ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, August 23, 2011

brapa kali shopping daa...

semalam tengahari hujan lebat kan? kalau kat rumah afdal tido tuh kan? tarik selimut lepas zohor, mengerekot atas katil, dapat pahala lak tuh. but instead, aku n 2 ofismate pergi harung jalan tar. before keluar tengok langit redup jer. ngular keluar awal sebab keje pun tak banyak. memula cam taknak pergi tapi bila pikir tudung tak carik lagi, lagipun carik tudung kena ngan girlfrens baru syok. kalau tanya hubby semuanya dijawab okeyh. tak memberangsangkan tau. kat ampang park memang ada tapi mahallaa...

pastu alan pun ada cakap nak singgah jalan tar coz baju melayu dia belum ada. harituh beli untuk ayah jer. so, sampai sana kitorang pun redah dari 1 kedai ke 1 kedai. macam2 pattern. murah2 lak tuh. total kecairan lebih kurang RM200. aku dapat sauk 4 lai satin shawl, 2 tudung awning, slingbag hello kitty for ariana and baju melayu alan. aku call alan rupanya dia tak jadi datang coz hujan. so dia kirim aku jer belikan. satin shawl tuh aku TAK PERNAH ada. memula diorang taknak jual coz dia jual untuk borong jer. RM100 for 20. RM5 jer 1? murah giler. kat online paling murah pun RM20++. tapi sapa lak nak pakai sampai 20 lai kan? pastu kitorang pujuk2, dia jual gak tapi RM15 for 1. dia bagi RM10 kalau beli banyak. so aku amik 4, ksha amik 4 untuk anak dia. oklaa...


balik keje singgah ampang park nak gi Guardian. beli ntah hapa2 habis 60++. padahal pencuci muka, facial mask ngan wipes jer pun. hmmm. pastu usha2 kat lobby tuh ada jual accessories. ada tuh nampak cam emas betul. RM10 jer. aku amik 1 untuk gelang kaki ariana. emas mahal kan skarang? makcik aku belikan gelang tangan n kaki for her 4 months doter sampai RM2,700. mak aih. padahal halus jer. so, bagi ariana pakai tipu2 tu jer. cukuplaa gelang tangan emas yang granpa dia belikan last year. lagipun tengah lasak nih kang hilang meraung lak. haha. alasan. mak aku pun tak bagi beli emas skarang. dia kata nanti emas akan turun harga balik. ntah betul ntah tidak tapi aku pun bukan gila emas sangat pun. kan motto aku "janji ada 1" cukuplaa...hisyh tapi kalau emas tak turun, mau kopak nak gi meminang anak2 dara nanti kan? takpun dah tua baru kawin, tak pun kawin orang kaya, takpun bebudak tuh kawin lari, isyhh...mintak simpang. takpun hantaran kristal serba berdiri jelaa...hehehe


then malam lak aku beria suh alan gi usha baju dia. 1 apa pun tak beli lagi. dia cuma beli kasut n sandal jer. memula gi wangsawalk, alan nak potong rambut n nak trim rambut ariana sket. skali sementara tunggu giliran ariana, seluar dia basah. tak bawak diapers lak. so aku gi manjaku kat blakang tuh beli diapers n a few baju tido untuk raya. eh, raya pun kena ada baju tido baru. nak main bunga api kena lawa2 gak kan? hehe. then salin dia dalam keta while alan gi al-ikhsan. pun takde yang dia berkenan. so balik teruslaa. katanya harini nak gi stadium @ klcc. we'll see apa yang dia bawak balik. hopefully dia dapatlaa apa2. kalau tak, camna aku nak keluarkan baju2 yang aku beli online kat thepoplook 3 kali berturut dalam masa seminggu tuh? takutttt...


p/s : guna alasan zana belanja okeyh tak? hehehe

p/s/s : alan tak marah, cuma nasihaatttttt...

No comments: