ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, August 4, 2011

tup tap tup tap

Assalamualaikum (ok, bulan ramadhan lebih afdhal blog dimulakan dengan lebih berhemah dari biasa yer)

Alhamdulillah, tup tap tup tap dah masuk hari ke4 dah berpuasa. namun sehari pun aku belum dapat pergi tarawikh. sob sob. on the 1st day kalau nak pegi tuh boleh sebab berbuka ngan family kat rumah mak tapi alan pulak migrain maka dia request untuk pulang dan berehat. berbuka alhamdulillah takde membazir sangat (maknanya ada gaklaa yang membazir). membazir pun kerana roti jala yang dibeli telah basi kuahnya atau makanan tidak menepati piawaian rasa tekak. setakat buat syarat menjamah. yang lain masuk tong coz peti ais 1 pintu dah mintak nyawa nak bernafas.

aku tak start lagi masak berbuka mahupun sahur (bagus betul bini alan). walaupun bulan ramadhan balik awal, tapi hubby lebih prefer beli di bazaar sebab nasi kerabu, nasi dagang, mee goreng, ayam percik di gerai lebih sedap. (read : aku tak pernah masak semua tuh)

mari kita flashback menu berbuka dan bersahur kami...

1st day :
sahur - roti bakar + jem/butter/kaya & air milo+marshmallow
berbuka - nasi dan lauk2 mak masak, kuih muih param + bandung selasih (pergh!!!)

2nd day :
sahur - nasi, paru sambal mak, telur mata & air milo+marshmallow
berbuka - mee/kueyteow goreng + sambal paru mak + murtabak + roti jala + kuih + air tebu

3rd day :
sahur - ulang makan roti coz dah expired & air milo+marshmallow
berbuka - nasi kerabu/dagang + akok + kepak ayam percik (still tak makan2 lagi) + air mata kucing + laicikang tipu (cuma ada selasih dan fruit cocktail, apakah?!!)

4th day :
sahur - 3 sudu bubur lambok pak hassan kg baru (kena elaborate sebab susah payah alan beratur beli dari pukul 1.30pm. apsal 3 sudu? itu nanti aku story mory eh) & air milo+marshmallow
berbuka - hopefully more than that tapi aku nak makan nasilaa...yang, can i masak sendiri?

5th day :
sahur - habiskan bubur lambuk tadi & air milo+marshmallow
berbuka - kat melaka juadah masakan ibu (oh yeah!!) dan param

yes, kengkawan. itulaa menu aku n hubby dari hari pertama. kitorang minum milo every sahur cuma aku sorang jer yang gedik letak marshmallow. sebelum puasa harituh kan ada pegi gi-yan (bak kata opah aku) jumpa lak tiny marshmallow, apalagi...siap topup beberapa kali tuh. nyam nyam. oh, aku dah apply cuti untuk bsok semata2 nak merasa berbuka dan bersahur 2 hari kat melaka. kalau balik pagi sabtu, ahad tengahari dah nak balik kl. tak puas. alan dah terbayang2 nak makan kuih serabai feberet dia. aku lak sebagai menantu hantu nak request ibu buat kuih kertas-kertas. nyum. nanti aku amik gambar cemana rupanya kuih tuh eh...nak buat senang jer tapi dah nama pun menantu hantu kan...hahaha...ok, not funny.


so, korang berbuka apa? or sepatutnya soalan korang terawikh tak?

No comments: