huargh....huarghhh...gila sangap takde keje. big bos takde 2 hari so NO loan will be approved, so takde keje, so surf tenet, so habis idea nak surf apa, so sangaplaa. rasa cam nak pegi tgv klcc jer. alaa, kuar awal sket then baliklaa kul 2.30. bos takde per...haa? bos second? oh, itu tak perlu dikhuatiri. dia ibarat agung yang memegang title dan bergaji tinggi tapi takde banyak fungsi. duk diam2 dalam bilik, pc ngadap dinding takleh orang intai. pelik. orang lain semua pc senget sket so senang ngadap client kalau nak berdiscuss. ntah apa yang dia bukak. porn kah?oooppppsss...
[iklan perasan]
harini admire outfit sendiri. all pink. skirt kembang-pink cair, sweater-fuchsia pink, belt-hitam, inner tudung-light pink, shawl-hitam polka dot pink, sandal-hitam beriben.
[iklan perasan habis]
tapi camna plak nak tgk movie. harini aku puasa. so bila puasa haruslaa mata, telinga, hidung semuanya pun puasa. kang tgk orang sexy2 kang, payah lak kang. takpun bau rotiboy or aunty anne's kang...menggugat iman lak. nak jalan kaki ke klcc pun satu hazab gak tuh. maka, dok opis, update blog sesikit n baca buku jelaa. nak buat filing? oh, saya tak nak bazirkan tenaga angkat2 file yang berat2 itu. biarla masa tak puasa nanti2 jer kita buat filing.
oh, harini ada orang2 dari EPF bukak booth kat opis nih. untuk update info, print statement, register i-account, enquiries. korang dah tukar penama dah? tadi ye ye o jer aku try call alan berkali2 nak ajak dia datang sini update penama. dalam kepala dah pikir nak suruh dia letak nama kita. skali member bagitau dia on pencen daa...aisehman, camna leh lupa plak nih. aku jelaa yang tukar penama. dulu takde anak, so skarang kena tukar nama ariana laa...
ada yang suggest takyah letak nama ariana dulu coz dia still under age tapi bukanker nanti dia ada guardian or duit2 untuk dia tuh akan di freeze until dia 18?so, kalau aku letak nama orang lain nanti habis before ariana 18 camna?aku slalu fikir camna kalau aku takde, sapa nak jaga anak aku nanti. n thats y aku dah siap2 belikan insurans + saving untuk dia. sebab aku rasa aku tak mampu nak adakan duit banyak selebuk sekaligus bila2 dia memerlukan nanti. mana tau nak sambung oversea ker. nak blaja dalam malaysia pun nak pakai duit. memangla ada ptptn tapi kalau mampu, takyahlaa amik. susah nak bayar balik. macam aku nih. dokla menghitung hari jer bilala nak habis hutang nih. kengkadang rasa cam nak amik personal loan plak settle ptptn tuh. tapi itu bukan makin menyenangkan. macam korek lubang sana, tutup lubang sini. pastu berlubang2, keta langgar bengkok sportrim. eh, apa kaitan.
selain tuh duit dia yang orang2 bagi aku masukkan dalam asb aku. memula aku ingat nak buka asdidik tapi kakak bank yang baik hati kata asb punya dividen lagi banyak so, later laterla aku bukak asd dia. aku tak kaya. apa yang ada sekarang, itula yang ada. pusaka? aku n zana dah berdiskusi kitorang nak survive sendiri. lagipun mak abah ada anak2 lain yang nak disumbangkan. kengkadang pikir memang sedih. macam alan, ayah dia dah cakap ok, tanah ni untuk kau, ni untuk abang, ni untuk adik. aku n zana? oh, rumah nih untuk bebudak nih? habis kitorang? actually bukannya nak sangat tapi bila dengar ungkapan macam tuh sedey worr. tak payahlaa bagitau kot. dahlaa membesar hampir keseluruhannya sendiri, so dah besar nih cariklaa harta sendiri. lagipun itu duniawi jer.
i know maybe diorang pun tersepit coz whatever they have itu harta sepencarian with their new spouse. ada apa kaitan ngan kitorang lak kan? pasangan yang melibatkan penghasilan aku n zana dah takde. so, takyahlaa eh. buat masa nih aku pikir aku akan cuba bagi lebih sket dari yang basic untuk anak2 aku. rumah, kereta yang kitorang beli tuh untuk bekalan kitorang di hari tua. at least ada rumah sendiri untuk anak2 balik beraya (fuh, jauh angan2). bila mummy n babah dah takde nanti, pandai2laa korang adik bradik bincang bahagi2kan. or kalau korang nak gaduh rebut2, mummy jual jer, korang cariklaa harta sendiri pulak. lagi puas hati tau.
2 comments:
Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
eh anon, napa pantun cam sama jer ngan yang harituh punya?
Post a Comment