ariana sofia ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

adam mikhail ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

ariq hafiy ticker

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, August 10, 2011

oleh kerana dah boros siangnya

Alhamdulillah dah masuk 1/3 ramadhan dah...cepat betul masa berlalu kan. aku still tak dapat gi terawikh kat surau/masjid. ibu kata buat kat rumah pun takpe. ada anak kecik camna plak kan. sedangkan solat kat rumah pun dia kacau2, kalau gi masjid dia kacau orang plak. takpun ntah kemana dia merayap masa tengah sujud.


semalam alan terpaksa redah hujan amik aku ngan moto kat opis sebab lrt buat hal. siap announce "sila gunakan alternatif" haa...memang lambatlaa maknanya tuh. ramai giler orang kat bawah (stesen ampang park), ntah sempat berbuka kat rumah ntah tak. kesian.ni aku nak peringatkan sesiapa yang balik guna lrt, please be considerate. janganlaa duk tahan pintu tuh just because nak muatkan sorang je lagi. akibatnya pintu jammed and lrt delayed. pastu sudahnya apa pun tak boleh...apa pun tak boleh...aku tak taulaa macamana keadaan orang yang memang dah dalam lrt n stuck kat rel. mesti berpeluh2 menahan bau busuk ketiak, lapar, nak pitam lagi. yang tak dapat duduk lagi kesian.


so, lepas alan amik, kitorang singgah kat restoran haslam nak book tempat berbuka weekend nih n beli lauk. sib baik husband ai dah masak nasik u (cakap ala2 kak nam tujuh). amik sambal ikan bilis petai, kangkung goreng, masak lemak perut = RM10. oklaa kan. and itu sahaja modal semalam. jimat kan? kuih2 langsung tak beli. semalam punya kuih banyak dalam peti, aku keluarkan jer. lagipun dah makan nasi, nak makan kuih dah tak larat. air plak bancuh jer kordial. sahur tadi panaskan lauk n goreng ikan. Alhamdulillah. rezeki. atau mungkin jugak sebab semalam aku dah berhabis shopping maka datang concious nak berjimat cermat. kalau gitu harini ulang baliklaa buat camtuh. tapi kali nih beli kuih jer, air n lauk buat sendiri. amacam? sardin masak kicap KOG pun nampak menarik jer tuh. :P

No comments: