ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, February 21, 2011

semalam


semalam jalan2 kat klcc gamble bawak ariana naik lrt. just the 2 of us. tanpa stroller. tanpa baby carrier. gigih dukung for 3 hours. tulaa cara2 melarikan diri namanya. larikan diri takleh ramai2. kena angkut barang2 penting jer. orang kata buruk orang tua merajuk. tapi bagi aku, lagi buruk kalau takde orang pujuk. hahaha. konon nak lari tapi malu taknak orang tau. so ke klcc sajer sudeh.


dengan belum lunch padahal dah siap masak kaw2 (kaw2 sebab aku jarang masak! bukan sebab lauk kaw2!!!) nangis2 sket lebih kurang nak lepaskan perasaan then salin suar jeans. didn't even consider to look at the mirror. seb baik muka tak horror. pastu amik beg ariana, masukkan pampers, baju salin, then kuar bilik ariana nampak aku dah siap bertudung. apalagi, merengek2 nak ikutla. siapkan botol, susu dalam divided container then capai kasut ariana. alan tanya2 perli "ariana nak ikut mummy gi midvalley eh?" (coz dulu masa aku pregnant aku pernah buat keje nih. merajuk, gi midvalley) soalan tak kuasa nak dijawab. sarung kasut kat ariana then terus keluar.


eh, panaslaa pulak kul 3 ptg nih. patah balik rumah, buat2 masam untuk cover malu. amik topi untuk ariana. halfway ke lrt (jalan kaki, ok) baru perasan tak bawak wipes. nak patah balik, ego masih menebal. takut kemaluan berganda. takpe, leh beli kang. beratur beli tiket. hmmm...nak kemana yer? nak ke jusco, dekat sangat. nak ke midvalley, jauh sangat. gi klcc jelaa...dekat n senang. tak payah transit.


sampai klcc taktau nak buat apa. pegi burger king. order2 pastu mintak budak tuh hantarkan. habis tuh camna nak bawak tray sambil dukung ariana? ariana belum pandai berdiri pun lagi. mintak tolong lagi. amikkan baby chair. pastu nak minum baru perasan straw takde. aisehman. tunggu jap. ada sorang lalu. mintak amikkan straw. kesian akak nih, sorang2 bawak anak. aku agak itula yang diorang pikir. takpun, isyh, dah tau nak jalan, bawakla stroller. menyusahkan jer. pastuh jalan2 kat toys r us. beli bubbles untuk ariana. gi guardian beli wipes. pastu gi isetan nursery room. salin diaper. buat susu. rilek2 ngan ariana jap dalam tuh.




pastuh dah kul 5++. nak gi mana lagi nih? ariana dah merengek ngantuk. hmm.. balik jela. singgah aunty anne's beli pretzel kesukaan "orang yang tak reti nak pujuk" then balik. sampai rumah orang tuh dah siap laundry. pandai pulak nak amik hati eh. tapi pujuk-memujuk memang takde dalam kamus hidup orang tuh. tulaa nasib orang dah kawin. ko nak lari pun tak guna. ko terpaksa balik rumah jugak. nak marah lama2, taknak bercakap pun takleh. ada jer hal kena cakap jugak. "alan(kalau tgh marah panggil alan yer. kalau tak panggil sayang...), tolong beli susu, susu kat rumah nanny dah habis."


tapi actually, tak rugi keluar semalam. test skill. at least i know i'm a survivor. kan?


2 comments:

the::bored::sha said...

ekekeke..ko x ajak aq..kalo dak buleh aq n damia join the club!

aRLene said...

alaa sha, nak ajak macamana...kan aku cakap melarikan diri...mana boleh ramai2...hehehe