ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, February 28, 2011

i'm not strong enough

baru lepas nangis2...oooopppp...jangan salah sangka...bukan alan yang buat...ni sebab baca blog mummy2 yang melahirkan bidadari2 syurga...sedih bila kehilangan anak tersayang walaupun belum setahun umurnya, walaupun mereka telah dijanjikan syurga...sedihnyer...tapi, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...
kalau korang perasan, kat bloglist aku tuh ada "doa buat alanna"...itu pun antara mummy bidadari syurga...sangat2 tabah orangnya...


bila aku baca kisah2 macam nih, aku terkenangkan ariana...pastu bertambah2 sedih sebab aku mula terimagine walaupun taknak...sedangkan ariana yang lasak tuh pun aku tak sanggup kalau apa2 terjadi pada dia, inikan pulak anak2 yang menderita menanggung sakit sebelum menemui ajal...


seriously, aku tak tengok rancangan kat tibitri "bersamamu"...aku memang jenis yang cembeng, mudah menangis...tuh pasal agaknya alan tak kuasa nak pujuk kot...bila tengok aku mesti nangis...n aku tak suka nangis sebenarnya walaupun aku cembeng...sebak, rasa macam ada benda tersekat kat kerongkong...korang pernah tak rasa macam tuh? aku jugak yang paling mudah menangis antara adik beradik...kalau confront ngan mak atau abah, mesti tak kesampaian apa yang aku nak cakap coz aku akan nangis dulu..bila dah nangis, terus tersekat2 nak cakap...


apa aku nak citer nih sebenarnya? ntahlaa...aku just nak bagitau kat diri aku sendiri yang sebenarnya aku patut bersyukur dan aku patut lebih berusaha untuk menguatkan iman aku...aku culas...dengan apa yang aku ada sekarang walaupun tak mewah, aku dah mula lupa diri...lupa SIAPA yang bagi semua nih...dalam sekelip mata jugak DIA boleh tarik balik...Allah, mintak dijauhkan...kalau kurang harta benda mungkin aku boleh terima tapi janganlah di ambil permata2 hati aku...i'm not that strong!

Thursday, February 24, 2011

harta : penting ker?


huargh....huarghhh...gila sangap takde keje. big bos takde 2 hari so NO loan will be approved, so takde keje, so surf tenet, so habis idea nak surf apa, so sangaplaa. rasa cam nak pegi tgv klcc jer. alaa, kuar awal sket then baliklaa kul 2.30. bos takde per...haa? bos second? oh, itu tak perlu dikhuatiri. dia ibarat agung yang memegang title dan bergaji tinggi tapi takde banyak fungsi. duk diam2 dalam bilik, pc ngadap dinding takleh orang intai. pelik. orang lain semua pc senget sket so senang ngadap client kalau nak berdiscuss. ntah apa yang dia bukak. porn kah?oooppppsss...


[iklan perasan]

harini admire outfit sendiri. all pink. skirt kembang-pink cair, sweater-fuchsia pink, belt-hitam, inner tudung-light pink, shawl-hitam polka dot pink, sandal-hitam beriben.

[iklan perasan habis]



tapi camna plak nak tgk movie. harini aku puasa. so bila puasa haruslaa mata, telinga, hidung semuanya pun puasa. kang tgk orang sexy2 kang, payah lak kang. takpun bau rotiboy or aunty anne's kang...menggugat iman lak. nak jalan kaki ke klcc pun satu hazab gak tuh. maka, dok opis, update blog sesikit n baca buku jelaa. nak buat filing? oh, saya tak nak bazirkan tenaga angkat2 file yang berat2 itu. biarla masa tak puasa nanti2 jer kita buat filing.


oh, harini ada orang2 dari EPF bukak booth kat opis nih. untuk update info, print statement, register i-account, enquiries. korang dah tukar penama dah? tadi ye ye o jer aku try call alan berkali2 nak ajak dia datang sini update penama. dalam kepala dah pikir nak suruh dia letak nama kita. skali member bagitau dia on pencen daa...aisehman, camna leh lupa plak nih. aku jelaa yang tukar penama. dulu takde anak, so skarang kena tukar nama ariana laa...


ada yang suggest takyah letak nama ariana dulu coz dia still under age tapi bukanker nanti dia ada guardian or duit2 untuk dia tuh akan di freeze until dia 18?so, kalau aku letak nama orang lain nanti habis before ariana 18 camna?aku slalu fikir camna kalau aku takde, sapa nak jaga anak aku nanti. n thats y aku dah siap2 belikan insurans + saving untuk dia. sebab aku rasa aku tak mampu nak adakan duit banyak selebuk sekaligus bila2 dia memerlukan nanti. mana tau nak sambung oversea ker. nak blaja dalam malaysia pun nak pakai duit. memangla ada ptptn tapi kalau mampu, takyahlaa amik. susah nak bayar balik. macam aku nih. dokla menghitung hari jer bilala nak habis hutang nih. kengkadang rasa cam nak amik personal loan plak settle ptptn tuh. tapi itu bukan makin menyenangkan. macam korek lubang sana, tutup lubang sini. pastu berlubang2, keta langgar bengkok sportrim. eh, apa kaitan.


selain tuh duit dia yang orang2 bagi aku masukkan dalam asb aku. memula aku ingat nak buka asdidik tapi kakak bank yang baik hati kata asb punya dividen lagi banyak so, later laterla aku bukak asd dia. aku tak kaya. apa yang ada sekarang, itula yang ada. pusaka? aku n zana dah berdiskusi kitorang nak survive sendiri. lagipun mak abah ada anak2 lain yang nak disumbangkan. kengkadang pikir memang sedih. macam alan, ayah dia dah cakap ok, tanah ni untuk kau, ni untuk abang, ni untuk adik. aku n zana? oh, rumah nih untuk bebudak nih? habis kitorang? actually bukannya nak sangat tapi bila dengar ungkapan macam tuh sedey worr. tak payahlaa bagitau kot. dahlaa membesar hampir keseluruhannya sendiri, so dah besar nih cariklaa harta sendiri. lagipun itu duniawi jer.


i know maybe diorang pun tersepit coz whatever they have itu harta sepencarian with their new spouse. ada apa kaitan ngan kitorang lak kan? pasangan yang melibatkan penghasilan aku n zana dah takde. so, takyahlaa eh. buat masa nih aku pikir aku akan cuba bagi lebih sket dari yang basic untuk anak2 aku. rumah, kereta yang kitorang beli tuh untuk bekalan kitorang di hari tua. at least ada rumah sendiri untuk anak2 balik beraya (fuh, jauh angan2). bila mummy n babah dah takde nanti, pandai2laa korang adik bradik bincang bahagi2kan. or kalau korang nak gaduh rebut2, mummy jual jer, korang cariklaa harta sendiri pulak. lagi puas hati tau.

Tuesday, February 22, 2011

cuba cari benda tak brapa nak tersembunyi






this is currently my screen right now. nampak tak apa yang peliknya? haah. aku tgh admire godek2 blog sendiri, tetiba baru perasan "we have been married for 3 months plus" eh, mana pegi lagi 3 tahun tuh. laa salah setting rupanya. terkejut plak dah ada anak setahun tapi kawinnya baru 3 bulan?! erkkk...saya bukan begitu yer...nih tgh bz nih ntah bila dapat update. hmmm...makin tgk layout pink polkadot nih makin jatuh chenta plak. now memang tgh obses ngan polka dots. banyak gaklaa barang2 (mostly bajula) bercorak polka dots. nanti bila sempat aku update pasal collection polka dots aku yang tak brapa mahal pun tuh k. isyhh...cantiknya blog aku nih...hehehe (pengsan!)


haa..tuh feature baru tuh...nampak tak sticky note gambar ariana tuh. aku baru jer install tadi. senang sket nak ingat keje2 yang tertangguh. ni kalau IT detect nih kena remove nih. takpe, aku dah pikir dah alasan apa nak bagi. BOS SURUH LETAK SEBAB SAYA PELUPA. boleh gitu?

Monday, February 21, 2011

mate MATIC

on saturday (sila abaikan sunday punya kejadian, turutan cerita carca merba. emosi harus didulukan. huhuhu) plan ngan mak nak gi MATIC. seumur hidup tak pernah pegi. ni 1st time. pakngah join exhibition kat sana. ada apa? mari kita terjah!

fina ikut keta aku. mak naik keta kawan dia. ini budak sudah besar!

the supir

kita nak tengok ini!

pakngah hampir2 nak balik masa kitorang sampai. pakngah sempoi naik skuter ajer udah.


even ariana enjoyed it. yeke?


antara karya adino bidin


cukup abstrak dengan penataan warna yang cemerlang, gemilang, terbilang. (pengsan!)

semua lukisan pakngah tajuk dalam bahasa melayu. dia kata even the italian, french people pun gunakan bahasa diorang sendiri dalam karya diorang. kalau tak paham, TANYALA!

mak n pakngah

pakngah n me with one of the "booked" piece.

spacious gallery

at the outside of MATIC building

so, apalagi. kalau agak2 takde apa2 plan, singgahla ke MATIC (Malaysian Tourism Centre). gallery nih kat blakang main building. kalau every saturday ada expo. macam2 barang2 kraf jual murah2. i even get ariana a unique slipper. comel. oh, and ada kedai coklat kat dalam tuh jugak. coklat inti fruits. bukan kismis tuh but local fruits such as durian, mango, papaya and pineapple. boleh ker cashier tuh ingat aku dari thailand? aku ada rupa siam ker? ppfffttt

oh, pameran tuh sampai end of March. besides that ada culture show every week. ada schedule die kat sana. jomla gi sana ramai2.

semalam


semalam jalan2 kat klcc gamble bawak ariana naik lrt. just the 2 of us. tanpa stroller. tanpa baby carrier. gigih dukung for 3 hours. tulaa cara2 melarikan diri namanya. larikan diri takleh ramai2. kena angkut barang2 penting jer. orang kata buruk orang tua merajuk. tapi bagi aku, lagi buruk kalau takde orang pujuk. hahaha. konon nak lari tapi malu taknak orang tau. so ke klcc sajer sudeh.


dengan belum lunch padahal dah siap masak kaw2 (kaw2 sebab aku jarang masak! bukan sebab lauk kaw2!!!) nangis2 sket lebih kurang nak lepaskan perasaan then salin suar jeans. didn't even consider to look at the mirror. seb baik muka tak horror. pastu amik beg ariana, masukkan pampers, baju salin, then kuar bilik ariana nampak aku dah siap bertudung. apalagi, merengek2 nak ikutla. siapkan botol, susu dalam divided container then capai kasut ariana. alan tanya2 perli "ariana nak ikut mummy gi midvalley eh?" (coz dulu masa aku pregnant aku pernah buat keje nih. merajuk, gi midvalley) soalan tak kuasa nak dijawab. sarung kasut kat ariana then terus keluar.


eh, panaslaa pulak kul 3 ptg nih. patah balik rumah, buat2 masam untuk cover malu. amik topi untuk ariana. halfway ke lrt (jalan kaki, ok) baru perasan tak bawak wipes. nak patah balik, ego masih menebal. takut kemaluan berganda. takpe, leh beli kang. beratur beli tiket. hmmm...nak kemana yer? nak ke jusco, dekat sangat. nak ke midvalley, jauh sangat. gi klcc jelaa...dekat n senang. tak payah transit.


sampai klcc taktau nak buat apa. pegi burger king. order2 pastu mintak budak tuh hantarkan. habis tuh camna nak bawak tray sambil dukung ariana? ariana belum pandai berdiri pun lagi. mintak tolong lagi. amikkan baby chair. pastu nak minum baru perasan straw takde. aisehman. tunggu jap. ada sorang lalu. mintak amikkan straw. kesian akak nih, sorang2 bawak anak. aku agak itula yang diorang pikir. takpun, isyh, dah tau nak jalan, bawakla stroller. menyusahkan jer. pastuh jalan2 kat toys r us. beli bubbles untuk ariana. gi guardian beli wipes. pastu gi isetan nursery room. salin diaper. buat susu. rilek2 ngan ariana jap dalam tuh.




pastuh dah kul 5++. nak gi mana lagi nih? ariana dah merengek ngantuk. hmm.. balik jela. singgah aunty anne's beli pretzel kesukaan "orang yang tak reti nak pujuk" then balik. sampai rumah orang tuh dah siap laundry. pandai pulak nak amik hati eh. tapi pujuk-memujuk memang takde dalam kamus hidup orang tuh. tulaa nasib orang dah kawin. ko nak lari pun tak guna. ko terpaksa balik rumah jugak. nak marah lama2, taknak bercakap pun takleh. ada jer hal kena cakap jugak. "alan(kalau tgh marah panggil alan yer. kalau tak panggil sayang...), tolong beli susu, susu kat rumah nanny dah habis."


tapi actually, tak rugi keluar semalam. test skill. at least i know i'm a survivor. kan?


Friday, February 18, 2011

jumaat

hari ni hari jumaat. takde mood nak berblog. cuma banyak mood untuk mencantikkan blog. cantik ker? cantik lerr pada mata saya. eh aku nih kejap aku, kejap saya, kejap i. ikut mood eh. again, hari ni hari jumaat.
sekian.

Thursday, February 17, 2011

tag

aku tak reti nak citer bebel2 pasal diri aku unless ada orang tanya ataupun tengah ada mood nak berceritera...memandangkan takde sapa yang tanya, n aku pun terjumpa tag nih maka aku dengan tak malunya mengetag diri sendiri

Name : Alin tapi suka eja a.r.l.e.n.e

Sisters : younger sisterS, Zana, Fatin, Fina, Emilda

Brothers : younger brotherS , Boy, Emir

Shoe size : always 5. Orang kata display shoe size, that’s y cepat habis. Kaki adik2 aku besar especially fatin so usually kalau ada yang dia berkenan, dia akan suruh aku try.

Height : 158cm. diorang kata nak jadi model kena 158 n above kan? So boleyh la? (perasan, sapa nak amik ko model nih?)

Where do you live : Taman Melati

Have you ever been on a plane : pernah gakla, baru 2-3 kali seumur hidup nih.

Swam in the ocean : prefer kolam renang lagi coz laut unexpectedla. Kang ada jaws kang camna? Aaaiyokkk…tak tau…

Fallen asleep at school : masa sekolah tak ingat. Jarang kot tapi masa kat U selalu. Lagi2 kalau DKG yang kecik2 tuh…sejukkkk jer…pernah tersengguk sampai nak jatuh kerusi pastu buat2 macam nak amik pen …ngehehehe

Broken someone’s heart : pernah. twice. Sorang recover, dah beranak pinak pun. Sorang lagi…I HOPE he recovered. I’m so sorry :(

Sat by the phone all night waiting for someone to call : once upon a time…

Saved e-mails : of coslaa

What is your room like : currently macam bilik stor. Padat sesangat. Dengan 1 queen bed, 1 lemari, 1 console table, 1 chest drawer, 1 treadmill, 1 rak kain baju yang besi tuh (ini alan bawak dari rumah bujang dia), berdozen barang bawah katil. Dulu lagi sempit coz baby cot pun dalam tuh gak…

What’s right beside you: skarang nih?kat opis, maka documents laa melambak2

What is the last thing you ate : junkfood

Chicken pox : masa umur 4-5 tahun. Senang jaga. Pakai spender, lumor calamine lotion. Baring depan tv atas daun mambu.

Sore throat : tak ingat

Stitches : masa bersalinkan ariana. Kata c-sec kan…

Broken nose : never, saya budak sopan. (pengsan)

Do you Believe in love at first sight : yep…that’s how I got him…at least on my partlaa…aku rasa alan kena tengok aku berkali2 kot…

Like picnics : sukerrrr…yang, bila lagi?

Who was/were…The last person you danced with : ariana. Alan pemalu. Dalam rumah pun taknak :P

Last made you smile : aku slalu smilelaa…tak ingat…

You last yelled at : ariana sebab takmo tido n kacau aku lipat kain malam tadi.


Today did you…

Smile to someone you like : soalan tak logic. Mestila, takkan nak smile kat enemy pulak?!!

Kissed anyone : my bucuk2 arianalaa…

Get sick : nope…Alhamdulillah, sihat walafiat

Talk to an ex : nope..nak buat apa?

Miss someone : i miss my girlfrens…girls, jom jumpa this weekend?

Who do you really hate: beruk mak yeh kat depan tuh

Do you like your hand-writing : suka, tapi aku nih cepat lenguh…

Are your toe nails painted : kaki aku tak cantik, so tak payahlaa

Whose bed other than yours would you rather sleep in : aku x kisah..mana2 pun boleyh...janji jgn hapak2, habuk2 sudeh…

What color shirt are you wearing now : not wearing shirt. Baju kurung kaler OREN!

Are you a friendly person : ye kot..tp ikut keadaanlaa…takkan ko nak main sapa jer...

Do you have any pets : ada…melambak tikus2 kat blakang tuh…

Do you sleep with the TV on : nope…kalau TERTIDUR tuh kengkadang

What are you doing right now : doing this tag la..sesambil buat keje…

Can you handle the truth : rasa macam leh handle tapi ntah la..tak pernah terjadi lagi…eh, truth apa yang nak jadi nih?

Are you closer to your mother or father : macam mak tapi sebab slalu ke sana jelaa…I dun tell my problems to them unless I need their opinion or decision…i’m closer to my sisterlaa…bole tak jawapan tuh?

Do you still have pictures of you & your ex : gambar ramai2 adalaa...tapi mana campak ntah…

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : tengoklaa bad day sebab apa…maybe alan, or kalau alan pencetusnya, maybe my girlfrens..

Are you loud or quiet most of the time : loud kot..tapi macam quiet pun ada kalau tengah concentrate on something …bertempatlaa orang kata…

Are you confident : not really. Tu pasallaa tak tukar2 keje sampai skarang coz takuuutttt nak gi interview…tapi bab menekel confident jer…hehehe

5 things I was doing 10 years ago:

-Baru naik degree kat UUM amik multimedia…
-Masih dalam mood honeymoon bercintan cintun…
-Dapat roommate senior yang sangat best sebab diorang layan aku macam “anak” makan sahur berkejut, habis makan diorang yang kutip pinggan n basuh…diorang suruh aku sambung tido jer…best kan kan kan?
-Oh, ini masa tahun 2000 (11 years back). 1st time celebrate new year. With my closest frens n him kat penang. Dahlaa bulan posa…tak sedar diri tull…but that was an awesome nite!!!
-4 cukuplaa eh…yg lain cam biasalaa…study life, apa yang lainnya?

5 things I would do if i were a billionaire:

-Settle segala loan aku, mak abah, n adik beradik aku
-Beli harta, saving
-Upah chef, stylist, personal trainer...aku nak hidup macam artis Hollywood boley kah?
-Bersedekah
-Nak bukak nursery and rumah orang2 tua…(ni memang cita2 aku dari kecik)


5 of my bad habits:
-Kuat bebel
-Kuat makan manis
-Sangat mudah terpengaruh (tolong jangan ajak aku join apa2 k)
-suka teka2 personaliti orag based on their shoes. eh? Maka kalau yg pakai selipar pang tak semestinya tak bagus. Aku tengok pulak kaki dia berkerak ke idak…
-ntah…cer tanya alan…MESTI ada lagi nih…


5 places I’ve lived/living
-flat keramat AU2
-rumah atok2 dan nenek2
-kuarters ktm sentul (masa nih onyang jaga tapi menumpang rumah pakcik)
-bandar baru sentul
-wangsa maju
-pastu dah kawen duk ngan alan kat taman melati n insyaAllah akan berpindah hujung tahun nih ke rumah kami sendiri…amiinnn


hoh, panjangnya soalan...tapi sebab ni 1st time wat tag so bersemangat jer nak habiskan...so, tu jelaa buat masa nih ek...kalau ada soalan, jangan malu segan...kalau aku rasa nak jawab, aku jawab...kalau tak aku buat sepi jer...boley?

Wednesday, February 16, 2011

wordless wednesday : oo-oh


isnin ker harini?

rasa macam hari isnin harini kan? lega dapat rehat semalam. well, takdelaa rehat sangat pun. aku n alan buat spring cleaning kat rumah sebab ariana ada tanda2 kena gigit semut lagi. apa manis sangat ke dia sampai kena gigit2 nih. aku n alan takde plak kena. aku lap segala kabinet, pintu2, meja, dinding separas ariana takut ada semut2 yang merayap. alan mop rumah dari hall, bilik sampai ke dapur.


then alan ajak gi MATIC (betul ker eja nih?) tengok painting exhibition. my uncle pelukis, displaying his painting there. naklaa gi tengok. tapi sebab dah penat sangat, skali ngan masak, mengemas, laundry semua, aku tak jadi gi. takpelaa, weekend nih masih ada. kalau korang rajin, gi laa tengok. not sure how much is the entry ticket though. sorry.


then petang lepak rumah mak while alan gi main badminton. malam makan apa ada + bread pudding yang sempat aku bakar petang tuh. nyam2 (perasan, puji masakan sendiri) tapi seriously, i couldn't stop. i kan sweet tooth. desserts2 nih takde yang tak sedap. ariana pun sama naik jer. memanjat badan aku nak makan gak. suap sikit jer kang manis2 sangat kang tak elok pulak. itu pun alan dok suap dia air masak konon nak kasi neutral balik laa. pastu alan n ariana tido, aku layan when harry met sally sambil lipat kain. AHHHH...HEAVEN...


oh, this morning i brought my red velvet that i baked last sunday to the office. 1st time buat hancur berderai tak dapat nak sapu cream cheese on it. i've told you right that semua 1st timer yang aku buat mesti tak jadi n banyak lak tuh. sib baik tak offer buat kek masa birthday atok harituh. memula ingat nak angkut jer berderai2 camtuh. tetiba semalam dapat idea. aku padat2kan dalam bekas plastik puding yang kecik2 tuh leaving a little space on top for the cream cheese then sapu cream cheese sampai penuh then tabur the cake's crumble on top. they all liked it. lain kali leh try lagi. sorry, takde gambar coz kek buruk walaupun rasa marvellous. hehe. jangan jeles.

Monday, February 14, 2011

weekend bits

last saturday alan ada kelas tambahan for upsr. maka aku menjadi surirumah sepenuh masa. taking care of ariana, masak, laundry, kemas rumah. then alan balik, makan, layan raja lawak ulangan, mari tido beramai2. malam tuh alan ajak gi tengok pakcu aku perform live band kat bangi kopitiam, ampang. pakcu aku memang selalu perform. ikat kontrak ngan bangi kopitiam so dia ada jadual dia. kengkadang dia perform kat branch ampang, kengkadang kat batu caves, sometimes kat bangi.
budak ini sangat happy sebab jap lagi nak keluar
singgah pasaraya jap beli groceries. cer tgk lam bakul tuh apa yg kita beli...siap gerak2 lagi tuh...

alahai yana...ko sengih2 ngan cashier tuh pun bukan leh dapat diskaun...

pakcu aku main gitar base. sapa rajin, gi la kat sana...lagu2 yg diorg bwk sgt best ko mesti goyang punya. kalau tak goyang vontot, mesti goyang kaki. confirm! ampang branch every saturday...

babah mana yana? tuh babah! ariana kemain berjoget lagi...nantilaa bila free aku upload video...

a korean couple enjoying the gigs...eh, anak sapa ngan dorg tuh??!!! alan!!!!
masuk jer keta terus ketiduran...penat!
************************************************************************************

Happy 80th birthday atok!

on sunday atok buat kenduri doa selamat. sempena umurnya mencecah 80 tahun. oh, ni atok sebelah mak. kuat lagi. leh lagi drive jauh2 balik rembau n naik motor gi kaypor.

ariana yang mengantuk giler tapi takmau tido coz jakun orang ramai

dengan "adik" ariana

hub with my kazens and uncles

relatives

me n the superstar

fina, zana and atok

14 Februari


apa korang ingat aku nak citer pasal valentines day ker?sorry, i tak celebrate setelah ditarbiyahkan oleh alan 12 tahun dulu...


yang aku concern is harini dah 14hb...ada lagi 2 minggu....dalam dompet tinggal 200 jer nih...tulaa akibatnya kalau gaji masuk awal...selalunya masuk jer gaji, tolak hutang, masuk saving, investment, insurance, last baru biar dalam akaun untuk kegunaan harian...


last month belum 20hb dah masuk, now nganga2...eh, tapi bukan ker aku dapat duit kutu bulan lepas?mana perginya duit tuh haa?tak banyak pun tapi should be enoughlaa kan?hmm...aku nih kalau ada duit lebih sikit mesti bayar itu lebih sikit, ini lebih sikit, simpan lebih sikit, invest lebih sikit, pastu sama laju je nak order2 online, nak jenguk2 bazaar, kan perlu cash semua tuh...pastu tak bajet betul2 kan dah jadi cmnih...gi bazaar tuh even benda2 tuh 10-20 hinggit, kalau ko sauk sampai 5-6 lai jadi ratus gak beb...invest kat tempat yang tak leh sesenang nak withdraw lak tuh...bukan skim cepat kaya yer...sorry naik lorry...so now how?


solution? mari kita ganti puasa.

Friday, February 11, 2011

macamana nak harmony kalau ko nak pikir untung ajer?


huarghhh..gila sangap harini...bosan giler pulak keje tak banyak nih...harapkan blog orang berupdate je...kejap2 refresh...nan ado gak...dahlaa aku nih tak reti blogwalking hopping segala...yang itu, itu jelaa yang aku baca...ada gak try masuk sana sinih, tapi 1st impression tuh sangat penting...baca lebih kurang bila bosan dah tak masuk2 dah blog tuh...kalau ada member suggest baca baru aku baca balik dari starting...laa nih baru khatam blog green apple (khatam quran dah?) best baca, kelakau giler...ayat2 tak boleh blah...kalau nih kat rumah, dah lama aku berguling2 gelak...kengkadang bos aku pandang tengok nih pehal minah nih gelak sorang2, mental ke hapa...bila banyak keje, ko komplen...bila takde keje komplen gak...habis tuh mana satu ko nak nih...nih bukan komplen k, nih mensyukuri nikmat takde keje namanya...sajer nak bagi jeles kat korang yang tgh tekun tuh...huargh huargh huargh. ok, tak kelakar.


oh, tadi gi lunch ngan mummies of our office...sajer nak ngumpats hal ofis...ofis skang makin tak syok...banyak sangat politiknya okeyh...benci...bos baru nih suka sangat bagi kitorang menaruh syak wasangka (wah ayat!) everytime dia nak discuss apa2 mesti tutup pintu...kalau tak, pintu bilik dia tuh terbukak jer...tak payahlaa tutup pintu, bukan kitorang dengar pun...oh, lupa lak...memang akan dengar coz suara dia kuat...tapi tak bestlaa...membuatkan orang nih ingat orang tuh bad mouthing, orang sini ingat orang sana back stabbing...maka ofis pun jadi huru hara...semua main tuduh2 jer...


pastu dengan kita dia buruk2kan si anu, tak mustahil dengan si anu dia buruk2kan si ani kan? se eloknya, dia kena amik jalan tengah...bukan lagi memporak peradakan...aku rasa bos aku nih nak menyenangkan hati semuorang tapi method dia salah...dia nak pikir untung jer...sikit2 bagitau profit, sikit kira profit...memanglaa profit tuh penting tapi kebajikan staf pun penting...kalau staf tak happy, macamana nak efisyen keje, kalau tak efisyen, mana der produktiviti, kalau takde produktiviti, haa ko sambunglaa sendiri yek...lagi satu, aku taulaa customer is always right tapi kalau dah terang2 dia salah, takkan nak tunduk gak kan? ambillaa solution yang menguntungkan kedua2 pihak, bukan berpihak pada client jer...abis yang aku nih buat keje susah2 takkan tak amik kira?


ada sorang client nih tak sedar dek untung dah dapat profit gemuk pun boleh kata salah kampeni gak...dah harga market turun, memanglaa ko kena jual share ko sikit biar tak rugi di kemudian hari...itu kira menjaga kebajikan ko dah tau...tapi sebab dia vongok, maka dia pung pang sana sini kata dia rugi...dey thambi, orang dah explain siap dengan black n white dalam offer letter pun ko tak paham2 ker? last2 boss aku malas nak banyak cakap dia sedekahkan RM500 balik pada client...hey, wtf!!! tak payahlaa bos...kalau bos lama aku, tak dilayannya orang2 nih...go to hell laa...


aku suka cara bos lama aku...sangat diplomatik...masa zaman dia, staf still yang sama gak tapi takdelaa nampak sangat berpuak2 macam sekarang...dia lebih suka mencegah dari merawat...dia akan arrange lunch ramai2 every 2-3 months, buat monthly meeting tanya apa masalah kitorang dalam keje, masalah sesama staf ker hapa ker, every new year ada makan besar kat mana2 restoran or hotel. alaa...tak mahal pun nak rasuah staf2 nih supaya behave, ada team work n yang penting harmonyyyyy...lagipun boleh claim balik per...


tapiii...bos baru sebab dia cuma pikir untung untung untung maka langsung takde dah aktiviti2 sosial...dia baik, boleh bawak bincang tapi lepas tuh masuk telinga kiri, keluar telinga kanan jela...dia dengar tapi dia tak consider...(eh baik ke camtuh?) dia kata dia takde masa nak buat2 semua tuh...aku heran gak apa yang dia bizi sangat sampai meeting sebulan sekali pun tak sempat? bos lama aku rilek jer dulu? taklaa kelam kabut sangat macam dia kehulur kehilir ngan kunci dalam poket bergegar2 kaching2 membuatkan pembaca2 blog berpusing2 takut kantoi, eh! bagi aku bos baru aku nih work hard tapi tak work smart...style apek2 buat keje...sempoi jer tapi kelam kabut...kalau korang tengok bos aku pun korang rasa dia sempoi...i mean dari segi penampilanlaa...botol air pun dah putus2 tangkai dia rilek jer...eh, nih kalau bos aku baca nih, pengsan aku...nih bukan kutuk ye bos, ini nasihaaatttt...


oh, ni citer lain plak...pastu on d way balik kat escalator depan kitorang nih ada 2 anak beranak bangsa apa ntah...lebanon kot...anak dia dalam 9-10 tahun kot ngan ayah dia...aku nampak anak dia mata merah macam nak nangis pastu bapak dia cakap apa ntah sambil usap2 pipi anak dia, gosok2 rambut macam pujuklaa...maybe anak dia nak something tapi tak dapat kot...pastu anak dia peluk ayah dia then ayah dia cium dahi n pipi cakap i love you...isyhhh loving betullaa bapak dia...ngan anak dah besar lak tuh...kat public lak tuh...aku tak pernah saksikan lagi kejadian2 seumpamanya di malaysia (wah ayat kau!) kalau ada pun maybe pada anak2 yang masih kecik lagi...lelaki malaysia nih mostly tunjuk macho tak bertempat kat semua tempat...tak mainlaa cium2 anak nih...tak macho! hey apadah...pegang tangan bini pun boleh kira ngan jari...selebihnya


aku jalan depan, ko jalan blakang...lebih2 aku hempok kang!

Tuesday, February 8, 2011

mana babah nih?


mummy, mana babah nih...lambatnyer tak balik2...




yana dah siap keta nak ajak babah jalan2 nih...

isyh...takleh jadi nih...pakai kasut siap2laa

kan mummy?

macam nilaa dia kalau bangun tido babah nya takde

time : last friday
venue : @ home

hisyh, kengkadang rasa cam nak merajuk pun ada...dahlaa mummy penat kemas rumah so that ariana tak masukkan ntah hapa2 benda dalam mulut...memang dia under her babah's watch most of the time kalau aku masak / buat keje rumah...and because of that she is very attached to her babah...


ni bukan nangis merengek2 tuh jer...siap menjerit high pitch sampai berdengung telinga...umpan ngan kamera baru ok...camwhore gak ko eh...









ok dah, diam yer...kita tunggu babah balik solat jumaat bawak lunch...mummy malas masak harini :P

Monday, February 7, 2011

ariana's 2nd allergic reaction

nih citer dah 2-3 weeks tapi nak up entry gak...kaki tangan ariana naik bintat2 lagi...kali nih lagi teruk dari dulu...kena 2-3 days before bday dia harituh...memula macam kena gigit semut dari lutut kebawah...habis kiri kanan kaki dia...kitorang bajet kat rumah makcik akulaa nih...kan rumah area kampung...pastu makcik aku rajin bawak ariana makan bawah pokok, tengok2 ayam, kucing...
kitorang sapu krim gamat then letak calamine lotion...pastu kat tangan pulak dari siku ke bawah...pun macam kena gigit semut gak...semua ada mata siap berair2 kat dalam...ikutkan mummy dengan babah dia yang geram...dipicit2 biar bisa tuh keluar...tapi tulaa pastu berkudis pulak...pastu lepas bday dia tuh ada kat kepala lak...aik, takkan semut gak?


aku cam neves gaklaa...chicken pox kah?bawak gi doktor skali ngan alan yang cirit birit harituh..dr kata bukan chicken pox...dia kata some sort of allergic...tapi ariana makan macam biasa jer...allergic apa pulak?dr pun tak sure but dia bagi ubat gatal n more calamine lotion...aku apply jelaa di samping organic balm for baby yang aku beli kat isetan...dekat 2 minggu jugaklaa ariana berbiji2 tangan kaki dia...kitorang monitor jer kalau2 ada yang baru2 keluar...
alhamdulillah, after cuti panjang kat rumah masa CNY harituh,skarang dah takde yang baru dah...yang lama pun dah tinggal scar jer...takyah sapu calamine lotion dah, sapu bio oil pulak (alan suka sebut sensa-oil, itu sapu lain yang...dia kata seriously dia tak tau...main sebut jer...hahaha)


aku rasa, ariana kali nih allergic gigitan serangga...maybe sebab banyak sangat kena gigit, maka bisa2 tuh menyebabkan allergic maka naik pulak kat tempat2 yang tak kena gigit macam kat kepala n muka...so, itu concusion dr alin yer...








tengok, perut, peha, blakang badan ok jer...



tapi aku neves jelaa...taklaa risau sangat coz aku punya indication untuk penyakit anak aku senang jer...dia tak nangis pun?! maknanya oklaa tuh...boleh tak macam tuh? lagipun ariana lasak, ok jer main...siap off kan pc masa aku tengah ber internet...




babah di luar melayan movie...nampak apa kat hidung alan tuh? dah jadi habit dia pulak dah...