aduh...penatnya harini. rasa macam nak merangkak datang ofis. kalau ikut hati nak jer amik full EL tapi apakan daya. kerja takla melambak tapi ada urgent matter nak kena "amik tahu"...sebab apa aku kata amik tahu? sebab aku dah berbuih call remisier suh jual dia taknak jual jugak walaupun harga saham makin turun. boss aku dah membebel2. kalaula aku ada kuasa menjual, takyah penat2 cakap banyak kali, aku jualkan ajer...so, kalau aku pun takleh nak buat apa, jadi keje orang lain pulakla amik alih. nak wat memo ke hapa ker. eh, korng paham ker apa aku membebel nih?
aku penant harini bukan pasal keje tuh tapi pasal weekend aku. cikgu ajak tido kat dynasty hotel yang sekangkang kera dari rumah aku tuh. join aktiviti sekolah dia. hai laa cikgu. anak murid semua duk kl pun nak buat aktiviti tido hotel kat kl kewww. dia umpan kata leh mandi pool. iyola tuh. memula aku cam malas. yelaa kang nak packing/unpacking nyer padahal semalam jer. lagipun sementara cikgu handle anak murid, aku takut tak terhandle ariana sensorang. tapi memandangkan ada cikgu lain bawak wife, aku setuju gaklaa. ada geng. pagi sabtu tuh cikgu n ariana dah selsema. aku dah pikir apahal nak mandi pool nanti? dah selsema nih? tapi dalam pikir2 tuh packing gaklaa barang2. banyak tak banyak, ada gak 1 small trolley bag, recycle bag letak food, henbeg n float. gigih kan aku? hehehe
sampai2 dah pukul 12.30. join diorang kat bilik function tengok diorang wat ldk. sementara nak dapat kunci, aku n yana gi makan kat cafe. kul 3 dapat kunci, aku angkut segala barang ngan yana nak masuk bilik. skali swipe tak leh bukak pintu. dahla koridor tuh sunyi. try banyak kali pun takleh. isyhh...mulalaa aku terbayang macam2 sebab the day before aku gi baca expose mistik kat blog peej pasal hotel B. pasal bilik dia banyak problem rupanya berpenunggu. aisehman. aku tinggal barang2, aku bawak henbeg ajak yana turun balik. aku tunggu sampai cikgu settlekan hal bilik ngan receptionist. pastu banyak pulak problem lain. tv takde channel, lampu 3 bijik tak nyala. paip takde. adoiyainyerpunnn... aku dah malas pikir dah. aku bukak laptop ingatkan leh connect internet skali p1 aku pun merah jer.
nasib baik tak lama tuh cikgu dah settle. dia pun baring2 jap, kul 6 kitorang gerak gi pool. aku yang dugung tak dugung pun siap bertukar uniform nak mandi kolam punya pasal. :P tapi mandi kejap jer. tunggu student semua dah naik, aku wat lap dalam 2-3 round jer. ariana memang seronoklaa duk dalam float dia tuh. balik jer bilik skali lagi pintu takleh bukak. apehal nih? lama gaklaa tunggu maintenance datang. sempatlaa aku tumpang mandikan ariana kat bilik cikgu lain. masuk bilik, aku mandi, bagi ariana susu terus makcik tuh tido. kepenatan. langsung tak tido siang tuh. cikgu plak kena bawak sorang student gi sepital sebab jatuh kat pool. yang tuh aku citer lain nanti yer. nasib ada wife cikgu din-kak liza datang bilik. borak2, hilang gaklaa boring. kul 10pm boleh plak ariana bangun. ingatkan terus tido sampai ke pagi. hmmpphh... diorang semua ajak gi minum kat kedai mamak kat luar coz cafe semua dah tutup. nak carik air panas.
habis lepak minum dah dekat kul 12, balik bilik masing2. ingatkan dapatla tido dengan nyenyaknyer skali ariana meragam. duk merengek2 every hour. rupanya hidung dia tersumbat. aku sua susu pun dia minum sikit jer maybe sebab susah nak bernafas bila minum. the next morning aku rasa kepala dia dah dedar. mata kiri pulak merah. aku bagitau cikgu yang tengah handle students dia, pastu dia terus ajak balik. masing2 tak mandi, pack barang terus check out. sebelum sampai rumah singgah klinik. dr bagi ubat selsema+gatal untuk mata n demam jer. maka bermulalaa sesi meragam dari pagi bawak ke malam. cikgu sahaja yang boleh entertain ariana. kesian dia. ariana nak babah sahaja. makan pun sambil dukung yana sebelah tangan. aku pulak kelam kabut settle hal rumah, laundry baju2 basah, lipat baju, masak, kemas, alaa keje biasa seorang binilaa. then malam ingatkan kurangla meragam dia tuh. oh, tidak. lepas dia batuk n muntah belahak kat atas tilam, bantal, bantal busuk, mattress cover, rambut n baju dia kul 11pm, dia still merengek2 maybe sebab tak sedap badan kot. aku plak nak kena siap pepagi untuk checkup kat KKIA the next morning, makin berpinarlaa kepala aku pagi nih.
aku sampai KKIA kul 7.30am. appt kul 9am. ingatkan lehlaa cepatkan appt sebab aku dah cakap kat boss nak masuk kul 10am. skali kul 8am baru nurse tuh pulangkan buku aku suh register balik kul 8.45am. tak kuasa aku nak patah balik rumah. aku tunggu je kat situ. amik kau, kul 11.45am tadi baru settle. aku amik halfday jelaa. masuk kul 2pm. n now kepala aku dah macam weng sket. sebab ngantuk+penat+tak cukup rehat. bagus gak besok cuti kan? lehlaa rehat. tapi takla sepuas2nya sebab ada selonggok kain muntah nak kena bilas sebelum masuk mesin. larat ker aku nak menyangkung kat bilik air nanti...huuuu
No comments:
Post a Comment