih. pastu try pulak tido terlentang, mengiring n tukar posisi dari kiri ke kanan. kalau tak mengah, tak sah. tambah lagi kalau ada toddler tolong tepuk2, baring atas perut boyot nih. adik2 beradik buli mummy eh. semputs tau. duduk tegak jer pun kengkadang boleh semput sebab baby somersault kat dalam. entah organ apa yang dia langgar pun tak tau. paru2 ke usus kot. tetiba senak jer.



by 3rd trimester cramp kaki, asik nak terkencing padahal tank ada 2 sudu jer. tapi rasa nak terkencing tuh macam nak keluar kemain banyak. nak bangun, duduk, batuk, bersin pun otot stretch. sakit. nak angkat berat (anak lerr tuh, bukan angkat lemari pun) dah rasa semacam. pastu dengan hormon haywire kejap2 nak marah, kejap nak nangis. tengok iklan touching sket dah meleleh. hek eleh. tak rock langsung. kerja rumah, handle anak still kena buat. tambahan bila ada benda yang kita nak tak dapat dipenuhi. nak makan eskrem magnum, neslo, air kelapa? sila carik sendiri yer. nak window shopping? sila amik kunci keta, start enjin n drive sendiri yer. oh, jangan lupa bawak purse sendiri jugak. (lain macam jer alin nih, mulalaa nak emo tuh).



so, to all the men out there (i doubt pulak ada ker men yang baca blog aku nih?) tak kisahlaa...anak2 mummy yang men nanti ker...sila appreciate your wife lebih2 lagi while they are pregnant. coz its not easy. memang kengkadang wife nih nampak tough. tgh boyot2 menyapu, pastu boleh pulak mop rumah. lap2 kabinet, lipat baju sambil tengok sinetron. sihat jer. pastu tetiba lembik pulak. pura2 ke apa? pompuan nih keras2 kerak nasi. tough kat luar tapi kat dalam sayu jer. kalau wife ada mintak2 apa2 yang masih munasabah tuh, cubalaa penuhi. tolong2 buat keje rumah ker. macamana uolls bersusah payah nak dapatkan barang idaman, camtuh jugaklaa patutnya effort untuk dapatkan permintaan wife. kengkadang dia tak mintak tapi dia bagi hint2 tuh silala beri perhatian. wife pun kenala bertimbang rasa. janganla gedik mintak benda2 mengarut. tengah2 malam buta pulak tuh. macamana diorang nak gi carik. carik bala adalaa.



whatever it is i love being pregnant coz it means that i'm the closest to my baby. aku jer dapat rasa macamana dia bergerak2 dalam perut. orang lain rasa luar perut jelaa eh. itu pun kalau dia bagi tendangan kuasa lapanbelas. kalau yang mild2 tuh macam specially dedicated for beloved mummy only. this month ada 3 appointment. start from this week, every week. haiz, cuti lagi. camnilaa kalau checkup kat 2 tempat. tapi next week is the 3D scan. dulu masa wat ultrasound pun doc cakap anak awak pandai posing. mesti gambar 3D nanti cantik. we'll see. can't wait!!


p/s : my bff, nonie is in labor. bak kata mak dia penantian itu satu penyeksaan. hehe. tapi the reward at the end is priceless. maybe besok dah boleh tengok dia kat hospital with the new family member. yeay, aku nak dapat anak buah!!!

Sunday, April 8, 2012

cara orang malas...efisyen dan menjimatkan

ok, harini nak citer camna aku handle botol2 susu ariana. usually, aku n cikgu takkan basuh setiap selepas ariana menyusu. kitorang basuh bila botol bersih kat rak tinggal 1-2 bijik jer. tapi idokler nak biarkan botol tuh terbiar berkerak ngan susu basi. nanti lagi susah nak basuh n berbau. botol2 ariana eventho dah lama, tapi semua nampak cam baru. maybe sebab botol dia banyak so tak ulang pakai yang sama berkali2 atau mungkin sebab cara kitorang basuh kot. cara nih sebenarnya cikgu yang ajar coz dia pun tak brapa rajin nak ngadap sebijik botol at one time.




ariana jenis yang minum susu sekaligus sambil baring. takdelaa duk gantung botol kat mulut kejap2 minum. tapi kadang2 ada gak dia minum stgh then after half hour or an hour, dia habiskan. lepas tuh kitorang terus amik botol dia, pi bilas ngan air paip.








pastu pam sabun basuh botol tuh dalam sepam, penuhkan dengan air lebih kurang 3/4 botol then masukkan puting kedalam tuh biar terendam skali. goncangla botol tuh biar air sabun tuh kena semua bahagian dalam. pastu letak kat sinki sebelah. aku kumpul buat koleksi then after 2 hari camtuh baru basuh skaligus. jimat air, jimat tenaga, jimat masa. ko ingat aku takde benda lain nak buat selain mengadap botol jer balik keje? oh, n aku rebus/sterilize botol once every week. kalau tak rajin, 2 weeks. kalau tak, bila ingatla. coz ariana skarang nih minum susu formula so, botol dia tak berminyak macam masa dia minum EBM dulu. kalau EBM dulu aku perasan kalau terus basuh, minyak2 dia kengkadang susah hilang n lepas rebus, mesti luar2 botol semua berminyak balik so aku kena basuh 2 kali. sangat leceh. camna korang buat haa?


oh, ini cuma botol2 yang dia guna masa kat rumah jer. kat bbsitter, memang tinggal sana n makcik aku yang basuh. tapi kengkadang aku akan wat spotcheck gak tengok2 mana2 botol yang perlu aku sental or puting dah tak serupa puting, aku bawak balik n handle sendiri. nak buat gini, botol kena banyak. setakat nih ariana ada lebih 20 bijik botol. tapi takde pun yang mahal2, murah2 jer janji wide neck.




botol gemuk2...i loike!!!


p/s : aku bagitau nih bukan nak suruh sesapa ikut cuma nak share cara aku. mana tau sok2 ariana tertanya2 camna aku handle botol2 dia dulu. hehehe