ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, February 28, 2011

i'm not strong enough

baru lepas nangis2...oooopppp...jangan salah sangka...bukan alan yang buat...ni sebab baca blog mummy2 yang melahirkan bidadari2 syurga...sedih bila kehilangan anak tersayang walaupun belum setahun umurnya, walaupun mereka telah dijanjikan syurga...sedihnyer...tapi, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...
kalau korang perasan, kat bloglist aku tuh ada "doa buat alanna"...itu pun antara mummy bidadari syurga...sangat2 tabah orangnya...


bila aku baca kisah2 macam nih, aku terkenangkan ariana...pastu bertambah2 sedih sebab aku mula terimagine walaupun taknak...sedangkan ariana yang lasak tuh pun aku tak sanggup kalau apa2 terjadi pada dia, inikan pulak anak2 yang menderita menanggung sakit sebelum menemui ajal...


seriously, aku tak tengok rancangan kat tibitri "bersamamu"...aku memang jenis yang cembeng, mudah menangis...tuh pasal agaknya alan tak kuasa nak pujuk kot...bila tengok aku mesti nangis...n aku tak suka nangis sebenarnya walaupun aku cembeng...sebak, rasa macam ada benda tersekat kat kerongkong...korang pernah tak rasa macam tuh? aku jugak yang paling mudah menangis antara adik beradik...kalau confront ngan mak atau abah, mesti tak kesampaian apa yang aku nak cakap coz aku akan nangis dulu..bila dah nangis, terus tersekat2 nak cakap...


apa aku nak citer nih sebenarnya? ntahlaa...aku just nak bagitau kat diri aku sendiri yang sebenarnya aku patut bersyukur dan aku patut lebih berusaha untuk menguatkan iman aku...aku culas...dengan apa yang aku ada sekarang walaupun tak mewah, aku dah mula lupa diri...lupa SIAPA yang bagi semua nih...dalam sekelip mata jugak DIA boleh tarik balik...Allah, mintak dijauhkan...kalau kurang harta benda mungkin aku boleh terima tapi janganlah di ambil permata2 hati aku...i'm not that strong!

No comments: