ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, July 21, 2011

tido pengsan

hmmm...nak citer pasal apa yer...buat masa nih keje kat ofis tak membebankan langsung. waktu free memang banyak. market pun slow jer. orang yang nak buat loan pun ragu2 takut market down. dalam minggu nih cuma sehari jer dapat main2 dengan ariana. hari dia pakai kasut. selebihnya dia dah tido kepenatan sebelum mummy sampai rumah. opah mengadu pada alan ariana taknak tido. baring/duduk sambil tengok tv pun taknak. dia lebih suka berjalan. kalau penat dia menyandar sambil berdiri. cuma tido sekali jer sekarang. adalaa dalam 2 jam pada waktu tengahari. selebihnya "mengukur rumah". hahaha.


lepas dia menyusu dalam pukul 8.30pm-9pm. aku cuba geletek2 kaki dia. cium2 perut dia. lalukan rambut kat muka dia. dia gelak sekejap pastu drifted balik. alahai ngantuknya anak mummy nih. bangunlaa yana...mummy rindu nak main2 dengan yana nih. main berenang dalam syiling, main tiup buih sabun, main nyorok2, main cak2, main merajuk2, bangunlaa...pun tak bangun jugak. puaslaa aku jerit nama yana, sikit pun tak bergerak.


pastu pukul 1am susu. pukul 5am susu lagi tapi kali nih aku pulak tak larat nak main walaupun yana dah bulat mata, mulut dah bising panggil babah...babah...mama...mama...alahai anak, besok mummy n babah keje pagi...aku tutup lampu. dia golek2 lama2 dia pun tertido skali. malam nih macamana agaknya. takpun tunggu hujung minggu baru dapat main sama2...


risau kenduri sabtu nih. ada sepupu aku yang tua setahun dari ariana. memang suka sangat main dengan ariana tapi dia kasar.boy laa katakan. EVERYTIME main, mesti ariana kena. dari gusi berdarah-dia hulur kunci pada yana. as a baby, dia pun ngap. skali disentapnya kunci tuh, bengkak dahi-kena ketuk ngan hard toys, jari kena gigit sebab nak suap "abang", latest, dia tolak ariana sebab nak suruh ariana yang terkedek2 jalan laju. sudahnya, ariana jatuh terlentang dan kepala terhentak ke lantai. menangis sekuat hati sampai takde suara. masa tuh rasa nak marah alan sebab tak berjaga2. alan pulak marah aku sebab aku lebih dekat cuma aku tengah toleh pandang ketempat lain. haiz, takkan nak marah budak, kecik lagi. hmmm....alan kata lain kali tak yah bagi main sama. tak sedap hati pulak. apa makcik aku kata nanti. takkan nak kurung, kesian pulak kan?

No comments: