ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, July 1, 2011

penyakit baru

sejak 2 menjak nih aku rasa macam tak tentu arah. nafsu ke-8 dan 9 aku meluap2. (betul ke numbering tuh?) nafsu yang mana? alaaa, yang pakai duit banyak tuh...yang jadi terapi bila dapat tuh...eh, nafsu apa yang tak jadi terapi bila dapat? semua pun terapi kan? nafsu...





SHOPPING!!!

wei, tolong aku wei, aku bukan seorang yang boros SELALUNYA. duit aku taklaa banyak mana. credit card pun ada 2 jer. 1 alan pegang. tapi sejak penyakit aku nih datang, tak keluar ofis pun duit aku leh habis. nih kengkawan laa nih yang sangat2 prihatin tolong forward2 gambar kain2, tudung2, baju2 baby, isyh3...camna nak elak nih. tau2 jer aku dah order. kalau tak thru email or internet pun, sebelah ofis aku nih, ampang park tu hah melambak2 baju yang cantik2. apsal skarang nih aku nampak apa pun semua nyer cantik2 belaka. sampai aku takut nak bawak dompet kalau kesana. (takut jer, tapi bawak jugak). sebab raya dah nak dekat ker hah? patutnya makin nak raya, makin simpan duit. kang nak bagi duit raya lagi, nak bayar tailor lagi. tuh ada a few pasang belum amik lagi tuh. tak pasal kang aku kena koyak2 sikit baju bagi kat anak2 buah. huhuhu. "amiklaa baju maklang nih buat kenang2an" hui, jangan buat pasal. kang disebut dek mak pak eh sampai berpuluh2 tahun.






hah, tak berpinar mata ko tengok tuh? itu baru sikit jer tuh. ada lebih 80 gambar2 kain yang aku dapat. cantik2 wei, kalau hantar tempah jahit sulam pun dah brapa kan? inikan pulak harga dia bawah 100, aku rembat 2. kalau ikut nafsu nak rembat limaploh. astaghfar banyak2...

actually brapa pasang sepatutnya baju raya haa? 3 cukup tak? kalau ada lagi yang cantik2, korang rasa patut tak aku beli untuk raya TAHUN DEPAN? kengkadang aku beli sebab aku fikir, ntah bila lagi dapat jumpa kain camnih. kreatif tau orang2 nih. pastu jual pada harga yang best lak tuh. tambahan kalau dia bagi lagi murah kalau ko beli lebih. alahai, aku nih dahlaa lemah ngan offer2 nih. my sis said i'm a deal sucker. kalau pergi pasaraya memang aku akan amik pek yang besar2, buy 2 free 1, buy 5 free mangkuk/pinggan/cawan, value buy, special offer, apa saja yang free laa...sapa tak suka barang free kan? to me biar belanja lebih sikit skarang pastu dapat jimat di kemudian hari. tapi kengkadang habit aku menyebabkan short income skarang, enjoy di kemudian hari. hahaha. bunguks.

konsep aku nih boleh diguna pakai untuk beli baju tak? aku dahlaa skarang suka tengok fesyen2 dari hijabers community n scarflets BUT taklaa aku pakai barang2 branded cam diorang. cuma aku rasa aku nak tukar wardrobe aku. taknak lagi pakai baju macam makcik2. n taknak pakai baju yang singkat2. aku nak tukar style. hijabers vs scarflets. itu nanti aku buat entry lain pasal diorang k. so, penukaran wardrobe memerlukan modal besar atau tahap kreativiti yang tinggi untuk ko mix n matchkan baju2 yang ada. aku nih taklaa kreatif sangat. selalunya aku akan pakai exactly ikut cara patung tuh pakai baju. tak best tul. kan best kalau aku kreatif, boleh aku tukar langsir huduh aku tuh ke style baju aku yang baru. takpun alas meja tuh boleh aku tukar jadi tudung ker...hehehe




kredit pic to aimi-blog the knot




kredit pic to hana fedora

haa aku nak pakai ala2 si aimi ngan hana nilaa...stylo kan? simple n classy. nampak schweet jer. boss, naikkan gaji ai lapanblas ribu bleh? hehehe...

2 comments:

Sasha said...

tak pe lin janji kita dpt puaskan diri kita...reward to ourself...penat keje(walaupun kekadang tak la pnt mana hehehe)thats y i choose coach as my terapi..saving pun jgn dilupa..

arLene said...

yes, u understand me...hua hua hua