as at today i am 29 weeks pregnant. dah masuk 3rd trimester. only a couple of months then i'm a mother of 2. :) setakat nih dah 5 kali aku pregnant. cuma rezeki nak ada anak baru 2 kali ini. aku tak menyesal gugur 3 kali. dah ketentuan Allah, mungkin ini cara membersih dosa2 aku. 3 kali gugur, 3 cara yang berlainan. bleeding yang amat menyakitkan, bleeding yang tak sakit, janin mengecil tanpa bleeding, semuanya dihandle pun dengan cara yang berlainan. dnc di GH, complete abortion without dnc (tak suka perkataan abortion) n dnc di private hospital. kalau ada apa2 nak tanya, dah boleh jadi pakar dah kot aku nih? hehehe...
successful pregnancy juga aku harapkan kelainan. kalau dulu ariana lahir thru c-sec kerana breech. maka kali nih aku berharap dapat merasai pengalaman bersalin normal pulak. but still, i dunno what to expect or how to handle nanti coz it'll be my 1st time. aku ingat nak pegi antenatal class tapi cikgu kata tak perlu. hmmm...how to convince him that we might need all those knowledge n info during labor nanti? walaupun ini anak kedua or maybe anak ke-5 pun we can never under estimate the power of labor kan? macam2 situasi boleh berlaku kan? aku nih memang macam nih...bukan nak sangat fikir bukan2 tapi aku lebih yakin if i'm prepared. orang kata kalau duk sebut yang tak elok (macam dulu aku slalu tanya doc macamana kalau cser, last2 betul2 cser) nanti dapat.
bagi aku itu semua ketentuan dan rezeki masing2. bukannya aku sebut, nak operate patplohpat kali ke apa. sama macam memberitahu berita gembira. orang tua2 tak bagi bagitau pregnant sebelum reach 4 bulan. takut tak jadi, gugur. kalau dah takde rezeki, ko senyap pun takde jugak. bukan kena canang ke apa tapi kalau dah orang tanya, jawab jelaa yang betul. ko elak2 kata takde, skali betul takde haa camna? samalaa macam nak kawin, nak tunang, etc. mengumpat dan fitnah boleh pulak sampai within few seconds padahal benda tuh laa sepatutnya takleh dihebahkan. kena selidik betul2 dulu, tanya empunya badan dulu patutnya.
macam aku nih memang takde can nak sorok2 pun. (eh, tadi kata taknak sorok?) maksud aku, nak surprise2 nih memang takla. by 2 months perut aku dah macam 4 bulan dah. orang tanya, aku jawab jelaa iye. tapi ramai gak bebudak kat building ofis aku nih yang mulut insurans mahal agaknya tak agak2 cakap asal nampak aku jer, pregnant. asal muka aku jer pregnant. tapi anak baru sorang. eh, kenalaa pulak aku explain memang aku pregnant sesajer tapi rezeki nak ber anak tuh belum ada. pastu oohhh, ok paham. pastu bila perut makin membesar nih asiklaa tanya bila nak due. kengkadang tuh aku rasa segan nak jawab. tanya banyak2 kali nak bagi hadiah ker? hehehe
actually aku nak citer pasal being a pregger tapi dah melalut ke lain pulak. aku suka pregnant sebab rasa macam dunia nih bagi perhatian extra kat aku. people are being extra friendly with you. selalu menerima sedekah dalam pelbagai bentuk. senyum. naik lrt, dapat duduk. beratur nak bayar/masuk toilet dapat potong Q (diberi ye), beli apa2, makananla especially dapat benda free/extra/diskaun. even harituh ada minah arab nih ntah datang dari mana tetiba datang usap2 perut aku. ntah apa dia cakap. hopefully dia doakan aku. dapat sedekah doa. best kan?
but being a preggers is not all about yang best2 ajer. physically nyer penat, sakit, cuma bila ada benda2 kecik yang positive happen around us, yang negative tuh semuanya tetiba macam dissappear. lupa. bukan senang nak bergerak with extra 10 kg around your belly. cer korang ikat sekampit beras kat pinggang. takyah 9 bulanla, 9 minit jer cukup. jalan2 sikit, dah jerih. pastu try pulak tido terlentang, mengiring n tukar posisi dari kiri ke kanan. kalau tak mengah, tak sah. tambah lagi kalau ada toddler tolong tepuk2, baring atas perut boyot nih. adik2 beradik buli mummy eh. semputs tau. duduk tegak jer pun kengkadang boleh semput sebab baby somersault kat dalam. entah organ apa yang dia langgar pun tak tau. paru2 ke usus kot. tetiba senak jer.
by 3rd trimester cramp kaki, asik nak terkencing padahal tank ada 2 sudu jer. tapi rasa nak terkencing tuh macam nak keluar kemain banyak. nak bangun, duduk, batuk, bersin pun otot stretch. sakit. nak angkat berat (anak lerr tuh, bukan angkat lemari pun) dah rasa semacam. pastu dengan hormon haywire kejap2 nak marah, kejap nak nangis. tengok iklan touching sket dah meleleh. hek eleh. tak rock langsung. kerja rumah, handle anak still kena buat. tambahan bila ada benda yang kita nak tak dapat dipenuhi. nak makan eskrem magnum, neslo, air kelapa? sila carik sendiri yer. nak window shopping? sila amik kunci keta, start enjin n drive sendiri yer. oh, jangan lupa bawak purse sendiri jugak. (lain macam jer alin nih, mulalaa nak emo tuh).
so, to all the men out there (i doubt pulak ada ker men yang baca blog aku nih?) tak kisahlaa...anak2 mummy yang men nanti ker...sila appreciate your wife lebih2 lagi while they are pregnant. coz its not easy. memang kengkadang wife nih nampak tough. tgh boyot2 menyapu, pastu boleh pulak mop rumah. lap2 kabinet, lipat baju sambil tengok sinetron. sihat jer. pastu tetiba lembik pulak. pura2 ke apa? pompuan nih keras2 kerak nasi. tough kat luar tapi kat dalam sayu jer. kalau wife ada mintak2 apa2 yang masih munasabah tuh, cubalaa penuhi. tolong2 buat keje rumah ker. macamana uolls bersusah payah nak dapatkan barang idaman, camtuh jugaklaa patutnya effort untuk dapatkan permintaan wife. kengkadang dia tak mintak tapi dia bagi hint2 tuh silala beri perhatian. wife pun kenala bertimbang rasa. janganla gedik mintak benda2 mengarut. tengah2 malam buta pulak tuh. macamana diorang nak gi carik. carik bala adalaa.
whatever it is i love being pregnant coz it means that i'm the closest to my baby. aku jer dapat rasa macamana dia bergerak2 dalam perut. orang lain rasa luar perut jelaa eh. itu pun kalau dia bagi tendangan kuasa lapanbelas. kalau yang mild2 tuh macam specially dedicated for beloved mummy only. this month ada 3 appointment. start from this week, every week. haiz, cuti lagi. camnilaa kalau checkup kat 2 tempat. tapi next week is the 3D scan. dulu masa wat ultrasound pun doc cakap anak awak pandai posing. mesti gambar 3D nanti cantik. we'll see. can't wait!!
p/s : my bff, nonie is in labor. bak kata mak dia penantian itu satu penyeksaan. hehe. tapi the reward at the end is priceless. maybe besok dah boleh tengok dia kat hospital with the new family member. yeay, aku nak dapat anak buah!!!
No comments:
Post a Comment