ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, July 20, 2011

Happy 18th months sayang


dia menapak perlahan2 ke arah pintu. aku cuma memerhati dari jauh. rupanya nak pakai kasut. kasut crocs ungu pemberian nenda disarung terbalik sambil mulut membebel. apalaa agaknya yang dikatakan tuh. nak kemana? aku membiarkan dia berjalan sekeliling rumah. isyh, kasut nih dah pakai kat luar. kotorlah nanti. aku cuba tanggalkan, meraung dia sekuat hati. aku sarung balik ke kaki yang betul. dia sambung berjalan2 sekitar rumah ibarat YB. aku mulakan solat maghrib. tiba2 dari ekor mata yang memang tak brapa nak khusyuk ternampak2 budak jendul datang. dengan kasut tersarung dilanyaknyer sejadah. nak solat sama2 di sebelah mummy agaknya. dalam hati terdetik, isyh, kotorlaa sejadah nih. aku teruskan juga dan setelah beberapa ketika dia kebosanan dan pergi mengukur rumah semula.



usai solat, aku ajak dia berbaring. terbaringlah kami 2 beranak dengan seorang berkasut. bagai ingin menduga kesabaran mummy, diangkatnya kaki dan laju menggigit kasut. puk. mulutnya aku tampar lembut. kasutnya aku baling. dia meraung2 dipangku tapi tidak mahu berganjak. setelah lama merengek dan meraung (read : lebih kepada suara jer, airmata di pipi dah kering) aku dudukkan dia dan suruh pergi. "pergilah ambik kasut tuh. jangan kawan ngan mummy" terkedek2 dia mencari dicelah pintu, menyarung kasut dan datang menghadapku. aku pura2 merajuk. muka aku kalih ketepi. dari ekor mata aku nampak matanya tak lepas dari memandang wajahku. dia perasan aku memandangnya, tersengih2 dia bagaikan mahu memujuk. hati ibu, mudah cair. pakailah nak, pakailah kasut tuh asal kau bahagia. kotor boleh dicuci. sepah boleh dikemas tapi senyumanmu seribu kali pun rasa tak cukup buat mummy.


happy 18th months sayang. isnin nanti kita pergi jab yer. jangan nakal, be strong. takmo demam k. mummy and babah will always luv you forever. sekarang belum faham bahasa, mummy lepaskan. tapi bila dah besar sikit nanti, jangan harap mummy nak bagi pakai kasut dalam rumah yer. nanti mummy puk lagi!

No comments: